*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
tazkirah dari muslimat net


>From: "Dekwa Deywey"
>
>Assalamualaikum Warahmatullah
>
>Mukaddimah
>==========
>
Tabarruj, ialah mendedahkan kecantikan rupa paras, sama ada  kecantikan itu 
di bahagian muka atau di anggota-anggota badan. Al-Bukhari Rahmatullahi 
�Alaihi ada berkata : �Tabarruj iaitu seseorang wanita yang  memperlihatkan 
kecantikan rupa parasnya�.
>
Utk menjaga masyarakat dari bahaya pendedahan aurat dan di samping
menjaga kehormatan wanita dari sebarang pancaroba, maka dengan yang
demikian, Allah SWT melarang setiap wanita yang berakal lagi baligh dr 
bermake-up (tabarruj).
>
>Pandangan Boleh Membawa Kepada Zina
>===================================
>
Larangan tabarruj adalah untuk memelihara wanita dari dipandang  lelaki.
Seterusnya memelihara kehormatan wanita itu dan menjaga kesucian fikiran dan 
tubuhnya. Tabarruj atau bermake-up adalah perbuatan dan amalan kolot 
jahiliyah.
>
>Rasulullah SAW menjelaskan dalam sabdanya yang bermaksud :
>
>�Penglihatan yang bernafsu sudah dianggap perzinaan�
>
>Sabdanya lagi :
>
�Tiga jenis mata yang tidak disentuh api neraka: mata yang tidak
memandang perkara-perkara yang diharamkan Allah, mata yang berwaspada di 
dalam perang, mata yang menangis kerana takutkan siksa Allah�
>
>Nabi Isa Alaihissalam bersabda pula :
>
�Sesiapa yang memandang ke arah wanita dengan perasaan berahi maka dia sudah 
dianggap melakukan zina di dalam hati�

Kepuasan melalui pandangan merupakan salah satu kepuasan yang amat besar. 
Kata orang, �Santapan mata lebih berharga dari santapan mulut�.
Kenapa makanan yang telah masak di hotel2 dihias indah, dihidang di atas  
pinggan yang cantik, di atas meja yang kemas? Bukankah untuk membentangkan 
santapan mata yang enak dahulu sebelum merasai enaknya santapan mulut.

Wanita yang gemar bermake-up, memakai wangian2 ketika keluar rumah pasti ada 
maksud untuk menarik perhatian. Ini telah menjadi budaya sama ada  wanita 
itu berkedudukan tinggi, berijazah atau sebaliknya. Ia telah dianggap 
budaya.

Berhias dan bermake-up di luar rumah adalah satu penipuan yang besar
terhadap kaum lelaki. Pendedahan tersebut boleh membawa berahi kepada setiap 
lelaki, istimewa pula kepada mereka yang mempunyai syahwat
haiwaniyah. Perbuatan tadi seperti menghidangkan juadah enak di hadapan 
mereka.  Maka, selera siapakah yang tidak terbuka?
>
Allah SWT juga memerintahkan kaum lelaki memelihara penglihatan dan hati
mereka dari perkara2 yang haram. Firman Allah SWT maksudnya :
>
�Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman : Hendaklah mereka memelihara 
(menahan) pandangan dan memelihara kemaluannya�.� 7
>
>Demikian juga kepada kaum wanita :
>
>�Hendaklah mereka menahan pandangannya��
>
Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah yang tidak memandang lelaki
bukan muhrim, dan lelaki2 bukan muhrim itu pula tidak memandangnya. Sounds 
tak glamour gitu kan? Tapi di sisi Allah wanita ini yang paling mulia.
>
>Batas Pergaulan Lelaki dan Wanita Bukan Muhrim
>==============================================
>
Pergaulan lelaki dan wanita halal nikah masa kini semakin tidak terkawal.  
Ini adalah kerana kurangnya ilmu dan penghayatan kepada syariat  Islam. Ada 
pula yang tahu, tapi pabila nafsu menguasai diri, yang haram jadi boleh dan 
halal selalu.
>
Ketahuilah wanita akhir zaman, jika syariat tidak dijaga, banyak
kemusnahan bakal berlaku, banyak jiwa akan kecewa, dan banyak hati akan 
remuk hancur.
>
Allah telah memberi amaran, khasnya ditujukan kepada orang-orang
beriman di dalam firmanNya yang bermaksud :
>
�Janganlah kamu semua menghampiri perbuatan zina�9 Ayat 36

Natijah ayat tersebut Allah SWT telah memerintahkan orang-orang  Islam 
supaya menjauhkan diri dari sebarang perbuatan yang membawa kepada
kemungkaran.  Umpamanya, perzinaan tak mungkin berlaku andaikata tidak 
didahului  dengan pandang memandang, kata2 dan janji2 semanis madu, sentuhan 
perasaan, keluar bersama, berdua2an dan berpegangan tangan. Oleh itu, sudah 
menjadi  syariat Islam, apabila mengharamkan kemungkaran, maka segala jalan 
yang membawa kepada kemungkaran tersebut juga diharamkan.
>
Berdua2an yang dimaksudkan di sini, bukan sahaja berdua2an di taman2
bunga, di restoran atau di hotel, malahan perbualan telefon, email dan
chatting juga adakalanya setaraf dengan berdua2an di alam nyata. Jika lelaki 
  dan wanita berdua2an di tempat sunyi, maka akan ada yang ketiga
(syaitan).
>
Siapa pula yg ketiga jika berdua2an berbual di talian telefon, tanpa
ada urusan muamalat atau perbincangan yang perlu? Siapa pula orang
ketiga jika berdua2an di dalam email yang menjadi rahsia dua sejoli? Siapa 
pula orang ketiga apabila lelaki dan wanita asyik masyuk berchatting berdua 
tanpa ada orang lain mendengar sama janji2 manis yang ditabur dan kata2 
menggoda yang menyusuk jiwa dan membawa ke mimpi2 dan imaginasi2 indah? 
SIAPAKAH YANG KETIGA ITU? Siapakah yang ketiga itu, yang menjadikan segala 
hubungan sebelum nikah yang sah menjadi terlalu indah, bagai syurga yang 
tidak boleh diceritakan dengan kata??? Siapa?
>
Mari kita renungkan firman Allah yang khasnya ditujukan kepada
isteri-isteri Rasulullah SAW yang bermaksud :
>
�Hai isteri-isteri Nabi (a.s.), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang 
lain, jika kamu bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak
dalam bicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di
dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik.�6

>Keutamaan Maruah Seorang Wanita
>===============================
>
Sabda Rasulullah SAW dalam satu Hadith Sohih maksudnya :
�Tiada yang aku bimbangkan tentang dugaan kepada kaum lelaki
sepeninggalan aku nanti, kecuali dugaan dari kaum wanita� (Sahih Bukhari)

Kenapa wanita yang lemah lembut dan pemalu itu menjadi dugaan besar
kepada keselamatan kaum lelaki? Kenapa Rasulullah SAW terlalu bimbang
tentang dugaan yang bakal ditempuh oleh lelaki apabila berhadapan dengan 
wanita?

>Sama2lah kita renung dan fikirkan, kita muhasabah diri,
>
Bagi yang cantik, ingat kembali, berapa ramai agaknya lelaki yang
sudah tergoda dengan kecantikan yg kadangkala terdedah ini. Bagi yang
bersuara lunak, ingat dan kenangkan ada atau tidak lelaki yang terduga bila  
mendengar suaraku. Sama2lah kita beristighfar.
>
Bagi yang telah berumahtangga, fikir kembali, adakah aku ini memberi
ketenangan kepada suami utk beribadah dan berdakwah atau aku ini  hanya
sering merengek2 utk perkara2 duniawi semata-mata.
>
Bagi yang belum berumahtangga, simpanlah keistimewaan diri hanya utk yg hak 
iaitu bakal suami. Jika belum ada ikatan nikah, jangan sewenang2nya
maruah kita yang suci ini, akal fikiran kita berharga ini, hidup kita yang 
bahagia ini dikotori oleh cinta palsu.

Bagi ibu, didiklah anak2 perempuan utk memelihara maruah diri dan anak2
lelaki menghormati maruah para wanita. Siapkan mereka dengan nasihat
dan didikan agar mereka tahu memiliki sifat malu, agar mereka nanti
tidak menjadi penggoda atau bakal lemah pada godaan.

Jangan buang masa lagi, sebelum terlambat, kembalikan diri pada Yg Haqiqi, 
letakkan niat, matlamat hidup dan mati, cinta dan pengharapan hanya 
padaNYA....Allah Rabbul Alamiin. Kita masih boleh hidup andai dunia dan 
seisinya hilang dari kita, tapi kita tidak akan hidup tanpa rahmat dan kasih 
Ilahi.
>
Sekian dulu, tazkirah 8 Ramadhan. Jika ada yang silap, sila beritahu. Yang 
baik dr Allah, yang buruk adalah dari kelemahan saya sendiri.

>Penyusun : Al-Fakir Ilallah, Ummu Hanis
>Rujukan dan isi kandungan diambil dari :
>1) Tabarruj (Bersolek) oleh Almarhumah Hajjah Ni�mat Sidqi.
>2) Rahmat Di Sebalik Dugaan, Darul Nu�man
>
>
>

_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Ui Dann" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke