*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Khir Toyo membilang hari terakhirnya sebagai MB
> Selangor
> Oleh : WARTAWAN DETIKDAILY
> SHAH ALAM: Khir Toyo kini boleh membilang hari-hari
> terakhirnya sebagai
> Menteri Besar Selangor. Dimaklumkan Badan Pencegah
> Rasuah (BPR) telahpun
> menjalankan siasatan termasuk ke pejabat JKR dan
> mendapatkan maklumat yang
> diperlukan.
> Menurut sumber, antara maklumat yang diperolehi BPR
> sudah boleh untuk
> digunakan bagi mendakwa Khir menyalahgunakan kuasa.
> Isu Khir meluluskan
> projek membina jalanraya yang begitu mahal, iaitu
> RM3.5 juta untuk satu
> kilometer, kepada sebuah syarikat bermasalah, adalah
> antara sebab yang
> membuatkan Khir kepanasan sekarang.
> Menurut akhbar CABARAN, Khir mungkin terpaksa
> meletakkan jawatan sebelum
> Aidilfitri ini, namun tiada sebab diberikan mengapa
> beliau perlu berhenti
> dalam tempoh sedekat itu.
> "Tidak betul PM akan pertahankan Khir walaupun
> penemuan BPR membuktikan Khir
> menjadi beban kepada PM. Khir sudah tiada lagi masa
> depan politik," kata
> seorang pemerhati politik.
> "Memang benar dalam pilihan raya akan datang mungkin
> PAS akan kehilangan
> semua empat kerusi yang dimilikinya sekarang,
> sepertyi dakwaan Khir dalam
> Mingguan Malaysia 18 November lalu. Tapi Khir harus
> mengerti, dengan isu
> rasuahnya, PAS mungkin akan menambah
> sekurang-kurangnya sekali ganda jumlah
> kerusi DUN yang dimenanginya nanti.
> "Khir sememangnya menjadi beban buat Umno sekarang,"
> tambah pemerhati itu
> lagi.
>
>
>
>
>
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! GeoCities - quick and easy web site hosting, just $8.95/month.
http://geocities.yahoo.com/ps/info1
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Bincang Bincang <[EMAIL PROTECTED]>