*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 3 Adegan Pengalaman Menarik dengan Tok Guru Nik Aziz
> (I)
> Oleh : DINSMAN (Majalah Tamadun)
> Adegan Satu
> Pagi itu kami sampai ke Pulau Melaka awal benar.
> Fajar belum lagi menyinsing
> di ufuk timur. Sengaja kami tiba awal, supaya tidak
> terlepas peluang untuk
> merakamkan detik terbukanya pintu depan rumah Tok
> Guru Nik Aziz, dan Tok
> Guru Nik Aziz melangkah keluar dari rumahnya buat
> kali pertama untuk hari
> itu.
> Ketika melintasi laman depan masjid, kelihatan
> beberapa orang pelajar SM
> Madrasah Anuar sedang berjalan menuju ke masjid.
> Belum ramai. Hanya beberapa
> orang sahaja. Lampu di dalam masjid pun masih suram.
> Van kami terus ke laman
> di depan rumah Tok Guru. Tidak ada sebarang tembok
> atau pagar yang memagari
> rumah yang serba sederhana itu. Dan sudah tentulah
> tidak ada gate atau pintu
> pagar sebagai laluan untuk memasuki rumah orang
> nombor satu di negeri
> Kelantan ini, kerana pagarnya tidak ada.
> Pun tidak ada seseorang yang cuba menghalang van
> kami yang terus saja meluru
> ke laman depan rumah menteri besar itu. Dan apabila
> van kami berhenti
> parking di bawah pohon berdepan dengan sebuah rumah
> papan usang yang agak
> uzur, bertentangan dengan sisi masjid, tidak jauh
> dari rumah Tok Guru, pun
> tidak ada sesiapa yang datang menghampiri kami untuk
> bertanya apa-apa.
> Memang menteri besar ini tidak mengambil orang untuk
> menjadi pengawal
> keselamatan bagi menjaga keselamatan kawasan
> rumahnya, ataupun menjaga
> keselamatan dirinya.
> Begitu saja kami parking van di situ. Tidak ada
> siapa yang mempedulikan.
> Beberapa minit kemudian tiba pula kereta lain, yang
> turut sama parking di
> laman itu. Orang di dalam kereta itu keluar dan
> berjalan menuju ke masjid.
> Memang sudah biasa begitu. Sebentar kemudian
> kedengaranlah azan subuh
> dilaungkan.
> Pintu depan rumah Tok Guru Nik Aziz masih tertutup
> rapat. Suasana suram,
> kerana lampu floresen di depan pintu itu tidak
> dipasang. Tok Guru biasanya
> akan keluar rumah selepas selesai azan.
> Kata Nasir Jani (pengarah filem video ini), kita
> perlu setkan lampu, untuk
> merakamkan adegan terbukanya pintu depan rumah Tok
> Guru dan Tok Guru
> melangkah keluar itu. Saya pun terfikir, mungkin Tok
> Guru akan terkejut
> apabila dia melangkah keluar dalam suasana bening
> syahdu di awal subuh itu
> tiba-tiba sahaja matanya disergap oleh suluhan
> cahaya yang lebih keras
> daripada biasa. Tentulah tidak elok, dan tentulah
> itu akan mengganggu
> keheningan pagi Tok Guru.
> Kami segera mengambil keputusan membatalkan dulu
> rakaman adegan itu, (ia
> dibuat subuh esoknya) sebaliknya akan membuat
> rakaman adegan di dalam
> masjid. Nasir pun membawa para krew masuk masjid,
> bersama kamera dan
> peralatan lampu, membuat persiapan untuk shooting di
> dalam masjid.
> Saya masih tunggu di luar, untuk memberitahu Tok
> Guru yang kami akan membuat
> penggambaran video di dalam masjid nanti. Memang
> kebenaran darinya telahpun
> diperolehi. Tok Guru telah dimaklumkan dan telahpun
> bersetuju untuk sesi
> penggambaran yang akan memakan masa tidak kurang
> satu minggu ini. Anual
> Bakri, setiausaha politik Menteri Besar telahpun
> menguruskannya dengan cekap
> sekali, walaupun permohonan dibuat hanya kira-kira
> sepuluh hari sebelumnya.
> Sebenarnya penggambaran telahpun bermula kelmarin,
> ketika Tok Guru Menteri
> Besar merasmikan perumahan awam kos rendah di Gua
> Musang. Tok Guru pun telah
> melihat krew kami mengambil gambarnya di majlis itu.
> Cumanya saya sendiri
> belum lagi berjumpa dengannya bagi memaklumkan
> perkara ini secara rasmi, dan
> memberitahunya bahawa penggambaran ini adalah
> sambungan kepada penggambaran
> dulu yang terhenti beberapa bulan kerana sebab-sebab
> tertentu.
> Azan telah berakhir. Orang semua telah masuk ke
> dalam masjid. Hanya di laman
> hadapan masjid waktu ini pelajar-pelajar semakin
> ramai berjalan
> bergegas-gegas dari asrama putera menuju ke masjid.
> Kolam wuduk di bahagian
> kanan depan masjid itupun tentulah sedang meriah,
> kerana waktu ini ramai
> pelajar mengambil wuduk.
> Di laman depan rumah Tok Guru suasananya sunyi.
> Hanya saya seorang berdiri
> di situ, di ruang antara masjid dan rumahnya yang
> jaraknya begitu rapat
> sekali. (Atap masjid dengan atap rumah Tok Guru
> hampir bertemu - begitulah
> rapatnya). Ia dipisahkan dengan satu lorong kecil
> dimana pelajar-pelajar
> wanita sering melintas dalam perjalanan antara
> asrama mereka dengan sekolah.
> Tetapi di awal subuh ini tidak ada orang yang
> melintas di lorong itu.
> Dalam suasana subuh yang syahdu dan sunyi itu saya
> berdiri memerhati pintu
> depan rumah Tok Guru yang akan terbuka pada
> bila-bila masa sahaja sekarang.
> Ya, kelihatan lampu di ruang tamu dalam rumah itu
> dipasang. Cahayanya
> terkesan pada kaca-kaca tingkap di antara dinding
> hijau muda bahagian depan
> rumah itu. Tentulah tandanya Tok Guru akan melalui
> ruang itu untuk ke pintu
> depan.
> Ya betul, pintu depan rumah itu pun terbuka,
> perlahan, dan tidak terlalu
> luas. Seorang lelaki berbadan kecil melangkah
> keluar, dengan berpakaian
> jubah putih kekuningan. Memang itulah pakaian yang
> selalu dipakai Tok Guru.
> Setelah berada di luar, dia menutup semula pintu itu
> dengan perlahan. Ketika
> dia mulai melangkah ke anak tangga, saya pun
> melangkah jua mendekat
> kepadanya.
> Saya perhatikan setelah melangkah keluar itu dia
> tidak pun melontarkan
> pandangan untuk melihat di kawasan hadapan rumahnya.
> Dia hanya melihat di
> dekatnya sahaja. Setelah menutup pintu, dia melihat
> ke arah kasutnya yang
> terletak di anak tangga. Saya pun tidak pasti samada
> dia nampak saya yang
> sedang berjalan mendekat ke arahnya atau tidak.
> Sambil berjalan perlahan-lahan mendekatinya, dalam
> suasana sunyi dan bening
> subuh, di bawah cahaya yang suram itu, terlintas
> dalam fikiran saya -
> kalaulah� ya, kalaulah ada orang yang berniat tak
> baik terhadap Tok Guru
> ini�. Tak ada siapa pun yang mempedulikan apa yang
> mungkin berlaku di situ.
> Tentulah keadaan ini bukan khas pagi itu sahaja.
> Tentulah setiap hari pun
> demikian keadaannya. Selepas tamat azan subuh
> beberapa ketika, pintu depan
> rumah itu akan terbuka, dan Tok Guru Nik Aziz akan
> melangkah keluar, tanpa
> melihat sekeliling dia akan terus menyarung kasut
> dan melangkah turun tangga
> yang hanya ada tiga anak tangga, lalu berjalan
> menuju ke pintu khas masjid
> di depan rumahnya. Memang tidak jauh. Barangkali
> belum pun dua puluh
> langkah, sampailah dia ke pintu masjid itu.
> Begitulah tiap-tiap hari. Kalau dia tidak ke
> mana-mana, maka begitulah
> rutinnya. Pintu rumah itu akan terbuka pada waktu
> itu, dalam cahaya yang
> suram begitu, tanpa ada sesiapa pun yang
> memerhatikan keselamatan Menteri
> Besar yang sangat berpengaruh di negara ini� kecuali
> sang pencipta segala -
> Tuhan yang maha berkuasa dan maha penyayang.
> Tok Guru Nik Aziz rupa-rupanya demikian pasrah
> sekali dia kepada Allah.
> Pagi itu saya yang tiba-tiba berdiri menghalang
> sejenak perjalanannya ke
> masjid untuk solat subuh. Seperti saya boleh berbuat
> demikian maka
> siapa-siapa saja pun boleh juga berbuat demikian,
> kerana rumah menteri besar
> ini memang tidak ada pagar, tidak ada pengawal dan
> tidak ada sesiapa hendak
> menghalang seseorang yang ingin menemui Tok Guru Nik
> Aziz ini, walau apa pun
> niat orang itu.
> Saya mengucapkan salam. Dia pun memandang ke arah
> saya. Tidak ada
> tanda-tanda yang dia terkejut. Dia menjawab salam.
> Saya pun menjabat
> tangannya. Kemudian saya memberitahu dia yang kami
> akan membuat penggambaran
> video.
> "Sambung yang dulu," kata saya, mengingatkannya
> semula kepada penggambaran
> yang telahpun dimulakan beberapa bulan dulu.
> ......bersambung
> NOTA: Kami akan mengeluarkan VCD "Seminggu Dalam
> Kehidupan Tok Guru Nik
> Aziz" ini , sepanjang 60 minit, dan akan
> mengedarkannya di pasaran selepas
> hari raya Idul-Fitr nanti. Sesiapa yang berminat
> membeli atau menjadi
> pengedar, sila hubungi Penerbitan Pemuda melalui
> surat atau telefon/fax
> 03-40243531 atau 019-3432056 (Zabidi) atau e-mail
> [EMAIL PROTECTED]
> 
> 
> 
> 
> 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! GeoCities - quick and easy web site hosting, just $8.95/month.
http://geocities.yahoo.com/ps/info1

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bincang Bincang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke