*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

> 
> 3 Adegan Pengalaman Menarik dengan Tok Guru Nik Aziz
> (III)
> Oleh : DINSMAN (Majalah Tamadun)
> .....sambungan Adegan Tiga
> Hari itu hari terakhir untuk sesi penggambaran kami
> di Kelantan, buat round
> yang ketiga dalam projek membuat filem yang kini
> dirancang akan dinamakan
> "Seminggu Dalam Kehidupan Tok Guru Nik Aziz". Saya
> berazam untuk menjadikan
> juga penggambaran Tok Guru berkebun dan menembak
> tupai di kebun yang
> terletak kira-kira 400 meter di belakang rumahnya,
> hari itu.
> Sudah dua kali kami terlepas peluang ini. Hari itu,
> saya berazam walau
> apapun saya akan minta Tok Guru supaya bersetuju
> membantu kerja penggambaran
> kami. Maksudnya, bersetuju untuk menggalas senapang
> berjalan ke kebun dan
> menembak. Cuaca pun nampaknya cantik hari itu.
> Langit cerah membiru. Tidak
> ada tanda-tanda akan hujan.
> Nik Aziz pergi ke kebun biasanya selepas asar, iaitu
> selepas membaca Quran
> sebaik selesai mengimami solat asar di Masjid Pulau
> Melaka di depan
> rumahnya.
> Ini menteri besar. Kalau dia ada kesempatan pulang
> awal, dia akan mengimami
> solat asar di masjidnya, dan selepas itu membaca
> Quran di sebuah bilik dalam
> masjid itu, iaitu bilik yang pintunya menjadi
> laluannya keluar masuk ke
> masjid.
> Memang tidak selalu dia ada kesempatan pulang awal,
> tetapi pada hari-hari
> Jumaat dan Sabtu (hari-kerja rasmi Kelantan lima
> hari seminggu; Jumaat dan
> Sabtu cuti), kalau dia tidak ke luar daerah, dia
> akan imam solat asar, dan
> selepas itu membaca Quran, sendirian. Kesempatan ini
> juga digunakan orang
> untuk bertemu dia.
> Hari itu ketika dia sedang membaca Quran, saya
> berharap-harap janganlah ada
> ramai orang datang nak berjumpa dia, seperti
> beberapa hari sebelum itu.
> Kalau ramai orang datang berjumpa dia, habislah
> peluang kami untuk mengajak
> dia pergi menembak.
> Alhamdulillah, nampaknya tak ada orang yang menunggu
> kecuali kami. Sebaik
> saja dia melangkah keluar masjid, saya dan Nasir pun
> melangkah ke arah dia.
> Selepas memberi salam dan bersalam, tidak sempat
> saya memberitahu tujuan
> kami, Tok Guru sambil melihat jam di tangannya
> langsung berkata, "Bolehlah,
> kita pergi."
> Dia menyuruh kami menunggu di belakang rumahnya,
> sementara dia menukar
> pakaian dan mengambil senapang.
> Hari itu oleh kerana ada orang memikul kamera video
> dan lain-lain peralatan
> penggambaran mengekori Tok Guru berjalan ke kawasan
> belukar di belakang
> rumahnya, maka adalah lima-enam orang budak-budak
> ikut sama berjalan
> mengekori beliau menuju ke kebun itu. Biasanya, saya
> diberitahu, Tok Guru
> berjalan seorang diri sahaja, dan akan berada di
> kebunnya kadang-kadang
> hingga satu jam atau dua jam, seorang diri.
> Maka sambil berjalan mengekorinya hari itu saya
> membayangkan � hari-hari
> biasa apabila Menteri Besar ini ke kebun, beliau
> berjalan sendirian tanpa
> ditemani sesiapa - dan tentulah: tanpa dikawal oleh
> pengawal keselamatan.
> Dan apabila saya sampai ke kebun itu, suasana
> kawasannya yang seperti
> berbelukar dan seperti hutan kecil itu - sambil
> melihat Tok Guru Menteri
> Besar yang berbadan kecil itu menebas-nebas pohon
> kecil atau memotong
> ranting-ranting pokok - saya membayangkan di
> hari-hari lain apabila dia
> berbuat demikian bersendirian - 'ah, orang ini
> memang betul-betul pasrah,'
> bisik hati kecil saya.
> Saya menyatakan perasaan hati saya itu kepada Nasir.
> Rupanya Nasir pun
> sedang memikirkan hal yang sama. Dan kemudian
> apabila Nasir menyatakan rasa
> keprihatinan kami itu kepada Tok Guru, kata Nasir,
> Tok Guru senyum
> mendengarnya.
> NOTA: Kami akan mengeluarkan VCD "Seminggu Dalam
> Kehidupan Tok Guru Nik
> Aziz" ini , sepanjang 60 minit, dan akan
> mengedarkannya di pasaran selepas
> hari raya Idul-Fitr nanti. Sesiapa yang berminat
> membeli atau menjadi
> pengedar, sila hubungi Penerbitan Pemuda melalui
> surat atau telefon/fax
> 03-40243531 atau 019-3432056 (Zabidi) atau e-mail
> [EMAIL PROTECTED]
> 
> 
> 
> 
> 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! GeoCities - quick and easy web site hosting, just $8.95/month.
http://geocities.yahoo.com/ps/info1

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bincang Bincang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke