*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Bekas ketua perisikan Pakistan dakwa Mosad serang
> WTC
> Oleh : ARNAUD DE BORCHGRAVE
> BEKAS jeneral Pakistan yang rapat dengan Taliban dan
> Osama bin Laden
> menyatakan serangan pengganas ke atas Pusat Dagangan
> Dunia (WTC) dan
> Pentagon dilakukan oleh anasir-anasir pembelot di
> dalam tentera udara
> Amerika Syarikat yang berkerja dengan Israel.
> JENERAL HAMEED GUL pernah
> memimpin agensi perisikan Pakistan, Inter Services
> Intelligence (ISI),
> ketika peperangan menentang penjajahan Soviet Union
> ke atas Afghanistan
> dahulu.
> Beliau kini sedang berkhidmat sebagai penasihat
> kepada parti-parti agama di
> Pakistan yang menentang keputusan kerajaan negara
> itu menyokong sebarang
> tindakan Amerika ke atas rejim Taliban di
> Afghanistan.
> Beliau yakin bahawa Osama bin Laden tidak ada
> kena-mengena dengan serangan
> pengganas ke atas New York dan Washington itu, malah
> menegaskan bahawa
> serangan itu adalah angkara agensi perisikan Israel,
> Mossad - versi yang
> disokong oleh ulama-ulama fundamentalis Islam dan
> diterima secara meluas
> oleh orang-orang Islam di seluruh dunia Arab.
> Berikut ialah transkrip temubual eksklusif dengan
> Gul oleh Arnaud de
> Borchgrave, editor United Press International
> DE BORCHGRAVE: Jadi siapa yang melakukan tragedi
> hitam 11 September?
> HAMEED GUL: Mossad dan konco-konconya. Amerika
> membelanjakan AS$40 bilion
> setahun untuk 11 agensi perisikannnya. Ia bermakna
> AS$400 bilion dalam 10
> tahun. Tetapi, pentadbiran Bush mendakwa ia berlaku
> tanpa diduga. Saya tidak
> percaya. Dalam masa 10 minit menara kedua dirempuh
> di WTC, CNN mendakwa
> Osama bin Laden melakukannya. Ia adalah suatu
> tindakan memberikan maklumat
> salah yang sengaja direka (disinformation) oleh
> mereka yang sebenarnya
> melakukan perkara itu. Ia serta-merta membentuk
> pemikiran yang dikehendaki
> dan meletakkan pendapat umum di dalam satu bentuk
> kebingungan, yang
> menghalang hatta orang-orang cerdik pun untuk
> berfikir sendiri.
> Jadi anda yakin Osama bin Laden tidak melakukannya?
> Saya tahu bin Laden dan rakan-rakannya. Saya pernah
> bersama-sama mereka di
> sini, di Eropah dan di Timur Tengah. Mereka adalah
> lulusan dari
> universiti-universiti yang terbaik dan sangat bijak
> dengan ijazah-ijazah
> yang mengkagumkan dan bercakap dalam bahasa Inggeris
> yang baik. Merekalah
> yang menemui semula nilai-nilai Islam fundamental.
> Ramai yang datang dari
> negara-negara Teluk di mana keluarga-keluarga diraja
> yang memerintah
> mengakibatkan kebencian dari cara mereka menghina
> undang-undang Tuhan,
> membazirkan berbilion-bilion untuk memuaskan nafsu
> mereka, terbang ke
> sana-sini dengan jet-jet peribadi mereka dan belayar
> di Medditeranean dengan
> bot-bot persendirian yang besar sehingga
> berminggu-minggu. Rekrut-rekrut
> terbaik Osama datang dari kawasan-kawasan feudal
> yang menjadi kawasan
> lindungan Amerika dan di mana berjuta-juta rakyat
> miskin berhempas-pulas
> mencari martabat kemanusiaan mereka.
> Saya malah telah melawat sekolah convent Kristian di
> Murree, 60 batu dari
> sini, di mana anak perempuan saya yang berumur 13
> tahun sedang belajar. Para
> pelajar perempuan di situ memberitahu saya bahawa
> Osama adalah wira mereka.
> Para pengikut Osama adalah Mujahidin yang
> memperjuangkan kebebasan di mana
> sahaja mereka berada, mempertahankan Islam dan
> nilai-nilainya.
> Apa yang membuatkan anda merasa bahawa bukan Osama
> yang berada di belakang
> serangan 11 September?
> Daripada gua di pergunungan atau sebuah pondok
> petani yang buruk? Cubalah
> bersikap serius. Osama memberi inspirasi kepada
> berjuta-juta orang yang
> berjuang mempertahankan Islam berhadapan dengan
> imperialisme Amerika dan
> Israel. Beliau tidak mempunyai kemudahan untuk
> melakukan operasi yang
> canggih seperti itu.
> Kenapa Mossad?
> Mossad dan sekutunya di Amerika jelas merupakan
> pihak yang bertanggungjawab.
> Siapa yang mendapat manfaat dari jenayah ini?
> Serangan ke atas menara
> berkembar bermula 8.45 pagi dan empat pesawat keluar
> dari ruang udara yang
> ditetapkan dan tidak ada pengawal lalu-lintas udara
> yang mengeluarkan
> amaran. Dan tidak ada jet tentera udara yang
> berkejar sehingga pukul 10
> pagi.
> Terdapat juga unsur-unsur pemberontakan kecil dalam
> Tentera Udara, satu
> rampasan kuasa ke atas Pentagon, mungkin?
> Radar-radar dijadikan tidak berfungsi, transponder
> juga tidak berfungsi.
> Tidak ada permintaan IFF (friend or foe
> identification atau pengenalan rakan
> atau musuh). Di Pakistan, jika tidak ada jawapan
> kepada IFF, jet-jet akan
> terus menyerbu dan pesawat terbabit akan ditembak
> tanpa soalan lagi.
> Ini jelas kerja orang dalam. Bush pula ketakutan dan
> berkejar untuk
> berlindung dalam kubu nuklear. Beliau jelas begitu
> takut kepada ancaman
> nuklear. Siapa yang bole memberikan ancaman nuklear?
> Adakah akan terdapat penyiasatan yang akan
> dijalankan secara diam-diam,
> seperti laporan Warren selepas pembunuhan (bekas
> presiden) Kennedy?
> Dengan cerita sebegini, apa yang hendak anda reka?
> Apa kepentingan Israel
> dalam plot yang sedahsyat itu, yang mana, tentunya,
> tidak ada siapa pun yang
> percaya kecuali pelampau Islam yang mereka-reka
> maklumat palsu pada awalnya,
> dengan tujuan untuk mengalih perhatian dari pihak
> yang sebenarnya
> bertanggungjawab? Orang-orang Yahudi tidak pernah
> setuju dengan Bush 41
> (ayah presiden Amerika sekarang, George H.W. Bush,
> presiden Amerika ke-41)
> atau Bush 43 (Presiden Amerika sekarang, George W.
> Bush, yang merupakan
> presiden ke-43). Mereka menjadikan Bush Sr. gagal
> mendapat penggal keduanya.
> Tekanannya supaya diberikan tanah air (kepada
> orang-orang Palestin) untuk
> mendapatkan keamanan tidak sesuai dengan (kehendak)
> Israel. Mereka juga
> tidak menerima Bush Jr. kerana beliau disifatkan
> terlalu rapat dengan
> kepentingan minyak dan negara-negara Teluk. Bush Sr.
> dan Jim Baker telah
> mengutip dana sebanyak AS$150 juta untuk (kempen)
> Bush Jr, kebanyakannya
> dari sumber-sumber Timur Tengah atau mereka yang
> berulang-alik antara Timur
> Tengah dan Amerika. Bush 41 dan Baker, sebagai
> warganegara, juga memainkan
> peranan dalam hubungan strategik yang baru antara
> Arab Saudi dan Iran.
> Saya mempunyai maklumat dari kedua-dua negara.
> Adalah jelas bahawa prospek
> Bush 43 adalah potensi kemerbahayaan kepada Israel.
> Orang-orang Yahudi
> begitu terperanjat dengan cara Bush memenangi
> pilihanraya di Florida. Mereka
> melabur wang yang begitu besar kepada Al Gore.
> Israel telah memberikan
> alasan kepada imperialis yang menjadi penaungnya
> untuk menjadikan bencana
> (11 September) sebagai alasan untuk memaksakan
> perlaksanaan agenda
> ketenteraan, politik dan ekonomi yang menyeluruh
> untuk meningkatkan tindakan
> bagi kepentingan kapitalisme sedunia. Ketika Colin
> Powell begitu
> berhati-hati dan yang lain pula membabi buta untuk
> menebus kegagalan
> menumpaskan Saddam Hussein 10 tahun lalu, agenda
> sedunia tetap sama.
> Israel tahu ia mempunyai jangka hayat yang pendek
> sebelum ia ditenggelami
> faktor demografi (perangkaan mengenai penduduk). Ia
> adalah negara yang
> dilahirkan oleh keganasan yang mengganasi
> orang-orang Palestin sehingga
> terpaksa membawa diri ke kem-kem pelarian, yang mana
> mereka kini merana di
> kem-kem pelarian yang kotor. Israel juga amat takut
> dengan kemampuan nuklear
> Pakistan. Israel kini memberikan peluang yang
> dinanti-nantikan oleh keluarga
> Bush untuk mengukuhkan lagi cengkaman imperialis
> Amerika ke atas Teluk dan
> menguasai Lembah Caspian dengan kehadiran tentera
> Amerika di Asia Tengah.
> Bush tidak teringat - atau tidak diberitahu -
> hakikat bahawa fundamentalis
> Islam mendapat tempat dalam zaman moden sebagai aset
> CIA dalam gerakan sulit
> untuk menghalau Soviet keluar dari Afghanistan, yang
> mana saya turut
> terlibat. Bush Sr adalah naib presiden dalam
> keseluruhan tempoh itu. Dan,
> tidak lama selepas beliau menjadi presiden pada 20
> Januari 1989, beliau
> memanggil satu mesyuarat antara agensi perisikan dan
> mengeluarkan arahan,
> antara lain, untuk mematahkan sayap perisikan
> Pakistan, ISI, yang telah
> menyelaras keseluruhan operasi di Afghanistan. Saya
> tahu secara langsung
> perkara ini kerana saya adalah pengarah ISI pada
> masa itu.
> Oleh itu, bagaimana anda melihat strategi Amerika di
> Pakistan?
> Memusnahkan kestabilan Pakistan adalah sebahagian
> dari rancangan Amerika
> kerana Pakistan adalah negara nuklear umat Islam.
> Amerika mahu menyisihkan
> Pakistan dari China sebagai sebahagian dari strategi
> pengasingannya. Buku
> Nixon, bekas presiden Amerika, "The Real War"
> menyatakan China akan menjadi
> kuasa besar dalam abad ke-21. Amerika juga mencipta
> permusuhan antara
> Pakistan dan Afghanistan, dua negara umat Islam
> untuk memusnahkan persepsi
> bahawa dunia Islam mempunyai senjata nuklearnya
> sendiri. Bush 43 tidak sedar
> bahawa beliau dimanipulasikan oleh mereka yang faham
> tentang geopolitik.
> Beliau tidak memimpin tetapi dipimpin. Apa yang
> boleh dilakukannya hanya
> berfikir dalam budaya 'dikehendaki hidup atau mati',
> yang mana itulah
> pemikiran dan tindakan orang ramai yang dibentuk
> oleh Hollywood. Apa yang
> kita dengar sepanjang musim panas ini ialah tentang
> lebihan Amerika yang
> semakin berkurangan dan Pentagon tidak akan memiliki
> dana yang mencukupi
> untuk pemodenannya bagi menghadapi abad ke-21. Dan
> kini, tiba-tiba, Pentagon
> mendapat apa yang dikehendakinya tanpa sebarang
> bangkangan Parti Demokrat.
> Betapa amat mudahnya! Hatta kebebasan umum yang anda
> hargai kini boleh
> dicerobohi tanpa sebarang bantahan atau kecaman
> untuk melindungi perluasan
> hegemoni atau penguasaaan kapitalisme antarabangsa.
> Bush 43 menuruti Bush
> 41. Kini terdapat alasan baru untuk mematahkan
> protes anti-globalisasi. Iraq
> diumpan ke dalam perangkap Kuwait apabila Amerika
> memberitahu Saddam ia
> tidak berminat dengan pergeseran antara orang-orang
> Arab. Dua hari kemudian,
> Iraq memasuki Kuwait, yang merupakan wilayah Iraq
> sebelum Empayar British
> mengisytiharkan sebaliknya.
> Roosevelt mengumpan Jepun ke dalam perangkap Pearl
> Harbor, yang memberikan
> alasan kepada Amerika untuk terlibat dalam Perang
> Dunia Kedua. Dan kini
> (dengan serangan 11 September) Israel memberikan
> alasan kepada Amerika untuk
> memperluaskan lagi kedudukannya di kawasan yang
> kritikal dalam masa 25 tahun
> akan datang - Lembah Caspian.
> Adakaha anda seorang fundamentalis ketika berlakunya
> perang menentang Soviet
> di mana anda berkerja rapat dengan CIA?
> Tidak sekuat hari ini.
> Apa yang menjadikan anda menentang Amerika?
> Pengkhianatan dan janji bohong dan apa yang telah
> dilakukan ke atas kerjaya
> tentera saya.
> Apa yang telah berlaku?
> Presiden Ishaq Khan, yang menggantikan Zia ul-Haq
> selepas pesawat yang
> dinaiki Zia diletupkan di udara, mahu melantik saya
> sebagai ketua turus
> tentera, jawatan tertinggidi dalam tentera Pakistan.
> Amerika, yang pada
> waktu itu telah pun mematahkan sayap ISI, juga
> menghalang kenaikan pangkat
> saya dengan menyatakan kepada presiden bahawa saya
> tidak boleh diterima.
> Jadi saya kemudiannya dipindahkan menjadi panglima
> salah satu bahagian
> tentera.
> Sebagai pengarah ISI, saya mengetahui kesemua
> pergerakan Mujahidin. Kami
> semuanya pro-Amerika. Tetapi kemudian Amerika
> meninggalkan kami dalam
> keadaan tidak tentu arah dan kesemuanya hancur,
> termasuk Afghanistan.
> Amerika memaksa supaya diwujudkan kerajaan pelbagai
> pihak di Afghanistan
> dengan disertai oleh kesemua tujuh parti dan
> kemudiannya mengucapkan selamat
> tinggal. Walaupun dalam demokrasi yang terbaik
> sekalipun, kerajaan yang
> disertai oleh kesemua pihak tidak boleh berjalan
> dengan baik.
> Lantaran itu, tiba-tiba kami mempunyai tujuh pak
> lawak di Kabul yang hanya
> berminat dalam satu perkara - berebut kuasa.
> Pertempuran terus tercetus,
> yang membawa kepada pembentukan Taliban, para
> pelajar Mujahidin yang asal,
> yang memutuskan untuk menghentikan kesemua itu.
> Apa terjadi dengan 1,000 peluru berpadu anti-pesawat
> Stinger yang dibekalkan
> oleh Presiden Reagan dalam tahun 1986 dan 1987
> kepada Mujahidin, yang mana
> peluru-peluru berpandu itu memberikan pukulan teruk
> kepada tentera udara
> Soviet?
> Selepas Soviet berundur, CIA memperuntukkan AS$60
> juta untuk cuba membeli
> balik senjata-senjata itu. Ini menjadikan harga
> pasaran gelap Stinger
> memuncak antara AS$100,000 hingga AS$300,000 setiap
> satu. Taliban masih
> mempunyai kira-kira 250 peluru berpandu itu bagi
> menghadapi suasana seperti
> yang mereka hadapi sekarang untuk menentang pesawat
> Amerika.
> Adakah Amerika sekarang menjadi musuh anda? Adakah
> kepentingan nasional
> Amerika bertentangan dengan dunia umat Islam?
> Amerika memerlukan minyak, begitu juga sekutu
> Eropahnya. Terdapat kira-kira
> enam hingga lapan juta umat Islam yang menjadi
> rakyat Amerika dan jumlah
> mereka semakin bertambah, lebih kurang sama dengan
> jumlah umat Islam di
> Eropah. Dengan mengetepikan Israel, kami adalah
> sekutu semulajadi Amerika.
> Prof. Sam Huntington di dalam bukunya "Clash of
> Civilizations" (pertentangan
> antara tamadun) meletakkan pengikut ajaran Kung Fu
> Tze dan Yahudi serta
> Kristian di sebelah pihak dan kami di pihak yang
> lain. Preskripsinya tidak
> betul sama sekali tetapi itulah yang diambil oleh
> Bush yang kini meletakkan
> 60 negara dalam senarai sasarannya. Ini adalah
> pemikiran yang membawa kepada
> kemusnahan yang mahu melancarkan "salibiyyah"
> anti-umat Islam. Orang-orang
> Islam faham apa yang dimaksudkan oleh Bush apabila
> beliau menggunakan
> perkataan itu (salibiyyah atau crusade). Kita
> memerlukan pertemuan tamadun,
> bukan pertentangan. Kita berada di ambang bencana.
> Sudah sampai masanya untuk menjauhkan diri kita dari
> ambang bencana itu dan
> membuat penilaian semula sebelum kita memusnahkan
> diri kita sendiri. Tujuan
> Islam ialah untuk berkhidmat kepada kemanusiaan.
> Sudah sampai masanya
> orang-orang yang mempunyai pemikiran yang sama
> mewujudkan pertemuan fikiran
> sekarang.
> Tetapi anda menentang demokrasi, bagaimana boleh
> terjadinya pertemuan
> fikiran?
> Demokrasi tidak berkesan. Ahli-ahli politik sentiasa
> berfikir tentang nasib
> mereka dalam pilihanraya seterusnya, bukan untuk
> kebaikan umum, yang
> bermakna, paling baik sekalipun, mereka sentiasa
> menyembunyikan kebenaran
> untuk melindunginya dari pengundi-pengundi mereka.
> Kata-kata mereka bersalut
> pembohongan dan para pengundi didodoi atau
> diperdayakan supaya mempercayai
> kekarutan yang mereka taburkan. Al-Quran tidak
> menyembunyikan kebenaran. Ia
> adalah undang-undang tertinggi dan membezakan
> kebaikan dari keburukan.
> Tidak ada kecenderungan kepada "negara saya sama ada
> salah atau betul" di
> bawah undang-undang Tuhan. Kehendak Pencipta yang
> mengatasi segala-galanya.
> Semuanya tunduk kepada kehendak Allah dan berpegang
> teguh kepada nilai-nilai
> yang asas, yang fundamental.
> Apakah sistem yang anda sarankan?
> Dunia kini memerlukan sistem negara pasca-moden.
> Hari ini, negara bangsa
> (nation-state) dan TV satelit 24 jam yang membawa
> manusia meniru cara hidup
> Amerika.
> Yang mana ia mustahil secara matematiknya. Empat
> peratus penduduk dunia
> (penduduk Amerika) menggasak 32 peratus sumber
> dunia. Pencipta alam ini
> melalui Nabi Muhammad memerintahkan supaya dilakukan
> pembahagian yang
> saksama. Kapitalisme ialah penolakan kehendak
> Pencipta. Ia membawa kepada
> imperialisme dan unilateralisme (untuk kepentingan
> sebelah pihak sahaja).
> Bagaimanakah sistem negara pasca moden yang anda
> maksudkan?
> Kampung dunia (global village - di mana dunia
> menjadi tempat tinggal
> bersama) di bawah peraturan Tuhan, atau kita akan
> menghadapi pertumpahan
> darah sedunia. Islam adalah himpunan semua agama
> utama di dunia dan apa yang
> diwahyukan 1,400 tahun lalu adalah turutan dalam
> evolusi semulajadi kepada
> agama yang diturunkan kepada orang-orang Yahudi dan
> agama yang diajarkan
> oleh Nabi Isa. Khutbah perpisahan (khutbah terakhir)
> Nabi Muhammad adalah
> dokumen hak-hak asasi manusia universal untuk setiap
> orang yang lebih baik
> dari apa sahaja yang datang selepas itu, termasuk
> perisytiharan kemerdekaan
> Amerika dan Piagam PBB mengenai hak-hak universal.
> Jika di'superimpose'kan,
> anda tidak akan melihat perbezaan di antara
> nilai-nilai sekular yang
> sebenarnya dengan nilai-nilai Islam yang sebenarnya.
> Tentulah undang-undang
> Tuhan mengatasi undang-undang yang dibuat manusia.
> Islam adalah ajaran yang
> menghormati kebebasan, bertolak ansur dan progresif.
> Ia adalah gelombang
> masa hadapan.
> Marxisme juga percaya negara bangsa akhirnya akan
> pudar. Sosialisme keluar
> dari landasannya apabila ia bergabung dengan
> imperialis Soviet. Islam
> percaya kepada dinamisme, Kristian pula berpegang
> kepada statisme yang tidak
> berubah-ubah. Pope di dalam semua perisytiharannya
> menegaskan pegangan yang
> dogmatik kepada status quo.
> Mengapa begitu ramai penduduk kulit hitam Amerika
> memeluk Islam? Kerana
> mereka mencari-cari kualiti sebenarnya yang tidak
> mereka dapati di dalam
> kapitalisme. Allah tidak ada jantina, bukan lelaki
> atau perempuan. Di dalam
> Islam, tidak ada cukai secara langsung di dalam
> ekonomi yang bebas dari
> riba. Riba adalah konsep Yahudi.
> Dan apakah reaksi anda kepada tuntutan Amerika ke
> atas Pakistan?
> Jika Pakistan memberikan hak kepada Amerika untuk
> menjadikan buminya sebagai
> pengkalan, akan tercetus pergolakan politik di
> seluruh negara. Dan jika
> Amerika menyerang Afghanistan, seruan jihad akan
> difatwakan. Kesemua
> sempadan akan terhapus dan akan tercetus kebangkitan
> Islam tanpa sekatan ke
> atas Israel dan imperalisme Amerika. Pakistan akan
> terbakar dengan
> pergolakan. Oleh itu saya berharap kepala yang
> dingin dapat menguasai
> suasana di Washington.
> Bagaimana dengan tuntutan-tuntutan Amerika yang
> lain?
> Hak untuk menggunakan ruang udara tidak memberi
> apa-apa makna kerana Amerika
> sentiasa mencabul ruang udara di seluruh dunia
> setiap hari. Mengenai
> perkongsian maklumat perisikan dengan ISI, pengganas
> anda sendiri pun anda
> tidak boleh tangkap. Dan apa yang diberikan oleh ISI
> hanya mempunyai
> nilai-nilai pinggiran sahaja.
> Presiden (Pervez) Musharraf memberikan kenyataan
> yang tegas untuk menyokong
> Amerika. Dia adalah murid saya di dalam tentera. Dia
> seorang yang baik,
> tetapi tidak memahami Islam. Tentera tidak akan
> menentang rakyat. Jika
> benar-benar terdesak, Musharraf lebih sanggup
> menyatakan tidak kepada
> Amerika daripada menentang rakyat. Beliau bukan
> sahaja menghadapi hanya
> sekumpulan kecil rakyat yang marah. Dari
> pengakuannya sendiri, jumlahnya
> antara 10 hingga 15 peratus penduduk Pakistan, atau
> sekurang-kurangnya 10
> juta orang bersedia berjuang. Sebagai permulaan,
> mereka akan menutup
> pelabuhan Karachi. Sebuah negara tidak boleh
> bernafas tanpa paru-paru.
> Kembali kepada rangkaian pengganas Osama. Siapa di
> belakang pengeboman
> kedutaan Amerika di Tanzania dan Kenya?
> Mossad kuat di kedua-dua negara. Masih ingat operasi
> Israel untuk
> membebaskan tawanan di Entebbe (Uganda)? Kedua-dua
> Kenya dan Tanzania adalah
> sebahagian dari bahagian hujung kepada logistik.
> Seorang rakan Osama
> diperangkap di lapangan terbang Karachi. Kejadian
> itu berlaku pada 8 Ogos
> 1999, di mana seorang yang bercukur rapi turun di
> lapangan terbang Karachi
> dan mengemukakan passport dengan gambar seorang yang
> berjanggut. Bukan
> pasport awak, beliau diberitahu. Beliau kemudian
> cuba merasuah kerani yang
> berkenaan dengan 200 rupee. Suatu jumlah yang
> menggelikan hati dalam keadaan
> sedemikian. Kerani itu menolak tawaran itu dan
> membawanya masuk ke dalam dan
> orang itu terus menyanyi-nyanyi. Tidak munasabah.
> Osama telah bersumpah kepada saya dengan Al-Quran
> bahawa bukan beliau yang
> melakukannya (serangan di Kenya dan Tanzania) dan
> beliau adalah orang yang
> sanggup mengaku kesalahannya. Orang-orang Islam yang
> berpegang teguh kepada
> agama tidak membunuh orang-orang awam termasuk
> orang-orang Islam yang turut
> menjadi mangsa.
> Pasport itu telah ditukarkan ketika orang yang
> berkenaan sedang tertidur di
> atas pesawat di dalam apa yang kelihatan sebagai
> operasi Mossad. Sejak 10
> tahun Mujahidin menentang Soviet di Afghanistandan
> tidak satu pun kedutaan
> Soviet di mana-mana pun di dunia yang disentuh. Oleh
> itu, ini bukan angkara
> pengikut Osama.
> Bagaimana kalau Osama berbohong kepada anda dan
> beliau sebenarnya bersalah.
> Adakah perkara itu mustahil?
> Jika Taliban diberikan bukti yang tidak boleh
> disangkal tentang
> kesalahannya, saya cenderung kepada perbicaraan yang
> adil. Di Amerika,
> seseorang itu berhak mendapatkan juri dari kalangan
> orang yang dikenalinya.
> Tetapi Osama tidak ada kenalan Amerika. Taliban
> tidak akan menentang,
> sekiranya terdapat kes prima facie, jika Osama
> diserahkan kepada persidangan
> mahkamah antarabangsa Islam di The Hague. Mereka
> sanggup mengekstradisikan
> Osama ke Belanda.
>
>
> Top Home <http://detik.daily.tripod.com/>
>
>
>
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! GeoCities - quick and easy web site hosting, just $8.95/month.
http://geocities.yahoo.com/ps/info1
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Bincang Bincang <[EMAIL PROTECTED]>