*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbr
Di sini saya sambung kembali sedutan dari mustika hadith jilid satu,
semoga ia akan memberi manfaat kepada saya sendiri serta semua sahabat
di hizbi.net

Sambungan dari Siri 1

Hadith 135 - Bermaksud;
 Dari Ibnu Abbas RA, katanya: Bahawa RasululLah SAW bersabda: "Sesiapa
yang
menukar agama Islamnya maka hendaklah kamu membunuhnya."...... ( Jamaah
kecuali Muslim )

Hadith 136 - Bermaksud;
 Dari Abu Musa Al-Asya'ari RA, bahawa RasululLah SAW memerintahnya
dengan bersabda:
"Pergilah engkau ke negeri Yaman", kemudian Baginda SAW menghantarkan
Muaaz bin Jabal
selepas pemergiannya; apabila Muaaz sampai ke tempat Abu Musa, Abu Musa
menyambutnnya dengan memberikan sebiji bantal alas duduk serta berkata:
"Sila duduk", dan
dekat situ ada seorang yang terikat; Muaaz bertanya: "Apa orang ini?"
Abu Musa menjawab:
"Orang ini seorang Yahudi, ia masuk Islam kemudian ia berbalik menjadi
Yahudi";
Muaaz berkata: "Aku tidak akan duduk sehingga ia dibunuh, itulah hukuman
Allah
dan Rasul-Nya". ....( Bukhari dan Muslim )

 Dan pada riwayat Abu Daud mengenai kisah ini: "Maka dibawa kepada Abu
Musa seorang
yang telah murtad - meninggalkan agama Islam, lalu disuruhnya (bertaubat
dengan memeluk
Islam semula) selama kira-kira 20 malam, kemudian datang Muaaz serta
menyuruhnya juga
bertaubat, tetapi orang itu enggan, lalu dipenggal lehernya."

Hadith-hadith yang tersebut menerangkan bahawa:

 1) Sesiapa yang menjadi murtad: wajib dibunuh oleh pihak yang berkuasa
selepas ia disuruh
bertaubat kembali kepada Islam dan ia enggan berbuat demikian.

 2) Hukuman bunuh yang tersebut hendaklah dikenakan kepada tiap-tiap
orang murtad samada
lelaki atau perempuan, sebagaimana yang terkandung pada hadith Muaaz bin
Jabal yang
ditegaskan oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asyqalani bahawa sanadnya hasan,
yang maksudnya:
Tak kala RasululLah SAW mengutusnya ke negeri Yaman, Baginda SAW
bersabda
kepadanya: "Mana-mana lelaki yang menjadi murtad - meninggalkan Islam,
maka
suruhlah dia bertaubat kembali kepada Islam, jika ia kembali kepada
Islam
(bebaskanlah dia), dan kalau tidak, maka penggallah lehernya; dan
mana-mana
perempuan yang menjadi murtad - meninggalkan Islam, maka suruhlah dia
bertaubat
kembali kepada Islam, jika ia kembali kepada Islam (bebaskanlah dia),
dan kalau
tidak, maka penggallah lehernya."

 Hukuman yang dinyatakan oleh hadith-hadith yang tersebut telahpun
dijalankan oleh
sahabat-sahabat RasululLah, di antaranya Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina
'Umar dan
Sayyidina Ali RA - semasa pemerintahan masing-masing.
 Hukuman yang tersebut tidak sekali-kali bertentangan dengan "Dasar
Kebebasan
Beragama" atau dasar "Laa ikrahafiddin" (tidak ada paksaan dalam agama)
yang
ditegaskan oleh Allah SWT dalam Al Quranul Karim, kerana tidak ada
hubungannya sama sekali dengan soal orang murtad.
 Soal orang murtad dan soal kebebasan beragama adalah dua masalah yang
berlainan. "Tidak
ada paksaan dalam agama" artinya: orang-orang Islam tidak boleh sama
sekali memaksa
orang-orang kafir masuk Islam, kerana hakikat iman dan kesudahannya yang
baik, dan hakikat
kufur serta akibatnya yang buruk, telah dijelaskan oleh Allah dan
Rasul-Nya di dalam Al Quran
dan Hadith yang shahih serta disampaikan oleh alim ulama' yang
menjalankan dakwah islamiah,
maka terserahlah kepada umat manusia memilih samada beriman dan taat
atau kufur ingkar.
 Tambahan pula kalau orang kafir dipaksa memeluk Islam nescaya tidak sah
Islamnya, kerana
iman yang sah ialah yang diyakini oleh hati, sedang hati manusia tidak
dapat dipaksa.
 Berlainan halnya orang Islam yang telah murtad.

Bersambung,.......


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: e2fly <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke