*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku bukan nak tuduh sesiapa nak songlap atau nak kaput duit zakat tapi aku rasa LUZAM tu tak perlu ditubuhkan. Semalam ada  beberapa pihak membincangkan  isu ini di TV3 (Buletin) dan seorang hamba Allah dari PPZ Wilayah Persekutuan tu kata LUZAM akan dapat memperkemas sistem dan kaedah pungutan zakat disamping  dapat mengurangkan/menjimatkan kos pengurusan kerana operasinya terpusat. Aku rasa pandangan ini kurang tepat dan jauh meleset dari hakikat sebenar. Perhatikan sahajalah kalau LUZAM ditubuhkan, agak-agak aku lah, struktur organisasi nya tentu lebih kurang macam LHDN dan yang sewaktu dengannya. Maka adalah Pengerusi Eksekutif, Lembaga Pengarah, Pengarah dan lagi dan lagi dan lagi. Itu baru di Ibu Pejabat. Lepas tu di cawangan-cawangan pulak (Negeri dan daerah). Lagi banyak cawangan, lagi besar organisasi maka lagi tinggi lah gred Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pengarah/CEO nya dan faham-faham saja lah bila ! gred dah tinggi.......gaji/elaun/imbuhan/ganjaran dan lain-lain perks mestilah juga TINGGI. Lepas tu pulak, bila organisasi besar, kutipan hasil @ turnover tahunan banyak , maka perlulah ada bangunan sendiri @ WISMA LUZAM atau seumpamanya. Kos membina mestilah ratusan juta $, barulah gah  dan sesuai dengan status korporatnya . Kalau dah ambil kira semua tu, apa dan bagaimana yang dikatakan penubuhan LUZAM akan menjimatkan kos pengurusan kutipan/agihan wang zakat di negara ini? Lagi satu perkara pokok yang wajib difikirkan ialah sumber dana mana yang akan diguna bagi membiayai kos penubuhan dan melangsungkan operasi LUZAM  (jangan lupa senario apa yang disebutkan di atas tadi)? Tentulah dari sumber wang zakat yang dikutip itu. Akhirnya sebahagian besar wang zakat dibelanjakan untuk mengurus dan kalau ada yang dibagi kepada yang berhak pun hanyalah  saki bakinya sahaja. Apa kata orang tu.....dapat kuahnya sahajalah, yang dapat isi hanyalah para p! engurus wang zakat itu.

Pada malam tadi juga ada ditanya pandangan Pak Ungku Aziz..... tapi biasa lah, disiarkan sikit sahaja sebab beliau tak setuju. Pada Pak Ungku, elok sahaja sistem yang ada sekarang melalui Baitulmal di negeri masing-masing dikekalkan dengan beberapa pembaikan/perubahan terutama dari segi  accounting & accountability nya. Rasanya itulah syor yang terbaik.Tak perlulah nak tubuhkan banyak-banyak lembaga, sebab kita tahu "lembaga" ni berbahaya terutama lembaga hitam, maklumlah lembaga tu kan dari kalangan makhluk halus dan sedara dengan setan.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Jangan lupa bayar zakat fitrah, tak perlu tunggu wujud lembaga baru.

>From: mad <[EMAIL PROTECTED]>
>Reply-To: [EMAIL PROTECTED]
>To: Sjafrial Esa <[EMAIL PROTECTED]>
>CC: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* LUZAM mungkin ditubuh -- PM: Rungutan yang persoal fungsi institusi zakat boleh jadi ada kebenarannya
>Date: Wed, 05 Dec 2001 00:18:10 +0800
>
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>lagi banyak la duit zakat dapat disonglap oleh puak2 tu...yang hilang
>dulu pun tak ketahuan
>kunun nak urus zakat negeri2 lain pulak...apa cerita ni...???????
>
>
>
>Sjafrial Esa wrote:
> >
> > --------------------
> > LUZAM mungkin ditubuh -- PM: Rungutan yang persoal fungsi institusi
> > zakat boleh jadi ada kebenarannya
> > KUALA LUMPUR 3 Dis. - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata,
> > kerajaan tidak menolak kemungkinan menubuhkan Lembaga Urusan
> > Zakat Malaysia (LUZAM) bagi menyelaraskan kutipan dan agihan
> > zakat di semua negeri.
> >
> > Menurut Perdana Menteri, rungutan pihak tertentu yang mempersoalkan
> > fungsi institusi zakat terutama dalam aspek ketelusan pengagihan
> > wangnya mungkin ada kebenaran.
> >
> > Justeru, beliau berkata, kerajaan akan mendapatkan maklumat
> > daripada pejabat-pejabat zakat berdasarkan aduan yang dibuat.
> >
> > ``Mungkin ada kebenaran juga. Apa sahaja aduan yang dibuat,
> > kita akan dapatkan maklumat.
> >
> > ``Saya juga kena periksa dan tengok (akan keperluan menubuhkan
> > LUZAM) sama ada terdapat keperluan atau tidak,'' katanya kepada
> > pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa di kediaman
> > Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah di sini malam ini.
> >
> > Terdahulu pelbagai pihak meminta kerajaan mempercepatkan penubuhan
> > LUZAM yang dicadangkan lima tahun lalu bagi membolehkan kutipan
> > dan agihan zakat di semua negeri diselaraskan.
> >
> > Mereka berpendapat, penubuhan lembaga itu akan membolehkan semua
> > urusan berkaitan zakat di negara ini dijalankan dengan lebih
> > sistematik dan efektif dalam meningkatkan sosioekonomi umat Islam.
> >
> > Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah, Datuk Syeikh Majid
> > Mohd. Noor berkata, penyelarasan kutipan dan agihan zakat perlu
> > dilakukan di peringkat pusat supaya kedudukan golongan fakir
> > dan miskin di negara ini lebih tersusun.
> >
> > Ujarnya, usaha termasuk mewujudkan LUZAM perlu diteruskan demi
> > kebaikan golongan tersebut dengan cara yang lebih sistematik.
> >
> > ``Elok kalau diwujudkan badan penyelaras seperti itu tetapi
> > ia mesti dirujuk dulu pada Majlis Agama Islam negeri kerana
> > mereka yang berkuasa,'' katanya ketika dihubungi.
> >
> > Penolong Pengurus Operasi Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS),
> > Mohd. Rafiz Mohd. Yusof pula berkata, kerajaan perlu segera
> > menubuhkan LUZAM seperti yang pernah dicadangkan bagi menyelaras
> > dan menyeragamkan pungutan zakat di seluruh negara secara lebih
> > teratur.
> >
> > Beliau berkata, penubuhan LUZAM akan memudahkan penyelarasan
> > dan menyeragamkan pungutan zakat di seluruh negara secara lebih
> > teratur.
> >
> > Sebagai contoh, kata beliau, pengiraan zakat emas di Negeri
> > Sembilan berlainan dengan pengiraan di Selangor dan Wilayah
> > Persekutuan Kuala Lumpur.
> >
> > Beliau juga yakin langkah menubuhkan lembaga itu akan membolehkan
> > pengawasan yang lebih rapi dibuat terhadap kesemua institusi
> > zakat di setiap negeri.
> >
> > ``Adanya LUZAM yang bertindak sama seperti Lembaga Tabung Haji,
> > akan membolehkan perolehan zakat yang lebih di negeri-negeri
> > tertentu dapat diagih-agihkan ke negeri lain,'' katanya kepada
> > Utusan di Seremban.
> >
> > Pensyarah Jabatan Syariah dan Undang-Undang Universiti Malaya,
> > Prof. Madya Dr. Ahmad Hidayat Buang turut meminta kerajaan menimbangkan
> > semula penubuhan LUZAM.
> >
> > Katanya, penubuhan LUZAM akan melicinkan lagi sistem zakat di
> > negara ini walaupun terdapat halangan enakmen-enakmen tertentu
> > di negeri-negeri.
> >
> > ``Satu tabung lebih mudah untuk diuruskan berbanding banyak
> > tabung,'' jelasnya.
> >
> > Idea penubuhan LUZAM dicetuskan pada 13 Julai 1996 oleh Pengurus
> > Besar Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,
> > Mohamed Dahan Abdul Latiff pada Persidangan Bangsa Melayu dan
> > Kejayaan Ekonomi Islam Serantau anjuran Institut Perkembangan
> > Minda (INMIND).
> >
> > Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Shafie Mohd. Salleh ketika
> > menggulung perbahasan Undang-Undang Perbekalan Tambahan (1999)
> > di Dewan Negara pula antara lain berkata: ``Pada masa ini, Jabatan
> > Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang menyelaras pentadbiran
> > serta perundangan mengenai agama Islam di semua negeri terlebih
> > dahulu, sebelum LUZAM boleh diperkenalkan.''
> >
> > Shafie menegaskan penyelarasan pembayaran zakat itu akan membolehkan
> > pengagihan lebih adil dijalankan.
> >
> > Baru-baru ini pula, ahli Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas
> > Kementerian Penerangan, Ibrahim Azmi Hassan mencadangkan supaya
> > kerajaan Pusat menubuhkan sebuah badan penyelaras zakat memandangkan
> > sistem pengagihan zakat sekarang tidak begitu tersusun.
> >
> > Sementara itu Persatuan Kebajikan Islam (Perkasa) Terengganu
> > juga berpendapat sebuah badan khas perlu diwujudkan untuk menyelaras
> > proses pungutan dan pengagihan zakat kepada golongan yang ditetapkan.
> >
> > Pengerusinya, Yusof Musa berkata di Kuala Terengganu bahawa
> > sudah sampai masanya pengendalian urusan zakat diperbetulkan
> > kerana ia tidak memberi manfaat menyeluruh kepada golongan yang
> > memerlukan.
> >
> > Menurutnya, melalui zakat fitrah, berpuluh juta ringgit dikumpulkan
> > setiap tahun di seluruh negara tetapi seolah-olah tiada siapa
> > yang berani mempersoalkan ke mana sebenarnya wang itu disalurkan.
> >
> > Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Datuk Zainal Sakom
> > berkata, satu garis panduan tetap dapat diwujudkan jika pengurusan
> > zakat diletakkan di bawah sebuah lembaga.
> >
> > ``Kita tidak mahu pengurusan zakat dibuat melalui jawatankuasa
> > yang tidak tetap dan ini menyebabkan kadang-kala pengagihan
> > zakat tidak kena pada sasarannya.
> >
> > ``Jika institusi zakat tidak diuruskan dengan baik, ini menyebabkan
> > kepercayaan orang ramai akan terhakis dan sekali gus mencacatkan
> > imej Islam,'' katanya.
> >
> > Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Suhaimi
> > Ibrahim berkata, urusan zakat tidak boleh lagi dijalankan secara
> > tradisional sebaliknya perlu ditadbir dengan profesional oleh
> > sebuah lembaga.
> >
> > ``Lembaga Tabung Haji boleh dijadikan model dan jika ia dapat
> > dilakukan ke atas institusi zakat, kita bukan sahaja dapat membantu
> > orang miskin malah ia dapat disalurkan kepada sekolah-sekolah
> > dan masjid,'' ujarnya.
> >
> > Presiden Gabungan Persatuan Penguna Malaysia (FOMCA), Prof.
> > Datuk Hamdan Adnan berkata, pengurusan zakat di negara ini perlu
> > diseragamkan bagi membolehkan agihan dibuat dengan baik.
> >
> > ``Kadang-kadang kita merasa malu apabila tersiar kisah kedaifan
> > hidup orang Islam di akhbar atau televisyen, sedangkan banyak
> > zakat dikutip,'' jelasnya.
> >
> > Sementara itu, Setiausaha Agung, Persatuan Pengguna Islam Malaysia
> > (PPIM), Dr. Maamor Osman berkata, pengurusan zakat perlu dikendalikan
> > di peringkat Pusat bagi membolehkan zakat disalurkan kepada
> > negeri lain yang memperolehi kutipan zakat yang sedikit tetapi
> > mempunyai ramai fakir miskin.
> >
> > ``Walaupun urusan zakat adalah di bawah bidang kuasa kerajaan
> > negeri, namun para mufti boleh memainkan peranan agar penyelarasan
> > dapat dibuat bagi kepentingan orang ramai,'' katanya.
> >
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: mad <[EMAIL PROTECTED]>


Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "awe din" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke