*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Saya rasa, cadangan saudara amat baik (hantar pekerja
mengenalapasti orang miskin ke kpg.2). Tapi adalah
menjadi tanggungjawab ahli qariah terutama imam,
penghulu dan JKKK bagi tujuan tersebut. Malangnya
hanya segelintir saja yang aktif mengemaskini
maklumat. Saya sarankan disini supaya menggerakkan
semula kepimpimpinan masyarakat supaya melakukan tugas
yang sepatutnya dgn:

1. berterusan - usaha tiada henti dari masyarakat
2. neutral - tiada perbezaan politik
3. berpusat - jadikan masjid, surau sebagai pusat
pengumpulan maklumat
4. alternatif - memberi bimbingan utk berusaha sendiri
bagi masa depan

Ingat tak kita tentang seorang kanak-kanak yang
terpaksa mengorbankan masa sekolah
(bertahun-tahun)beliau semata-mata menunggu sumbangan
sebuah kerusi roda bagi membolehkan beliau bersekolah?
Kemana perginya perihatin masyarakat? 

Renungan :

kenapa yang daif/miskin selalunya orang Islam (Melayu
khususnya)?

Wassallam.
--- apa nama <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
> http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]  
>       }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED]     }
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamualaikum,
> 
> Nak tubuh apapun tubuhlah. Tapi cara 
> mengendalikan kena innovative & imaginative.
> Khabarnya duit PPZ ni banyak, tapi orang
> miskin dok miskin kat situlah. Padahal kalau
> ada orang masuk kampung, tanya orang kampung,
> kat mana ada orang susah, senang aje depa
> dapat cari.
> 
> Ambillah pekerja kontrak secara bermusim ke,
> untuk masuk kampung cari orang benar2 susah.
> Dah dapat maklumat, hantar kakitangan untuk
> kompom.  Dah kompom, update database tu.
> Kemudian atur cara2 menghulurkan bantuan
> secara beterusan. 
> 
> Dahlah program rakyat termiskin lebur, tabung
> haji bocor, takkanlah ppz pun nak ikut jejak
> juga. 
> 
> Kita berharap akan ada improvement.
> 
> >   ----- Original Message ----- 
> >   From: awe din 
> >   To: [EMAIL PROTECTED] 
> >   Cc: [EMAIL PROTECTED] 
> >   Sent: Wednesday, December 05, 2001 12:17 AM
> >   Subject: Re: H-Net* LUZAM mungkin ditubuh
> ~~~~~~~~~~~~ 
> >   Aku bukan nak tuduh sesiapa nak songlap atau nak
> kaput duit zakat tapi aku rasa LUZAM tu tak perlu
> ditubuhkan. Semalam ada  beberapa pihak
> membincangkan  isu ini di TV3 (Buletin) dan seorang
> hamba Allah dari PPZ Wilayah Persekutuan tu kata
> LUZAM akan dapat memperkemas sistem dan kaedah
> pungutan zakat disamping  dapat
> mengurangkan/menjimatkan kos pengurusan kerana
> operasinya terpusat. Aku rasa pandangan ini kurang
> tepat dan jauh meleset dari hakikat sebenar.
> Perhatikan sahajalah kalau LUZAM ditubuhkan,
> agak-agak aku lah, struktur organisasi nya tentu
> lebih kurang macam LHDN dan yang sewaktu dengannya.
> Maka adalah Pengerusi Eksekutif, Lembaga Pengarah,
> Pengarah dan lagi dan lagi dan lagi. Itu baru di Ibu
> Pejabat. Lepas tu di cawangan-cawangan pulak (Negeri
> dan daerah). Lagi banyak cawangan, lagi besar
> organisasi maka lagi tinggi lah gred Pengerusi
> Eksekutif dan Ketua Pengarah/CEO nya dan faham-faham
> saja lah bila ! gred dah
> tinggi.......gaji/elaun/imbuhan/ganjaran dan lain-l!
> ain perks mestilah juga TINGGI. Lepas tu pulak, bila
> organisasi besar, kutipan hasil @ turnover tahunan
> banyak , maka perlulah ada bangunan sendiri @ WISMA
> LUZAM atau seumpamanya. Kos membina mestilah ratusan
> juta $, barulah gah  dan sesuai dengan status
> korporatnya . Kalau dah ambil kira semua tu, apa dan
> bagaimana yang dikatakan penubuhan LUZAM akan
> menjimatkan kos pengurusan kutipan/agihan wang zakat
> di negara ini? Lagi satu perkara pokok yang wajib
> difikirkan ialah sumber dana mana yang akan diguna
> bagi membiayai kos penubuhan dan melangsungkan
> operasi LUZAM  (jangan lupa senario apa yang
> disebutkan di atas tadi)? Tentulah dari sumber wang
> zakat yang dikutip itu. Akhirnya sebahagian besar
> wang zakat dibelanjakan untuk mengurus dan kalau ada
> yang dibagi kepada yang berhak pun hanyalah  saki
> bakinya sahaja. Apa kata orang tu.....dapat kuahnya
> sahajalah, yang dapat isi hanyalah para p! engurus
> wang zakat itu.
> > 
> >   Pada malam tadi juga ada ditanya pandangan Pak
> Ungku Aziz..... tapi biasa lah, disiarkan sikit
> sahaja sebab beliau tak setuju. Pada Pak Ungku, elok
> sahaja sistem yang ada sekarang melalui Baitulmal di
> negeri masing-masing dikekalkan dengan beberapa
> pembaikan/perubahan terutama dari segi  accounting &
> accountability nya. Rasanya itulah syor yang
> terbaik.Tak perlulah nak tubuhkan banyak-banyak
> lembaga, sebab kita tahu "lembaga" ni berbahaya
> terutama lembaga hitam, maklumlah lembaga tu kan
> dari kalangan makhluk halus dan sedara dengan setan.
> > 
> >   Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Jangan lupa
> bayar zakat fitrah, tak perlu tunggu wujud lembaga
> baru.
> > 
> > 
> > 
> >   >From: mad 
> >   >Reply-To: [EMAIL PROTECTED] 
> >   >To: Sjafrial Esa 
> >   >CC: [EMAIL PROTECTED] 
> >   >Subject: Re: H-Net* LUZAM mungkin ditubuh --
> PM: Rungutan yang persoal fungsi institusi zakat
> boleh jadi ada kebenarannya 
> >   >Date: Wed, 05 Dec 2001 00:18:10 +0800 
> >   > 
> >   > 
> >   >
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> 
> >   > { Sila lawat Laman Hizbi-Net -
> http://www.hizbi.net } 
> >   > { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } 
> >   > { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]
> } 
> >   >
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> 
> >   > PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL 
> >   >
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> >   >lagi banyak la duit zakat dapat disonglap oleh
> puak2 tu...yang hilang 
> >   >dulu pun tak ketahuan 
> >   >kunun nak urus zakat negeri2 lain pulak...apa
> cerita ni...??????? 
> >   > 
> >   > 
> >   > 
> >   >Sjafrial Esa wrote: 
> >   > > 
> >   > > -------------------- 
> >   > > LUZAM mungkin ditubuh -- PM: Rungutan yang
> persoal fungsi institusi 
> >   > > zakat boleh jadi ada kebenarannya 
> >   > > KUALA LUMPUR 3 Dis. - Datuk Seri Dr.
> Mahathir Mohamad berkata, 
> >   > > kerajaan tidak menolak kemungkinan
> menubuhkan Lembaga Urusan 
> >   > > Zakat Malaysia (LUZAM) bagi menyelaraskan
> kutipan dan agihan 
> >   > > zakat di semua negeri. 
> >   > > 
> >   > > Menurut Perdana Menteri, rungutan pihak
> tertentu yang mempersoalkan 
> >   > > fungsi institusi zakat terutama dalam aspek
> ketelusan pengagihan 
> >   > > wangnya mungkin ada kebenaran. 
> >   > > 
> >   > > Justeru, beliau berkata, kerajaan akan
> mendapatkan maklumat 
> >   > > daripada pejabat-pejabat zakat berdasarkan
> aduan yang dibuat. 
> >   > > 
> >   > > ``Mungkin ada kebenaran juga. Apa sahaja
> aduan yang dibuat, 
> >   > > kita akan dapatkan maklumat. 
> >   > > 
> >   > > ``Saya juga kena periksa dan tengok (akan
> keperluan menubuhkan 
> >   > > LUZAM) sama ada terdapat keperluan atau
> tidak,'' katanya kepada 
> >   > > pemberita selepas menghadiri majlis berbuka
> puasa di kediaman 
> >   > > Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh
> Hamzah di sini malam ini. 
> >   > > 
> >   > > Terdahulu pelbagai pihak meminta kerajaan
> mempercepatkan penubuhan 
> >   > > LUZAM yang dicadangkan lima tahun lalu bagi
> membolehkan kutipan 
> >   > > dan agihan zakat di semua negeri
> diselaraskan. 
> >   > > 
> >   > > Mereka berpendapat, penubuhan lembaga itu
> akan membolehkan semua 
> >   > > urusan berkaitan zakat di negara ini
> dijalankan dengan lebih 
> >   > > sistematik dan efektif dalam meningkatkan
> sosioekonomi umat Islam. 
> >   > > 
> >   > > Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah,
> Datuk Syeikh Majid 
> >   > > Mohd. Noor berkata, penyelarasan kutipan dan
> agihan zakat perlu 
> >   > > dilakukan di peringkat pusat supaya
> kedudukan golongan fakir 
> >   > > dan miskin di negara ini lebih tersusun. 
> >   > > 
> >   > > Ujarnya, usaha termasuk mewujudkan LUZAM
> perlu diteruskan demi 
> >   > > kebaikan golongan tersebut dengan cara yang
> lebih sistematik. 
> >   > > 
> 
=== message truncated ===


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send your FREE holiday greetings online!
http://greetings.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: JJay68 <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke