*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum & salam sejahtera.
Satu perkara yang saya tak faham sejak zaman sekolah lagi perkara ni
berlaku. Setiap kali menjelang raya, maka sibuk laa depa nak tengok anak
bulan. Sedangkan tarikh raya memang telah ditetapkan beberapa hari atau
minggu jauh lebih awal daripada hari pengistiharan penyimpan mohor
raja-raja.
Pengalaman saya sejak di bangku sekolah dalam tahun 70an, memang kita orang
biasanya dapat tahu awal-awal lagi tarikh sebenar hari raya. Akan ada orang
istana yang telefon bonda saya untuk memaklumkannya.
Persoalan yang bermain di fikiran saya, mengapa perlu pihak Malaysia pergi
telek anak bulan, sedangkan tarikh hari raya telah pun ditetapkan awal-awal
lagi?
Tambahan lagi, Malaysia dan negara ASEAN (Singapura, Indonesia & Brunei)lain
dah sepakat menyeragamkan tarikh hari raya. Lazimnya, kita dapat tahu
pengisytiharan negara-negara ini. Mereka isytihar tarikh raya awal-awal lagi
untuk memudahkan rakyat mereka membuat persediaan.
Jadi, apa muslihat di sebalik menengok anak bulan oleh pihak Malaysia?
Adakah ia mempunyai sebab-sebab keperluan tertentu, atau semata-mata
bersandiwara jer? Ada sape-sape di kalangan netters boleh memberi
penerangan?
Kalau ianya sandiwara semata-mata, maka pada pandangan saya layaklah
Malaysia dinamakan Malaysia Darul Sandiwara.
Sekian, sekadar meluahkan kekeliruan dalam fikiran saya.
>From: [EMAIL PROTECTED]
>Reply-To: [EMAIL PROTECTED]
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: [harakahdaily] Ahli falak jangka raya 16 Disember puasa 29 hari
>Date: Tue, 11 Dec 2001 15:06:24 +0800
>
>------- Forwarded Message Follows -------
>From: Lenggang Kangkung <[EMAIL PROTECTED]>
>
>Ahli falak jangka raya 16 Disember puasa 29 hari
>Oleh: MOHD. LAZIM ENDUT
>
>KUALA TERENGGANU 4 Dis. - Umat Islam di negara ini
>dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Ahad
>16 Disember bersamaan 1 Syawal 1422, setelah berpuasa
>selama 29 hari.
>
>Pensyarah Falak dan Syarie Kolej Agama Sultan Zainal
>Abidin (Kusza), Baharrudin Zainal berkata, ia
>berdasarkan hari rukyah anak bulan Syawal
>tahun ini akan berlaku pada hari Sabtu, 29 Ramadan
>1422 bersamaan 15 Disember.
>
>Beliau berkata, ketika matahari terbenam pada hari
>tersebut, keadaan akan jelas menunjukkan bahawa bulan
>yang berada di ufuk Malaysia pada petang hariitu telah
>mempunyai kematangan fizikal.
>
>``Ini bermakna seluruh umat Islam di negara ini akan
>mula menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Ahad, 16
>Disember.
>
>``Dengan itu, umat Islam akan berpuasa selama 29 hari
>sahaja pada tahun ini,'' katanya kepada Utusan di sini
>hari ini.
>
>Bagaimanapun katanya, keputusan sebenar mengenai
>sambutan Hari Raya tertakluk kepada ketetapan dan
>pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
>
>Baharrudin berkata, berdasarkan almanak astronomi,
>ijtimak bagi menandakan pemisahan antara fasa bulan
>Ramadan dengan bulan baru Syawal 1422 berlaku pada 15
>Disember 2001, pukul 4.47 pagi.
>
>Menurut beliau, penjajaran bulan dengan matahari bagi
>menandakan proses ijtimak ini berlaku di titik bumi
>pada longitud 140 barat serentak
>dengan fenomena gerhana matahari anulus yang berlaku
>di Amerika Tengah.
>
>Katanya, proses ijtimak yang berlaku serentak dengan
>gerhana matahari itu membolehkan bulan yang sedang
>dalam fasa ijtimak itu dapat dilihat.
>
>``Anak bulan Syawal hanya wujud selepas waktu matahari
>terbenam dari mana-mana tempat di muka bumi ke barat
>dari tempat berlakunya gerhana,''
>ujar beliau lagi.
>
>Beliau memberitahu, di negara yang mengalami malam
>terdahulu dari Amerika Tengah termasuk Asia Barat dan
>Eropah, tidak mungkin anak bulan boleh kelihatan dari
>tempat masing-masing ketika matahari terbenam
>pada hari Jumaat, 14 Disember.
>
>Sebaliknya kata beliau, tarikh melihat anak bulan
>Syawal pada hari Sabtu, 15 Disember adalah disebabkan
>ijtimak telah berlaku pada awal pagi hari tersebut.
>
>``Dalam tempoh berlaku ijtimak dengan waktu matahari
>terbenam di Malaysia kira-kira 15 jam kemudian, bulan
>dan matahari sudah berpisah sejauh lima peratus pada
>kadar cahaya.
>
>``Kadar fasa cahaya bulan pula adalah sebanyak 0.5
>peratus atau 1/500 daripada cahaya bulan purnama yang
>menunjukkan bulan di ufuk Malaysia ketika itu
>mempunyai kematangan fizikal,'' ujarnya.
>
>Menurut Baharrudin, berdasarkan kiraan hisab anak
>bulan Syawal yang matang itu, bermakna Hari Raya
>Aidilfitri pada tahun ini jatuh pada hari
>Ahad, 16 Disember.
>
_________________________________________________________________
Join the world�s largest e-mail service with MSN Hotmail.
http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Putra Sulong ." <[EMAIL PROTECTED]>