*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
seingat aku lah..
diorang nih kalau tang nengok anak bulan ramadhan.. selalu jer miss.. tak
nampak lah.. mendung lah.. awan tebal lah..
tapi kalau nengok anak bulan syawal.. teropong sebelah mata pun clear..
tak gitu..

> -----Original Message-----
> From: awe din [SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
> Sent: Wednesday, December 12, 2001 4:41 p.m.
> To:   [EMAIL PROTECTED]
> Cc:   [EMAIL PROTECTED]
> Subject:      Re: H-Net* Re: Ahli falak jangka raya ... sandiwara ker?
> 
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat
> Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke:
> [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH
> PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
> 
> Tak berani aku nak mengeluarkan pendapat samada patut atau tidak patut.
> Nampaknya memang patut ler.....kalau tidak tak kan depa buat tiap-tiap
> tahun. Depa tu pulak (yang pegi belek anak bulan tu) bukan nya koman-koman
> punya orang, ustaz2, ulama2, sheikh2 dan berbagai ragam gelarnya. Alim2
> semuanya. Tak kan mereka pun sanggup "berlakon" jugak? Yang aku dengar,
> melihat anak bulan masih perlu walaupun mengikut kiraan ahli falak anak
> bulan boleh nampak pada sekian-sekian hari. Tengok tetap tengok, nampak
> tak nampak soal kedua.
> 
> Selain dari itu, aku punya pandanganlah..... elok juga dikekalkan amalan
> melihat anak bulan nih, setidak-tidaknya dia menjadi satu outing yang baik
> dan unik bagi orang-orang jabatan ugama. Aku dengar dikebanyakan tempat
> melihat anak bulan, urusetianya kenduri sakan.......ada potong kambing,
> ada potong ayam. Ala-ala BBQ gitu. Tempatpun best-best..atas bukit,
> ditelok dan pantai. Agaknya kerana sebok makan "kenduri" atau dek kerana
> asap BBQ, anak bulan tak dapat dilihat!! 
> 
> 
> 
> >From: "Putra Sulong ." 
> >To: [EMAIL PROTECTED] 
> >CC: [EMAIL PROTECTED] 
> >Subject: H-Net* Re: Ahli falak jangka raya ... sandiwara ker? 
> >Date: Wed, 12 Dec 2001 06:31:59 
> > 
> > 
> >*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* 
> >{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } 
> >{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } 
> >{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } 
> >*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* 
> > PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL 
> >~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
> > 
> > 
> >Assalamu'alaikum & salam sejahtera. 
> > 
> >Satu perkara yang saya tak faham sejak zaman sekolah lagi perkara ni 
> >berlaku. Setiap kali menjelang raya, maka sibuk laa depa nak tengok 
> >anak 
> >bulan. Sedangkan tarikh raya memang telah ditetapkan beberapa hari 
> >atau 
> >minggu jauh lebih awal daripada hari pengistiharan penyimpan mohor 
> >raja-raja. 
> > 
> >Pengalaman saya sejak di bangku sekolah dalam tahun 70an, memang 
> >kita orang 
> >biasanya dapat tahu awal-awal lagi tarikh sebenar hari raya. Akan 
> >ada orang 
> >istana yang telefon bonda saya untuk memaklumkannya. 
> > 
> >Persoalan yang bermain di fikiran saya, mengapa perlu pihak Malaysia 
> >pergi 
> >telek anak bulan, sedangkan tarikh hari raya telah pun ditetapkan 
> >awal-awal 
> >lagi? 
> > 
> >Tambahan lagi, Malaysia dan negara ASEAN (Singapura, Indonesia & 
> >Brunei)lain 
> >dah sepakat menyeragamkan tarikh hari raya. Lazimnya, kita dapat 
> >tahu 
> >pengisytiharan negara-negara ini. Mereka isytihar tarikh raya 
> >awal-awal lagi 
> >untuk memudahkan rakyat mereka membuat persediaan. 
> > 
> >Jadi, apa muslihat di sebalik menengok anak bulan oleh pihak 
> >Malaysia? 
> >Adakah ia mempunyai sebab-sebab keperluan tertentu, atau semata-mata 
> >bersandiwara jer? Ada sape-sape di kalangan netters boleh memberi 
> >penerangan? 
> > 
> >Kalau ianya sandiwara semata-mata, maka pada pandangan saya layaklah 
> >Malaysia dinamakan Malaysia Darul Sandiwara. 
> > 
> >Sekian, sekadar meluahkan kekeliruan dalam fikiran saya. 
> > 
> > 
> > 
> > 
> > 
> > 
> > 
> >>From: [EMAIL PROTECTED] 
> >>Reply-To: [EMAIL PROTECTED] 
> >>To: [EMAIL PROTECTED] 
> >>Subject: [harakahdaily] Ahli falak jangka raya 16 Disember puasa 29 
> >>hari 
> >>Date: Tue, 11 Dec 2001 15:06:24 +0800 
> >> 
> >>------- Forwarded Message Follows ------- 
> >>From: Lenggang Kangkung 
> >> 
> >>Ahli falak jangka raya 16 Disember puasa 29 hari 
> >>Oleh: MOHD. LAZIM ENDUT 
> >> 
> >>KUALA TERENGGANU 4 Dis. - Umat Islam di negara ini 
> >>dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Ahad 
> >>16 Disember bersamaan 1 Syawal 1422, setelah berpuasa 
> >>selama 29 hari. 
> >> 
> >>Pensyarah Falak dan Syarie Kolej Agama Sultan Zainal 
> >>Abidin (Kusza), Baharrudin Zainal berkata, ia 
> >>berdasarkan hari rukyah anak bulan Syawal 
> >>tahun ini akan berlaku pada hari Sabtu, 29 Ramadan 
> >>1422 bersamaan 15 Disember. 
> >> 
> >>Beliau berkata, ketika matahari terbenam pada hari 
> >>tersebut, keadaan akan jelas menunjukkan bahawa bulan 
> >>yang berada di ufuk Malaysia pada petang hariitu telah 
> >>mempunyai kematangan fizikal. 
> >> 
> >>``Ini bermakna seluruh umat Islam di negara ini akan 
> >>mula menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Ahad, 16 
> >>Disember. 
> >> 
> >>``Dengan itu, umat Islam akan berpuasa selama 29 hari 
> >>sahaja pada tahun ini,'' katanya kepada Utusan di sini 
> >>hari ini. 
> >> 
> >>Bagaimanapun katanya, keputusan sebenar mengenai 
> >>sambutan Hari Raya tertakluk kepada ketetapan dan 
> >>pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. 
> >> 
> >>Baharrudin berkata, berdasarkan almanak astronomi, 
> >>ijtimak bagi menandakan pemisahan antara fasa bulan 
> >>Ramadan dengan bulan baru Syawal 1422 berlaku pada 15 
> >>Disember 2001, pukul 4.47 pagi. 
> >> 
> >>Menurut beliau, penjajaran bulan dengan matahari bagi 
> >>menandakan proses ijtimak ini berlaku di titik bumi 
> >>pada longitud 140 barat serentak 
> >>dengan fenomena gerhana matahari anulus yang berlaku 
> >>di Amerika Tengah. 
> >> 
> >>Katanya, proses ijtimak yang berlaku serentak dengan 
> >>gerhana matahari itu membolehkan bulan yang sedang 
> >>dalam fasa ijtimak itu dapat dilihat. 
> >> 
> >>``Anak bulan Syawal hanya wujud selepas waktu matahari 
> >>terbenam dari mana-mana tempat di muka bumi ke barat 
> >>dari tempat berlakunya gerhana,'' 
> >>ujar beliau lagi. 
> >> 
> >>Beliau memberitahu, di negara yang mengalami malam 
> >>terdahulu dari Amerika Tengah termasuk Asia Barat dan 
> >>Eropah, tidak mungkin anak bulan boleh kelihatan dari 
> >>tempat masing-masing ketika matahari terbenam 
> >>pada hari Jumaat, 14 Disember. 
> >> 
> >>Sebaliknya kata beliau, tarikh melihat anak bulan 
> >>Syawal pada hari Sabtu, 15 Disember adalah disebabkan 
> >>ijtimak telah berlaku pada awal pagi hari tersebut. 
> >> 
> >>``Dalam tempoh berlaku ijtimak dengan waktu matahari 
> >>terbenam di Malaysia kira-kira 15 jam kemudian, bulan 
> >>dan matahari sudah berpisah sejauh lima peratus pada 
> >>kadar cahaya. 
> >> 
> >>``Kadar fasa cahaya bulan pula adalah sebanyak 0.5 
> >>peratus atau 1/500 daripada cahaya bulan purnama yang 
> >>menunjukkan bulan di ufuk Malaysia ketika itu 
> >>mempunyai kematangan fizikal,'' ujarnya. 
> >> 
> >>Menurut Baharrudin, berdasarkan kiraan hisab anak 
> >>bulan Syawal yang matang itu, bermakna Hari Raya 
> >>Aidilfitri pada tahun ini jatuh pada hari 
> >>Ahad, 16 Disember. 
> >> 
> > 
> > 
> > 
> >_________________________________________________________________ 
> >Join the world's largest e-mail service with MSN Hotmail. 
> >http://www.hotmail.com 
> > 
> > 
> >~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
> >( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) 
> >( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) 
> >( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) 
> >( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) 
> >( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) 
> >~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
> > 
> >Pengirim: "Putra Sulong ." 
> 
>   _____  
> 
> MSN Photos is the easiest way to share and print your photos: Click Here
> <http://go.msn.com/bql/hmtag3_etl_EN.asp>
> 
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ (
> Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) (
> Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala
> pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan
> tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]
> ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Pengirim: "awe din" 

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Syamsul b Kadiman <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke