*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

------- Forwarded Message Follows -------

From:   muhdisa <[EMAIL PROTECTED]>

SATU  SYAWAL
Muhammad Isa al-Jambuli


SAMPAI saatnya, Ramadhan al-Mubarak akan berlalu
meninggalkan kita. Lalu bulan Syawal akan
menggantinya. Berlalunya bulan Ramadhan mencetuskan
rasa sayu dan sedih di hati para shalihin. Mereka
sedih dan menangis kerana peluang untuk mendapat
pahala beribadah yang berlipat-ganda sudah tiada lagi.
Diriwayatkan, kesedihan ini bukan dialami oleh manusia
sahaja, malah dirasakan juga oleh para  malaikat dan
makhluk-makhluk lain.
Riwayat daripada Jabir r.a : Sabda Rasulullah s.a.w,
mafhumnya: "Menjelang akhir malam Ramadhan, maka
menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi
dan para malaikat, kerana dengan berlalunya Ramadhan,
maka berlalulah fadhilatnya. Ini merupakan musibah
bagi umatku". Ditanya orang, "Apakah musibah itu, ya
Raulullah?". Jawab Rasulullah s.a.w, "Dalam bulan itu
segala doa mustajab, sedekah makbul, segala kebajikan
digandakan pahalanya dan seksaan kubur terkecuali,
maka apakah musibat yang terlebih besar apabila
semuanya itu sudah berlalu?".
Walau bagaimanapun, bulan Ramadhan tidak terus berlalu
begitu sahaja. Ibadat puasa sebagai satu perjuangan
sepanjang bulan Ramadhan itu, sebenarnya akan menemui
kemuncaknya pada hari satu Syawal yang dinamakan Hari
Raya Puasa atau Hari Raya Fitrah  ('Idul-Fithri) yang
merupakan hari kemenangan bagi perjuangan itu.
Sekiranya perjuangan itu disempurnakan sebaik-baiknya
_ dengan niat yang suci,   ikhlas,   penuh kesedaran,
kebaktian dan ketakwaan _ nescaya  tercapailah
kemenangan atau kejayaan yang hakiki di dunia dan di
akhirat.
Sambutan Hari  Raya  Fitrah:
HARI Raya Fitrah disambut dengan penuh kesyukuran dan
kegembiraan oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia.
Malah, dikatakan disambut juga oleh para malaikat.
Tersebut dalam khabar (hadis) : Pada malam satu
Syawal, atas perintah Allah Tabaraka wa Taala, para
malaikat turun ke bumi. Mereka berdiri di segenap
jalan dan berseru dengan suara yang dapat didengar
oleh segala makhluk kecuali jin dan manusia : "Hai
umat Muhammad. Keluarlah (beribadatlah) kamu kepada
Tuhan yang Maha Pemurah!"
Pada pagi hari raya, apabila berhimpun para muslimin
dan muslimat di tempat-tempat ibadat, Allah Taala
berfirman, "Hai sekalian malaikat-Ku. Apakah balasan
kepada orang-orang  yang mengambil upah (mengerjakan
ibadat mereka)?" Sembah para malaikat, "Hai Tuhanku,
Balasannya, disempurnakan upahan (pahala) bagi
mereka".  Allah berfirman lagi, "Persaksikanlah
sekalian kamu, hai malaikat-Ku, bahawa  Aku
sesungguhnya  telah menjadikan pahala puasa Ramadhan
itu keredhaan-Ku dan keampunan-Ku. Hai sekalian
hamba-Ku (umat Muhammad). Demi ketinggian-Ku dan
kebesaran-Ku, Aku perkenankan permohonan kamu pada
hari ini. Demi ketinggian-Ku dan kebesaran-Ku,
sesungguhnya Aku tawaqquf (menamatkan) segala dosa
kamu.  Sesungguhnya kamu telah meridhakan Aku dengan
keridhaan kamu".
Kurniaan Allah S.W.T untuk umat Muhammad s.a.w  itu
disambut oleh para  malaikat dengan rasa amat
sukacita.
Sejarah memperlihatkan satu Syawal menjadi pilihan
Allah Taala untuk melakukan sesuatu yang teristimewa.
Pada hari satu Syawal,  Allah menciptakan syurga. Pada
hari satu Syawal juga Syajaratul-Thuubaa( Pokok
Kebahagiaan ) ditanam. Pada hari Fitrah juga
tukang-tukang sihir Fir'aun diampunkan Allah dosa
mereka.
Fadhilat 1 Syawal:
DIRIWAYATKAN: Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah
s.aw bersabda, mafhumnya: "Barangsiapa membaca : Laa
ilaaha illallaahu wahdahuu  laa  syariika  lah,
lahul-mulku   wa  lahul-hamdu yuhyii wa yumiit, wa
huwa  haiyun laa yamuutu  biyadihil-khayr  wa hua
'alaa kulli syayin qadiir sebanyak empat ratus kali
sebelum daripada sembahyang sunat hari raya (sama ada
'Idil-Fitri atau 'Idil-Adhha), dia akan dikahwinkan
oleh Allah Taala dengan empat ratus bidadari
(Hawrul-'Ayn) dan mendapat pahala seperti memerdekakan
seratus raqabah (hamba)."
Mengikut riwayat Abu Umamah r.a, Rasulullah s.a.w
bersabda, mafhumnya, "Barangsiapa mengerjakan ibadat
pada kedua-dua malam raya, tidak mati hatinya pada
hari yang dimatikan segala hati".
Hikmat Hari Raya:
SEBENARNYA setiap detik peristiwa pada kedua-dua hari
raya tersebut adalah  mengandungi  hikmah dan makna
atau  merupakan  gambaran simbolik kepada apa yang
akan berlaku ke atas manusia selepas mati. Inilah
hikmah, selain hikmat-hikmat yang sering diperkatakan
menegenai hal yang berkaitan dengan kemanusiaan dan
kemasyarakatan. Mngikut hukama' / ulama' : "Hari raya
itu adalah untuk mengingatkan hamba Allah kepada hari
akhirat (hari kiamat).  Apa yang berlaku pada hari
raya adalah tamsilan kepada detik-detik peristiwa yang
akan berlaku pada hari kiamat ..."
Justeru, hukama' menganjurkan agar setiap peristiwa
pada hari raya direnungi dan dibayangkan sebagai
ibarat atau tamsilan kepada peristiwa yang akan
berlaku pada hari kiamat kelak, sebagaimana berikut :
· Saat berlalunya bulan Ramadhan diibaratkan sebagai
ketibaan saat kematian seseorang hamba Allah.
· Bunyi mercun atau riang gembira hilai ketawa
kanak-kanak pada hari raya diibaratkan sebagai bunyi
tiupan sengkakala pada hari kebangkitan manusia dari
kubur mereka.
· Panggilan (tuntutan) sembahyang hari raya
diibaratkan sebagai seruan Israfil pada Hari
Kebangkitan di atas shakhrah (batu besar) di
Baitul-Maqdis, "Hai segala tulang  yang   hancur! Hai
segala kulit  yang  lebur!  Hai  segala   bulu yang
gugur. Telah diperkenankan kamu dibawa mengadap Allh".
· Keluarnya muslimin dan muslimat beramai-ramai ke
masjid  atau ke padang untuk mengerjakan ibadah
sembahyang sunat hari raya ditamsilkan dengan
keluarnya (kebangkitan) manusia bertaburan dari kubur
masing-masing pada hari kebangkitan (yawmul-ba'ts)
lalu bergerak ke padang Mahsyar.
· Pelbagai cara orang pergi ke masjid, ada berjalan
kaki dan juga menaiki   kenderaan. Keadaan yang
berjalan kaki, ada yang perlahan, ada yang cepat atau
terburu-buru. Dan yang berkenderaan pula dengan
pelbagai jenis kenderaan, daripada basikal hingga
kepada mobil mewah. Keadaan ini diibaratkan kepada
pelbagai keadaan perjalanan manusia dari kubur mereka
ke padang Mahsyar kelak.
· Ketibaan jemaah di masjid atau di padang  pula
ditamsilkan dengan ketibaan seluruh manusia di padang
Mahsyar.
· Keadaan jemaah di masjid atau di padang dengan
pelbagai pakaian, rupa  paras, warna kulit dan keadaan
tempat duduk mereka ditamsilkan sebagai keadaan yang
akan dialami oleh manusia di padang Mahsyar nanti.
Antara mereka ada yang putih dan ada yang hitam muka
mereka, ada yang duduk di bawah naungan 'Arasy, ada
yang berpeluh berjemur panas. Ada juga mereka yang
menduduki  tempat teristimewa, iaitu para anbia',
aulia' dan syuhada'.
· Berdiri (qiam) para jemaah untuk sembahyang sunat
hari raya pula ditamsilkan sebagai berdirinya seluruh
manusia di padang Mahsyar menghormati Tuhan
Rabbul-Jalil.
· Segala perbuatan dan bacaan dalam sembahyang sunat
hari raya itu adalah sebagai tamsilan atau
memggambarkan peristiwa demi peristiwa yang akan
berlaku pada hari kiamat.
· Selepas sembahyang, apabila Imam bangun membaca
khutbah, maka tamsilannya ialah, Jibrail bangun
mengumumkan keputusan nasib manusia di akhirat, sama
ada menerima kebahagiaan atau kecelakaan (ditempatkan
di syurga atau di neraka).
Demikianlah, anjuran hukama' supaya apa yang berlaku
pada hari raya itu direnungi dan dijadikan iktibar,
dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa yang bakal
terjadi pada hari kiamat. Dengan berbuat demikian,
diharap akan timbul keinsafan dan ketakwaan dalam
diri.
Lima Hari Raya yang Lain:
Hari Raya Fitrah dan hari Raya Adhha merupakan dua
hari raya di dunia  semata-mata.  Sebenarnya,  bagi
mukminin / mukminat,  ada  lagi lima  hari  raya  yang
 lain, iaitu :
· hari kelahiran dari kandungan rahim ibu dalam ke
adaan suci daripada dosa;
· hari kematian dengan pencapaian husnul-khaatimah;
· hari kejayaan melewati titian Siratal-Mustaqim dan
terselamat daripada pelbagai  huru-hara pada hari
kiamat;
· hari memasuki syurga dengan sejahtera;
· hari menemui (menikmati) wajah Allah Azza wa Jall -
hari raya yang paling agung   ('Iidul-akbar )!
 Wallahu a'lam.


rujukan: jam'ul-fawaid


__________________________________________________
Melanggan? (FREE) : Send email to: [EMAIL PROTECTED]

Berhenti Melanggan : Hantar email kosong to: [EMAIL PROTECTED]

Laman Web Lenggang Kangkung: http://www.angelfire.com/ct/lk

Email lama Lenggang Kangkung Group: http://groups.yahoo.com/group/lk/messages

Download File dari Lenggang Kangkung Group: http://groups.yahoo.com/group/lk/files


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke