*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dalam zaman ini, ramai orang-orang mengaku Islam, tapi sebaha-
gian mereka menjadi KUFUR tanpa disedari. Mereka menjadi
kufur kerana tidak berhati-hati apabila bercakap dan menulis
tentang Islam. Mereka tidak tahu apakah BATAS-BATAS iman dan
kufur. Saya telah berusaha menterjemahkan daripada sebuah buku
yang membicarakan tentang ini. Sila baca huraian di bawah semoga
mereka sedar dan kembali bertaubat:
=======================
Mengikut ayat-ayat yang bermaksud,
Hai orang-orang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan
RasulNya ....supaya tidak TERBATAL amalanmu, sedangkan kamu
TIDAK MENYEDARInya. [Al-Hujurat 49:1-2]
Seorang penulis yang bernama Muhammad Amin Al-Ansori menulis
dalam bukunya setelah mengambil huraian daripada kitab-kitab
tafsir yang muktabar membuat kesimpulan ... Dia menulis:
"Kebanyakan ahli-ahli tafsir mentafsirkan ayat-ayat ini atas
makna zahirnya tanpa banyak pembahasan. Maka seorang mukmin
boleh terbatal amalannya (termasuk keIslamannya) samada dia
sedar atau tidak, apabila dia ada mengerjakan perkara-perkara
buruk yang BOLEH membatalkan (amal dan iman)nya. Sungguhpun
dia tidak bertujuan untuk membatalkan amalannya, atau tidak
sedar amalan buruk itu boleh membatalkan amalannya" [petikan
dan terjemahan daripada kitab "Minhajud-Da'wah Al-Islamiyah",
oleh Muhammad Amin Al-Ansori, mukasurat 297]
Antara hujjah sokongan yang menunjukkan seorang mukmin boleh
menjadi kufur ialah terdapat satu hadith yang dimuatkan dalam
Tafsir Ibnu Kathir dalam mentafsirkan ayat tersebut:
Sesungguhnya seorang hamba itu, benar-benar dia berkata satu
kalimah yang mendapat keredhaan Allah yang dia dia tidak ter-
fikir tentangnya, Allah akan mengangkat darjatnya. Dan sebalik-
nya pula, seorang hamba itu, benar-benar dia berkata satu
kalimah yang mendapat kemurkaan Allah yang dia tidak terfikir
tentangnya, kelak Allah akan melemparkan hamba itu ke dalam
neraka Jahannam. [Hadith Riwayat Bukhari]
Al-Imam Ibnu Hajar Al-Asqolani menulis dalam kitabnya Fathul-
Bari membuat kupasan ..."telah membuat huraian oleh ahli-
ahli syarah hadith dengan mengambil nas-nas lain berdasarkan
Al-Qur'an dan Sunnah, apa yang difaham daripada ayat dalam
Surah An-Nur 24:15",
Di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut
dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui
sedikit jua, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan (remeh
temeh). PADAHAL DIA DI SISI ALLAH ADALAH BESAR [An-Nur 24:15]
Oleh itu, hendaklah kita berpandukan Al-Qur'an, Hadith, serta
huraian-huraian ulama yang muktabar yang terdapat dalam kitab-
kitab mereka. Janganlah mengikut fahaman manusia moden yang
bercakap dan menulis tentang Islam, padadal mereka sesat dan
menyesatkan orang lain pula. Berhati-hatilah terhadap mereka
itu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: TigerChan <[EMAIL PROTECTED]>