*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam~

Pulang ke kampung berhari raya baru-baru ini, nampak
meriah sungguh. Apabila singgah ke rumah seorang
sepupu saya aktivist UMNO cawangan, anak-anak saya
seronok tak terkira sebab Pak Menakan depa yg selama
ini agak daif kehidupannya (tapi terus menyokong UMNO)
kali ini mampu menggenggam segumpal duit note
seringgit untuk dibahagi-bahagikan kpd mereka.

Mengingatkan keadaan beliau dan rumahnya yg agak daif
itu, pada mulanya saya agak hesitate sikit nak
membenarkan anak-anak saya menerima pemberian duit
hari raya itu; kerana jauh di sudut hati, saya
merasakan  mereka sekeluarga lebih memerlukannya untuk
perbelanjaan harian selepas hari raya nanti.

Sempat saya bisikkan perkara itu ke telinga adik saya
yg sama-sama berhari raya di situ; kata adik saya
dengan cepat tapi perlahan:

"Ish, tak pa aih, ambik pi lah...depa dapat duit bonus
raya dari UMNO Seribu Ringgit sorang tu!!"

Semasa dlm perjalanan pulang, saya dimaklumkan bukan
sahaja beliau tapi ramai lagi sdra mara saya berbangsa
UMNO itu mendapat durian runtuh RM1000 sorang atas
nama berbagai-bagai jenis bonus....bonus Felcra lah,
bonus RISDA lah dan sebagainya. Raya sakan depa wei!

Apabila singgah di pekan kecil dlm perjalanan pulang
tu, anak-anak saya singgah membeli ais kerim
bersama-sama uncang duit raya yg diperolehi mereka
itu.

Tatkala melihat anak-anak saya sedang leka menjilat
ais kerim-ais kerim itu, tanpa diundang tiba-tiba
terlintas di padang pemikiran saya:

"Masyaallah, anak-anak aku sedang menjamah hidangan
haram hasil wang kutipan dari tauke-tauke judi dan
wang rompakan duit minyak terengganu yg berjumlah RM3
billion ringgit, khusus disediakan untuk membantu UMNO
merampas semula kerusi2 p/raya di Terengganu, Kedah
dan Kelantan dlm p/raya akan datang!!"

Ketika sedang ligat memikirkan apa yg patut dibuat
dengan wang hari raya itu; ais kerim yg dijilat oleh
anak-anak saya itu sudah pun habis cair dan hadam
masuk ke perut mereka.

Moga hasil daging yg tumbuh dari duit judi dan duit
haram yg dirompak daripada rakyat Terengganu itu tidak
akan akan dipersoalkan Tuhan di akhirat kelak.
Sesungguhnya anak-anak aku tidak mengetahui.........

-Temingat Di Belantara-




-----Original Message-----
From:   ku6ku6 ku6ku6 [SMTP:[EMAIL PROTECTED]]

Salah satu orang DZALIM ialah orang yang menyokong
orang dzalim, mananya wang ROYALTI yang dirompak tu?.

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Check out Yahoo! Shopping and Yahoo! Auctions for all of
your unique holiday gifts! Buy at http://shopping.yahoo.com
or bid at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Temingat Di Belantara <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke