*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
----- Original Message -----
From: hiescham <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Monday, December 31, 2001 11:13 AM
Subject: Nasihat Iblis kepada Nabi Nuh a.s
> Nasihat Iblis kepada Nabi Nuh a.s
>
> Di antara manusia yang mendapatkan umur yang sangat panjang di dunia
ini
> adalah Nabi Nuh as. Al-Quran mengatakan bahawa dia pernah hidup di sekitar
> kaumnya selama sembilan ratus lima puluh tahun. Sepanjang masa itu Nabi
Nuh
> telah menyeru mereka pada jalan Allah, namun hanya sedikit dari mereka
yang
> kemudian mengikuti jalannya. Melihat kaumnya yang sengaja mengingkari
agama
> Allah, bahkan sering mengganggunya, Nabi Nuh memohon kepada Allah agar
> ditimpakan bencana kepada mereka. Allah mengabulkan permohonannya.
>
> Nabi Nuh diperintahkan untuk membuat kapal besar yang boleh memuat
semua
> jenis makhluk hidup. Allah akan menurunkan hujan yang sangat lebat dan
> mengalirkan banjir yang sangat besar sehingga tidak satu pun dari mereka
> yang kafir akan tertinggal.
>
> Tiba waktunya apa yang ditentukan oleh Allah. Bersama semua
pengikutnya
> dan segenap pasangan makhluk melata lain Nabi Nuh naik ke atas kapal.
Hujan
> mulai turun membasahi bumi. Nabi Nuh memperhatikan satu persatu dari
mereka
> yang hadir di kapal. Tiba-tiba matanya memandang seorang lelaki tua yang
> tidak dikenalnya.
>
> "Siapa anda?" tanya Nabi Nuh ingin tahu.
>
> "Aku Iblis," jawabnya.
>
> Dasar Iblis, dia tahu saja bagaimana cara masuk ke dalam kapal Nabi
> kekasih Allah itu. Dia boleh hadir di mana saja dia mahu. Bukan kerana dia
> makhluk ajaib, tetapi dia memang sangat gigih memperjuangkan usahanya.
>
> "Mengapa engkau mahu ikut kami?" tanya Nabi Nuh lagi.
>
> "Aku bukan mahu ikut kapalmu dan ingin selamat bersamamu. Aku hanya ingin
> mengganggu hati para pengikutmu. Biarlah tubuh mereka bersamamu asal hati
> mereka bersamaku," jawab Iblis terus terang.
>
> Iblis memang tidak pernah menyembunyikan niat jahatnya untuk
> mencelakakan manusia. Fikirnya, semua manusia sudah tahu siapa dia. Sejak
> zaman Adam sampai hari kiamat. Mengapa harus berbohong lagi, kerana tidak
> semua yang manusia ketahui pasti akan diikuti.
>
> "Keluarlah dari kapalku, wahai musuh Allah!" kata Nabi Nuh kepada Iblis.
>
> Iblis tidak menjawab apakah mahu keluar atau akan tetap di sana.
Sebelum
> Nabi Nuh, Allah juga pernah mengusirnya keluar dari syurga. Tetapi, dia
> masih saja membangkang perintah Allah dan terus berusaha menggoda Adam
> sampai berhasil.
>
> Dia hanya berkata, "Wahai Nuh, aku menyimpan lima strategi yang
> dengannya aku akan boleh mencelakan umat manusia. Aku akan sebutkan padamu
> yang tiga, tapi akan menyembunyikan darimu dua lainnya." Kemudian Allah
> mewahyukan pada Nuh agar tidak usah mendengarkan yang tiga, tapi dengar
saja
> dua yang lainnya.
>
> "Aku tidak berminat mendengar tiga strategi yang akan engkau sebutkan itu,
> tapi sebutkan dua strategi yang engkau sembunyikan dariku," jawab Nuh.
>
> Iblis berkata, "Wahai Nuh aku akan berusaha membinasakan manusia
dengan
> dua cara: pertama, dengan cara menanamkan sifat dengki dalam hati mereka;
> dan kedua dengan cara menanamkan sifat serakah dalam jiwa mereka. Kerana
> dengki maka aku dilaknat oleh Allah dan dijadikannya sebagai syaitan yang
> terkutuk. Dan kerana serakah maka Adam menghalalkan segala makanan di
syurga
> sehingga dia dikeluarkan. Dengan dua sifat ini, kami semua dikeluarkan
dari
> syurga.
>
> Setelah kapal Nabi Nuh mendarat dengan segenap penumpangnya, tiba-tiba
> si Iblis datang lagi menghampirinya. Dengan suara yang amat merdu dia
> berkata pada Nuh, "Aku sangat berterima kasih padamu, lebih dari semua
> makhluk yang ada di bumi ini."
>
> "Terima kasih dari apa?" tanya Nabi Nuh ingin tahu.
>
> "Permohonanmu agar orang-orang kafir itu dicelakakan telah dikabulkan oleh
> Allah. Dengan cara itu bererti engkau telah meringankan bebanku," kata
> Iblis.
>
> "Wahai Nuh, jangan sekali-kali engkau mendengki kerana ia telah
mengantarku
> pada keadaan seperti ini. Dan jangan sekali-kali engkau serakah kerana ia
> telah menghantar Adam seperti yang dialaminya."
>
>
>
>
> ---
> Outgoing mail is certified Virus Free.
> Checked by AVG anti-virus system (http://www.grisoft.com).
> Version: 6.0.307 / Virus Database: 168 - Release Date: 12/11/01
>
---
Outgoing mail is certified Virus Free.
Checked by AVG anti-virus system (http://www.grisoft.com).
Version: 6.0.307 / Virus Database: 168 - Release Date: 12/11/01
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "HISYAMUDIN MOHD HASNI" <[EMAIL PROTECTED]>