*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>From: "HISYAMUDIN MOHD HASNI" <[EMAIL PROTECTED]>
>Reply-To: "HISYAMUDIN MOHD HASNI" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: H-Net* Fw: Nasihat Iblis kepada Nabi Nuh a.s
>Date: Mon, 31 Dec 2001 11:14:21 +0800
>
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>----- Original Message -----
>From: hiescham <[EMAIL PROTECTED]>
>To: <[EMAIL PROTECTED]>
>Sent: Monday, December 31, 2001 11:13 AM
>Subject: Nasihat Iblis kepada Nabi Nuh a.s
>
>
> > Nasihat Iblis kepada Nabi Nuh a.s
> >
> > Di antara manusia yang mendapatkan umur yang sangat panjang di dunia
>ini
> > adalah Nabi Nuh as. Al-Quran mengatakan bahawa dia pernah hidup di
>sekitar
> > kaumnya selama sembilan ratus lima puluh tahun. Sepanjang masa itu Nabi
>Nuh
> > telah menyeru mereka pada jalan Allah, namun hanya sedikit dari mereka
>yang
> > kemudian mengikuti jalannya. Melihat kaumnya yang sengaja mengingkari
>agama
> > Allah, bahkan sering mengganggunya, Nabi Nuh memohon kepada Allah agar
> > ditimpakan bencana kepada mereka. Allah mengabulkan permohonannya.
> >
> > Nabi Nuh diperintahkan untuk membuat kapal besar yang boleh memuat
>semua
> > jenis makhluk hidup. Allah akan menurunkan hujan yang sangat lebat dan
> > mengalirkan banjir yang sangat besar sehingga tidak satu pun dari mereka
> > yang kafir akan tertinggal.
> >
> > Tiba waktunya apa yang ditentukan oleh Allah. Bersama semua
>pengikutnya
> > dan segenap pasangan makhluk melata lain Nabi Nuh naik ke atas kapal.
>Hujan
> > mulai turun membasahi bumi. Nabi Nuh memperhatikan satu persatu dari
>mereka
> > yang hadir di kapal. Tiba-tiba matanya memandang seorang lelaki tua yang
> > tidak dikenalnya.
> >
> > "Siapa anda?" tanya Nabi Nuh ingin tahu.
> >
> > "Aku Iblis," jawabnya.
> >
> > Dasar Iblis, dia tahu saja bagaimana cara masuk ke dalam kapal Nabi
> > kekasih Allah itu. Dia boleh hadir di mana saja dia mahu. Bukan kerana
>dia
> > makhluk ajaib, tetapi dia memang sangat gigih memperjuangkan usahanya.
> >
> > "Mengapa engkau mahu ikut kami?" tanya Nabi Nuh lagi.
> >
> > "Aku bukan mahu ikut kapalmu dan ingin selamat bersamamu. Aku hanya
>ingin
> > mengganggu hati para pengikutmu. Biarlah tubuh mereka bersamamu asal
>hati
> > mereka bersamaku," jawab Iblis terus terang.
> >
> > Iblis memang tidak pernah menyembunyikan niat jahatnya untuk
> > mencelakakan manusia. Fikirnya, semua manusia sudah tahu siapa dia.
>Sejak
> > zaman Adam sampai hari kiamat. Mengapa harus berbohong lagi, kerana
>tidak
> > semua yang manusia ketahui pasti akan diikuti.
> >
> > "Keluarlah dari kapalku, wahai musuh Allah!" kata Nabi Nuh kepada Iblis.
> >
> > Iblis tidak menjawab apakah mahu keluar atau akan tetap di sana.
>Sebelum
> > Nabi Nuh, Allah juga pernah mengusirnya keluar dari syurga. Tetapi, dia
> > masih saja membangkang perintah Allah dan terus berusaha menggoda Adam
> > sampai berhasil.
> >
> > Dia hanya berkata, "Wahai Nuh, aku menyimpan lima strategi yang
> > dengannya aku akan boleh mencelakan umat manusia. Aku akan sebutkan
>padamu
> > yang tiga, tapi akan menyembunyikan darimu dua lainnya." Kemudian Allah
> > mewahyukan pada Nuh agar tidak usah mendengarkan yang tiga, tapi dengar
>saja
> > dua yang lainnya.
> >
> > "Aku tidak berminat mendengar tiga strategi yang akan engkau sebutkan
>itu,
> > tapi sebutkan dua strategi yang engkau sembunyikan dariku," jawab Nuh.
> >
> > Iblis berkata, "Wahai Nuh aku akan berusaha membinasakan manusia
>dengan
> > dua cara: pertama, dengan cara menanamkan sifat dengki dalam hati
>mereka;
> > dan kedua dengan cara menanamkan sifat serakah dalam jiwa mereka. Kerana
> > dengki maka aku dilaknat oleh Allah dan dijadikannya sebagai syaitan
>yang
> > terkutuk. Dan kerana serakah maka Adam menghalalkan segala makanan di
>syurga
> > sehingga dia dikeluarkan. Dengan dua sifat ini, kami semua dikeluarkan
>dari
> > syurga.
> >
> > Setelah kapal Nabi Nuh mendarat dengan segenap penumpangnya,
>tiba-tiba
> > si Iblis datang lagi menghampirinya. Dengan suara yang amat merdu dia
> > berkata pada Nuh, "Aku sangat berterima kasih padamu, lebih dari semua
> > makhluk yang ada di bumi ini."
> >
> > "Terima kasih dari apa?" tanya Nabi Nuh ingin tahu.
> >
> > "Permohonanmu agar orang-orang kafir itu dicelakakan telah dikabulkan
>oleh
> > Allah. Dengan cara itu bererti engkau telah meringankan bebanku," kata
> > Iblis.
> >
> > "Wahai Nuh, jangan sekali-kali engkau mendengki kerana ia telah
>mengantarku
> > pada keadaan seperti ini. Dan jangan sekali-kali engkau serakah kerana
>ia
> > telah menghantar Adam seperti yang dialaminya."
> >
> >
> >
> >
> > ---
> > Outgoing mail is certified Virus Free.
> > Checked by AVG anti-virus system (http://www.grisoft.com).
> > Version: 6.0.307 / Virus Database: 168 - Release Date: 12/11/01
> >
>
>
>---
>Outgoing mail is certified Virus Free.
>Checked by AVG anti-virus system (http://www.grisoft.com).
>Version: 6.0.307 / Virus Database: 168 - Release Date: 12/11/01
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "HISYAMUDIN MOHD HASNI" <[EMAIL PROTECTED]>
_________________________________________________________________
Send and receive Hotmail on your mobile device: http://mobile.msn.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Selamatlah MALAYSIA" <[EMAIL PROTECTED]>