*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Empat Jenis Golongan Manusia

Ada empat jenis manusia dalam dunia ini

Pertama ialah mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati.  Mereka ini
ialah orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil
yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka.  Mereka ini
ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang
Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan
angota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah.

Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka.
Janganlah kamu layan  mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka.
Merekalah orang-orang yang dimurkai Allah dan penghuni neraka.  Kita minta
dilindungi Allah dari pengaruh mereka.  Sebaliknya kamu hendaklah cuba
menjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan

Ilmu Ketuhanan,
Guru kepada yang baik,
Pembimbing kepada agama Allah,
Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah.
Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya mereka patuh
kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi
Allah.  Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka menuju
Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah dan akan
diberi ganjaran seperti yang diberi kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul.
Nabi Muhammad SAW. pernah bersabda kepada Sayyidina Alli;

"Jika Allah membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka itu
terlebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit".

Satu jenis lagi manusia ialah mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati.

Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya.
Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari Allah.
Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain,  tetapi mereka
sendiri bergelumbang dalam maksiat itu.
Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu Sholeh tetapi mereka
sendiri melakukan dosa-dosa yang besar.
Bila mereka bersendirian,  mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian.
Inilah orang yang dikatakan kepada Nabi SAW. dengan sabda;
"Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang
'Alim yang jahat".

Kita berlindung dengan Allah daripada orang 'Alim seperti itu.  Oleh itu,
larilah dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu.  Jika tidak,
kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan apoi
dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh  kamu.

Jenis yang ketiga ialah golongan orang yang mempunyai hati tetapi tidak ada
lidah.

Dia adalah seorang yang beriman.
Allah telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan
menggantungkan di keliling mereka dengan tabirNya dan
memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka.
Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang
timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul
oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerena bercakap banyak.

Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam "DIAM" dan bekhalwat.
Nabi SAW. pernah bersabda;

"Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan".

Sabda baginda lagi;

"Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian,
sembilan darinya terletak dalam diam".

Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam rahsiaNya,
dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati
dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan kepada mereka.

Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan mereka dan bergaul dengan
orang-orang ini dan diberi pertolongan kepada mereka.  Jika kamu berbuat
demikian,  kamu akan dikasihi Allah dan kamu akan dipilih dan dimasukkan
dalam golongan mereka yang menjadi Wali Allh dan hamba-hambanya yang Sholeh.

Jenis manusia yang keempat pula ialah mereka yang dijak ke dunia tidak
nampak(Alam Ghaib),  diberi pakaian kemuliaan seperti dalam sabda Nabi SAW;

'Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkan orang
yang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib dan permuliakan".

Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu Ketuhanan dan tanda-tanda
Allah.  Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan orang
itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yang tidak diberi kepada orang lain.
Allah telah memilih mereka dan membawa mereka hampir hampir kepadaNya.
Allah akan membimbing mereka dan membawa mereka ke sisiNya.  Hati mereka
akan dilapangkan untuk menerima rahsia-rahsia ini dan ilmu-ilmu yang tinggi.
Allah jadikan mereka itu pelaku dan lakuanNya dan pengajak manusia kepada
jalan Allah dan melarang membuat dosa dan maksiat.  Jadilah mereka itu
"Orang-orang Allah".  Mereka mendapat bimbingan yang benar dan yang
mengesahkan kebenaran orang lain.

Mereka ibarat timbalan Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah.  Mereka sentoasa
mendapat taufiq dan hidayah dari Allah Yang Maha Agung.  Orang yang dalam
golongan ini adalah pada peringkat terakhir atau puncak kemanusian dan tidak
ada Maqam di atas ini kecuali Kenabian.

Oleh itu hati-hatilah kamu supaya jangan memusuhi dan membantah orang-orang
seperti ini dan dengarlah cakap atau nasihat mereka.  Oleh itu, keselamatan
terletak dalam apa yang dicakapkan oleh mereka dan dalam berdamping dengan
mereka,  kecuali mereka yang Allah beri kuasa dan pertolongan terhadap hak
dan keampunanNya.

Jadi saya(Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani) telah bahagikan manusi itu kepada
empat golongan.  Sekarang terpulanglah kepada kamu untuk memeriksa diri kamu
sendiri jika kamu mempunyai fikiran. Dan selamatkanlah diri kamu jika kamu
ingin keselamatan.  Mudah-mudahan Allah membimbing kita menuju kepada apa
yang dikasihiNya dan diredhoiNya, dalam dunia ini dan di akhirat kelak.

Dipetik dari Kitab Futuuhul Ghaib oleh Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani.




Semoga Allah memberi Nur Petunjuknya
Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Mengetahui dan Maha
Besar






---
Outgoing mail is certified Virus Free.
Checked by AVG anti-virus system (http://www.grisoft.com).
Version: 6.0.307 / Virus Database: 168 - Release Date: 12/11/01

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "HISYAMUDIN  MOHD HASNI" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke