*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ha'a,
Betoi kata sdra apanama tu.
Baik hang balik Malaya nie cepat; kat sini ramai
janda-janda glamor. Aku pun kalau tak kerana dok ingat
orang rumah yg setia dari zaman aku susah dulu (la nie
pun susah jugak....tapi tak lah dok tertunggu-tunggu
gaji masuk hujung bulan macam dulu-dulu); dah lama dah
aku kahwin dengan janda-janda glamor nie.
Hari tu, ada member aku habag; sepupu dia cikgu, janda
anak satu, cun habis.....kalah SITI katanya. Aku,
kalau orang kata lebih cun dari SITI, kira okey dah
la. Kalau tak tara SITI pun, lebih kurang macam Maya
Karin pun kira "A" dah...
Menurut ceritanya, cikgu muda nie asalnya berkahwin
dengan seorang lelaki; depa nie menikah dulu dua bulan
kot sebelum majlis kenduri. Nak jadi cerita, sebulan
sebelum hari kenduri tu, si lelaki tu entah macam mana
boleh pi menikah pulak dengan sorang pompuan
lain(dengar kata awek lamanya).
Bila tiba hari kenduri, depa buat kenduri macam
biasalah. Kesian kat cikgu tu.....dimadukan "di atas
pelamin"
Menurut riwayatnya, seminggu selepas majlis
persandingan itu, cikgu itu pun dicerai oleh suaminya.
Kesian kat dia.
Tapi, yg tak patutnya beliau diceraikan dlm keadaan
beliau baru saja hamil.
Dipendekkan cerita, cikgu itu sekarang nie sudah pun
jadi janda....janda glamor anak satu...tak pasti usia
anaknya, mungkin dlm dua tiga tahun.
Cikgu nie glamor habis....kat sekolah dia, diberitakan
cikgu-cikgu yg tua beruban pakat dok usha dan usik
dia, ajak kahwin la itu la ini la....kira glamor
sungguh la. Kata kawan aku, janda-janda nie selalunya
depa nampak glamor, cantik dan ayu....lebih cun dan
lebih cantik berbanding waktu sebelum depa kahwin
dulu. Tak tau pasal apa, mungkin kerana perubahan
hormon daripada belum kahwin kpd dah kahwin dan
kembali kpd keadaan sudah tidak kahwin.....cuba
renungi lagu lama SHIMA "Teringin", mungkin ada makna
di situ.
So, berbalik kpd isu nak menikah dengan bini orang tu,
aku rasa daripada hang nak jadi "Amerika" dok pi bom
runtuhkan masjid macam yg depa buat kat Afghanistan
tu, baik rasanya hang balik Malaysia....cuba pi rickie
cikgu tu tengok.
Untung-untung kalau jadi, boleh hang buat kenduri
besar-besaran....jemput kami sama.
Hang happy, cikgu tu pun happy.....dan mak hang pun
happy!!
Anyway, kalau hang rasa hang nak daring
lagi....mungkin elok kalau hang balik Malaya pi hantar
rombongan minang SITI!!
-Temingat Di Belantara-
--- apa nama <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> Nasihat ambo, kau keluar cepat2 dari zone tu.
> Paksa diri kau. Merobohkan rumahtangga orang
> bukan kecik dosanya. Cari minah lain. Berlambak
> yang masih single. Janda glamor pun bukan
> sedikit. Jangan dok ikut sangat setan yang
> dok bergayut atas kepala kau tu.
> ----- Original Message -----
> From: rezza hilmi <[EMAIL PROTECTED]>
>
> >
> >
> > Aku memang dah tak tahu nak buat apa sebab dia ni
> masih lagi isteri org. bab
> > tu aku faham lah. Tapi mcm mana aku nak lupakan
> dia sebab setiap masa asyik
> > dok ingatkan dia aje.
> > walaupun dia ni dah janda sekali pun, mcmmana aku
> nak semuka dgn mak
> > aku..sebab mak aku ni memang pantang anak dia
> kahwin dgn janda janda ni..
> > harap dpt ihsan...
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send FREE video emails in Yahoo! Mail!
http://promo.yahoo.com/videomail/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Temingat Di Belantara <[EMAIL PROTECTED]>