*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum....
Kalaulah anda seorang wanita yang sedang tertewas dalam menghadapi masalah
hidup....mungkin juga saya bersedia memberikan pandangan atau jika saudara
seorang yang akalnya kurang cerdik, juga boleh dipertimbangkan untuk diberi
panduan...
Tetapi saudara ni saya percaya seorang lelaki tulen (bukan 50/50)....yang
sepatutnya menggunakan akal lebih dari emosi....dan melihat dari cerita
saudara yang pernah ke UK kerana bertugas, saya tidak fikir saudara ni
setakat lulusan darjah 3 dan berjawatan sebagai pembancuh kopi. Juga dari
nama saudara, saya agak tentunya saudara beragama Islam.
Persoalannya, haruskah seorang lelaki yang beragama Islam, berpendidikan
tinggi dan mempunyai jawatan yang baik harus terjebak dengan pemasalahan
yang sebegini? Dan jika benar terjebak.....bukankah saudara sepatutnya telah
mempunyai jawaban kepada setiap persoalan dari peringkat awal
lagi....mengapa bila rasa terperangkap baru meminta bantuan dari orang
lain...untuk tujuan apa....sekadar untuk menyedapkan hati jika dapat idea
dari orang lain supaya boleh dijadikan satu 'escapism'.
Perkara yang salah dari mula akan tetap salah ke penghujungnya...duit curi
tidak boleh dijadikan modal perniagaan dan kemudiannya disedekahkan atau
digunakan untuk tujuan ibadat yang lain seperti pergi haji dan
sebagainya....begitu juga dengan kes saudara...mengganggu wanita bukan
muhrim itu salah, apatah lagi ianya isteri orang!!!
Lupa merupakan satu kurniaan Allah kepada kita manusia yang sangat besar
ertinya....seseorang yang kehilangan ayah, ibu atau ahli keluarganya akan
berasa sangat sedih, tetapi lama kelamaan akan beransur pulih kerana adanya
sikap lupa tersebut....jika tidak semua manusia yang ada sekarang akan
berterusan sedih dan susah hati kerana tidak dapat melupakan sesuatu
peristiwa....jadi kepada saudara saya sarankan lupakanlah saja wanita
tersebut dan persibukkanlah diri saudara dengan aktiviti lain yang lebih
berfaedah.....
sham
_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "sham sham" <[EMAIL PROTECTED]>