*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


 .... Masyarakat Cina resah terhadap calon BN


----------------------------------------------------------------------------
----
INDERA KAYANGAN: Masyarakat Cina di DUN Indera Kayangan melahirkan rasa
resah terhadap pemilihan Setiausaha Politik Menteri Besar sebagai calon BN.
Puan Oui Ah Lan, 60 tahun, seorang bekas guru diumumkan sebagai calon BN
dalam satu majlis malam, walaupun mendapat tentangan daripada MCA Bahagian
Kangar dan hampir kesemua Bahagian-bahagian UMNO di DUN Indera Kayangan.
Sumber-sumber masyarakat Cina melahirkan rasa kesal atas keputusan peribadi
Menteri Besar Shahidan Kassim memilih Puan Oui walaupun akar umbi merasakan
calon itu tidak mendapat sokongan daripada kaum Cina yang merangkumi lebih
3,500 daripada 8,000 pengundi di kawasan tersebut.

Seorang tokoh MCA setempat menyatakan bahawa pemilihan Oui menunjukkan MCA
di Perlis kekurangan tenaga muda kerana terpaksa memilih seorang tokoh
veteran yang mungkin tidak mempunyai hubungan baik dengan para pengundi yang
lebih muda.

Masyarakat Cina juga merasa gusar atas sikap Oui yang gemar berkonfrontasi
serta menolak politik muafakat yang merupakan suatu kebiasaan di negeri
Perlis, terutama di kalangan orang Cina.

Berbeza dengan mendiang Dato' Khor, bekas ADUN Indera Kayangan yang
meninggal dunia beberapa minggu lepas, Oui bukanlah tokoh yang dapat
merapatkan semula parti MCA di Perlis yang bercakaran akibat perseteruan
Presiden MCA Ling Liong Sik dengan Timbalannya Lim Ah Lek.

"Oui seorang penyokong Ling yang kuat mempertahankannya walaupun dalam isu
yang menimbulkan kemarahan masyarakat Cina seperti pembelian akhbar Nanyang
Siang Pau oleh MCA" kata seorang tokoh masyarakat di Pekan Lama Kangar.

Rata-rata masyarakat Cina sedang menunggu pengumuman calon KeADILan.

"Kalau kena pada orangnya, tidak mustahil kami mengundi KeADILan," seru
seorang tokoh muda MCA, 35 tahun.

Sumber: Berita BA Indera Kayangan.  .








---
Outgoing mail is certified Virus Free.
Checked by AVG anti-virus system (http://www.grisoft.com).
Version: 6.0.307 / Virus Database: 168 - Release Date: 12/11/01

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "HISYAMUDIN  MOHD HASNI" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke