*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kepada orang Melayu dan bukan Melayu, sila sebarkan khususnya di Indera Kayangan.

Dalam buku terbitan UMNO mengenai Negara Islam ayang disebarkan kepada masyarakat 
Malaysia pada akhir tahun lalu, UMNO mengganggap bahawa orang bukan Islam di Malaysia 
ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan: zimmi dan harbi.

Ini bermakna, warga Malaysia di dalam Negara Islam ala-UMNO dan ala-BN ini dibahagikan 
kepada 3 kelas: kelas 1 = orang Islam, kelas 2 = kafir zimmi, kelas 3+ kafir harbi.

MCA, MIC, dan DAP nampaknya bersetuju dengan konsep Negara Islam ala-UMNO dan ala-BN 
ini. Dan mereka suka menjadi kelas kedua dan kelas ketiga.

PAS tidak bersetuju dan menyatakan bahawa dalam konteks Malaysia, tidak ada zimmi dan 
tidak ada harbi. Konsep zimmi dan harbi hanya wujud apabila sebuah negara Islam 
menawan dan menjajah sebuah wilayah atau negera yang dikuasai oleh pemerintah bukan 
Islam. Oleh itu dalam konteks, negara Malaysia persoalan zimmi dan harbi tidak timbul. 
Dalam negara Islam Madinah juga tidak ada zimmi dan harbi. Dalam urutan sejarah Islam, 
zimmi dan harbi hanya timbul selepas daripada peristwia pembukaan kota Mekah. Lhatlah 
betapa cetek dan sempitnya kefahaman pimpinan UMNO dan penasihat-penasihatnya. Kalau 
saya jadi orang UMNO, malu saya. 

Kini MCA, MIC dan DAP tercengang. Rupa-rupanya PAS lebih adil dari UMNO. Tapi oleh 
kerana ego mereka, mereka lebih suka kepada negara Islam yang liberal seperti yang 
dicanangkan oleh UMNO. Kini UMNO telah menarik balik buku tersebut kerana UMNO 
memahami betapa cetek dan sempitnya kefahaman mereka mengenai negara Islam walaupun 
mereka ada Inst.Kefahaman Islam.  Sekali lagi MCA, MIC,d an DAP melopong, tak tahu nak 
berikan reaksi terhadap tindakan UMNO menarik buku tersebut. Buku versi jawi telah 
tersebar di kampung-kampung. Sementara MCA pula berkempen di Perlis di setiap rumah 
orang Cina dan MIC di rumah-rumah orang India bahawa kalau PAS perintah Malaysia, 
patung Tuhan mereka akan hancur. Tetapi bila Keadilan meletakkan calon Cina di Indera 
Kayangan, mereka meolopoong lagi sekali. Inilah gara-gara UMNO nak berkuasa. Kalau 
mereka kalah, periuk nasi mereka iaitu projek-projek kroni mereka) juga akan pupus.

Mengapa perkara ini berlaku? Mana tidaknya, mereka dinasihat oleh ulamak-ulamak mereka 
yang berkelulusan bahasa Arab, kesuasteraan bahasa Arab, dan linguitik Arab dan 
bukannya berkelulusan Usuluddin, Syariah, Hadith, Quran, Seerah, atau Dakwah. Jadi, 
sebab itu mereka menghasilkan sebuah buku yang menjerat leher mereka sendiri. Apabila 
PAS mengajak mereka bermuzakarah, mereka menolak dan cuba menunjuk pandai. Kini mereka 
hruas merasa malu tak terkira, melainkan mereka tidak faham apa makna malu dan maruah.

Mereka menolak hudud sebab mereka dinasihat oleh pakar-pakar bahasa dan bukannya pakar 
usuluddin dan pakar undang-udang syariah sedangkan YAB Menteri Besar Kelantan 
berkelusuan sarjana undang-undang atau syariah, Dato' Presiden PAS juga berkelusuan 
sarjana undang-undang, YAB Menteri Besar Kelantan berkelulusan sarjana Sains Politik, 
dan ramai lagi pimpinan PAS mempunyai Ph.D. dan Mastes dalam bidang Tafseer Quran, 
Tafsir Hadith, Philosoph atau Usuludin, Undang-Undang atau Syariah, Seerah atau 
Sejarah dan Tammadun Islam, dan Dakwah serta Kepimpinan. Kedegilan UMNO dan sombong 
mereka kerana tidak mahu bermuzakarah sebenarnya menunjukkan tembelang dan kebebalan 
mereka sendiri dengan terbitnya buku Konsep Negara Islam ala-UMNO dan ala-BN itu. 
Bukan itu sahaja, malah buku ini meracuni pemikiran orang Islam yang pro UMNO dan BN 
dan pemikiran orang bukan Islam. Silap-silap, buku itu boleh "menyesatkan" orang lain. 
Tapi apa nak buat, itulah pilihan orang Melayu yang pro-UMNO dan pilih!
an orang bukan Islam yang menolak PAS.

UMNO-BN terus menghujani BA dengan fitnah setiap hari! Biarlah mereka berbuat 
demikian. Mereka ada kuasa untuk menyeleweng.


-- 




__________________________________________________________________
Your favorite stores, helpful shopping tools and great gift ideas. Experience the 
convenience of buying online with Shop@Netscape! http://shopnow.netscape.com/

Get your own FREE, personal Netscape Mail account today at http://webmail.netscape.com/


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED] (hello hi)

Kirim email ke