*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kepada orang Melayu dan bukan Melayu, sila sebarkan khususnya di Indera 
Kayangan.

Dalam buku terbitan UMNO mengenai Negara Islam ayang disebarkan kepada 
masyarakat Malaysia pada akhir tahun lalu, UMNO mengganggap bahawa orang 
bukan Islam di Malaysia ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan: zimmi 
dan harbi.

Ini bermakna, warga Malaysia di dalam Negara Islam ala-UMNO dan ala-BN ini 
dibahagikan kepada 3 kelas: kelas 1 = orang Islam, kelas 2 = kafir zimmi, 
kelas 3+ kafir harbi.

MCA, MIC, dan DAP nampaknya bersetuju dengan konsep Negara Islam ala-UMNO 
dan ala-BN ini. Dan mereka suka menjadi kelas kedua dan kelas ketiga.

PAS tidak bersetuju dan menyatakan bahawa dalam konteks Malaysia, tidak da 
zimmi dan tidak ada harbi. Konsep zimmi dan harbi hanya wujud apabila 
sebuah negara Islam menawan dan menjajah sebuah wilayah atau negera yang 
dikuasai oleh pemerintah bukan Islam. Oleh itu dalam konteks, negara 
Malaysia persoalan zimmi dan harbi tidak timbul. Dalam negara Islam Madinah juga tidak 
ada zimmi dan harbi. Dalam urutan sejarah Islam, zimmi dan harbi hanya timbul selepas 
daripada peristwia pembukaan kota Mekah. Lhatlah betapa cetek dan sempitnya kefahaman 
pimpinan UMNO dan 
penasihat-penasihatnya. Kalau saya jadi orang UMNO, malu saya.

Kini MCA, MIC dan DAP tercengang. Rupa-rupanya PAS lebih adil dari UMNO. 
Tapi oleh kerana ego mereka, mereka lebih suka kepada negara Islam yang 
liberal seperti yang dicanangkan oleh UMNO. Kini UMNO telah menarik balik 
buku tersebut kerana UMNO memahami betapa cetek dan sempitnya kefahaman 
mereka mengenai negara Islam walaupun mereka ada Inst.Kefahaman Islam.  
Sekali lagi MCA, MIC,d an DAP melopong, tak tahu nak berikan reaksi 
terhadap tindakan UMNO menarik buku tersebut. Buku versi jawi telah 
tersebar di kampung-kampung. Sementara MCA pula berkempen di Perlis di 
setiap rumah orang Cina dan MIC di rumah-rumah orang India bahawa kalau PAS perintah 
Malaysia, patung Tuhan mereka akan hancur. Tetapi bila Keadilan meletakkan calon Cina 
di Indera Kayangan, mereka meolopoong lagi sekali. 

Inilah gara-gara UMNO nak berkuasa. Kalau mereka kalah, periuk nasi mereka 
iaitu projek-projek kroni mereka) juga akan pupus.

Mengapa perkara ini berlaku? Mana tidaknya, mereka dinasihat oleh 
ulamak-ulamak mereka yang berkelulusan bahasa Arab, kesuasteraan bahasa 
Arab, dan linguitik Arab dan bukannya berkelulusan Usuluddin, Syariah, 
Hadith, Quran, Seerah, atau Dakwah. Jadi, sebab itu mereka menghasilkan 
sebuah buku yang menjerat leher mereka sendiri. Apabila PAS mengajak mereka 
bermuzakarah, mereka menolak dan cuba menunjuk pandai. Kini mereka harus merasa malu 
tak terkira, melainkan mereka tidak faham apa makna malu dan maruah.

Mereka menolak hudud sebab mereka dinasihat oleh pakar-pakar bahasa dan 
bukannya pakar usuluddin dan pakar undang-udang syariah sedangkan YAB 
Menteri Besar Kelantan berkelusuan sarjana undang-undang atau syariah, 
Dato' Presiden PAS juga berkelusuan sarjana undang-undang, YAB Menteri 
Besar Kelantan berkelulusan sarjana Sains Politik, dan ramai lagi pimpinan 
PAS mempunyai Ph.D. dan Mastes dalam bidang Tafseer Quran, Tafsir Hadith, 
Philosophy atau Usuludin, Undang-Undang atau Syariah, Seerah atau Sejarah 
dan Tammadun Islam, dan Dakwah serta Kepimpinan. Kedegilan UMNO dan sombong mereka 
kerana tidak mahu bermuzakarah sebenarnya menunjukkan tembelang dan kebebalan mereka 
sendiri dengan terbitnya buku Konsep Negara Islam ala-UMNO dan ala-BN itu. Bukan itu 
sahaja, malah buku ini meracuni pemikiran orang Islam yang pro UMNO dan BN dan 
pemikiran orang bukan Islam. Silap-silap,  buku itu boleh "menyesatkan" orang lain. 
Tapi apa nak buat, itulah pilihan  orang Melayu yang pro-UMNO dan pilihan orang bukan 
Islam yang menolak PAS.

UMNO-BN terus menghujani BA dengan fitnah setiap hari! Biarlah mereka 
berbuat demikian. Mereka ada kuasa untuk menyeleweng.
-- 




__________________________________________________________________
Your favorite stores, helpful shopping tools and great gift ideas. Experience the 
convenience of buying online with Shop@Netscape! http://shopnow.netscape.com/

Get your own FREE, personal Netscape Mail account today at http://webmail.netscape.com/


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED] (hello hi)

Kirim email ke