*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Petugas KeADILan diculik, ditumbuk, ditendang!
KANGAR, 14 Jan - Parti KeADILan Nasional melahirkan rasa kesal kerana
serangan propaganda bersifat ugutan dan samseng jalanan telah digunakan oleh
petugas-petugas BN dalam usaha menakut-nakutkan petugas-petugas BA serta
pengundi terutamanya di kalangan kaum Tionghua di Indera Kayangan.
Menurut Timbalan Ketua Pemudanya, Saiffuddin Nasution Ismail, kejadian
memukul, menculik, mengugut, membelasah dan menyerang beberapa orang petugas
parti KeADILan pada awal pagi semalam (Ahad) adalah kemuncak dari siri-siri
keganasan yang dilakukan oleh petugas-petugas BN sepanjang kempen
pilihanraya kecil Indera Kayangan.
"Dalam kejadian awal pagi ini, Saudara SD Mohamad Johari Yasin, Exco Pemuda
KeADILan Pusat dan Ketua Pemuda Bahagian Shah Alam serta beberapa orang
petugas parti KeADILan telah diserang oleh kira-kira 100 orang samseng di
kalangan petugas parti BN, di hadapan beberapa anggota polis yang hanya
melihat dan memerhatikan kejadian tersebut," kata Saiffudin.
Kejadian bermula apabila beberapa petugas parti KeADILan berjaya menjejaki
kira-kira empat orang pekerja berpakaian seragam BN sedang mengoyak
poster-poster parti KeADILan yang baru ditampal di sekitar Jalan Medan Baru.
"Beberapa anggota polis yang berada di tempat kejadian bukan sahaja gagal
bertindak pantas, malahan gagal menghalang penyokong dan petugas BN yang
sedang memukul dan menendang kereta Johari di hadapan mereka, walaupun
petugas-petugas BA telah beberapa kali meminta mereka untuk membawa
individu-individu yang terlibat ke balai polis."
Tambah Saifuddin lagi, dalam keadaan tertekan, setelah melihat pihak polis
gagal untuk melindungi mereka, petugas-petugas KeADILan telah cuba untuk
menyelamatkan diri.
"Johari telah dikejar dan terus dipukul berhampiran dengan tempat kejadian
oleh beberapa puluh orang petugas BN. Beliau seterusnya diculik dan dibawa
ke bilik gerakan UMNO Wilayah Persekutuan berdekatan dan terus dibelasah,
ditumbuk, ditendang di kepala serta disepak oleh mereka selama kira-kira
setengah jam sebelum diambil oleh pihak polis dari bilik gerakan tersebut
dan dibawa ke balai polis.
"Beliau mengalami kecederaan yang teruk di seluruh badan dan kepala. Kereta
beliau juga mengalami kerosakan yang teruk dengan kemek di seluruh badan
kereta dan cermin kereta dipecahkan oleh samseng-samseng tersebut," cerita
beliau.
Kejadian ini adalah lanjutan dari siri ugutan terhadap petugas-petugas di
bilik gerakan parti KeADILan di Pengkalan Asam pada 11 Jan 2002 dan serangan
memecahkan cermin kereta pimpinan parti KeADILan, Dr Xavier Jayakumar.
Begitu juga dengan serangan terhadap beberapa orang petugas perayu undi
KeADILan di kawasan Taman Kemajuan pada 12 Jan 2002 dan provokasi oleh
kumpulan bermotosikal terhadap ceramah-ceramah BA, yang bertujuan tidak lain
dari cubaan untuk menakut-nakutkan pengundi di DUN Indera Kayangan.
Saifuddin menambah, KeADILan kesal dengan sikap tidak acuh dan tidak
professional pihak polis dalam menangani kejadian ini telah menyebabkan
beberapa anggota petugas KeADILan mengalami kecederaan yang teruk.
Oleh itu, KeADILan mendesak, agar pihak polis mengambil tindakan segera,
cepat dan betul dengan menangkap dan mendakwa petugas-petugas BN yang telah
bukan sahaja melanggar Akta Pilihanraya setelah mereka mengoyakkan
poster-poster calon dan yang bertindak ganas itu.
KeADILan juga, katanya, menuntut pihak polis bertindak pantas dan lebih
bersikap professional tanpa menyebelahi mana-mana pihak dalam mengawal
keadaan, dan tidak hanya menumpukan usaha untuk menggagalkan ceramah-ceramah
umum anjuran Barisan Alternatif.
"Kami khuatir sekiranya kejadian-kejadian seperti ini dibiarkan berlanjutan
tanpa sebarang tindakan tegas, keadaan akan menjadi lebih tidak terkawal,
dan mungkin akan mencetuskan suasana huru-hara sebagaimana yang sering
dicetuskan oleh BN dalam pilihanraya-pilihanraya kecil sebelum ini," kata
beliau.
Saifuddin juga menyeru penyokong-penyokong BA dari seluruh Malaysia agar
hadir membantu petugas-petugas dan perayu undi BA di Indera Kayangan.
UMNO berlagak seperti gangster
Sementara itu, laman Web Pemuda KeADILan melaporkan, dalam satu kejadian
yang berasingan, jentera kempen Umno juga menggunakan bentuk kempen yang
sama apabila mereka menggunakan taktik ganas dalam kempen mereka.
EXCO Pemuda keADILan Saudara Liau Kok Fah menceritakan peristiwa yang
dialami beliau sendiri bersama-sama petugas yang lain, apabila beliau
diganggu dan cuba dipukul oleh petugas-petugas UMNO yang berlagak seperti
gangster.
Lebih malang lagi, menurut sumber Pemuda, kejadian yang berlaku di hadapan
sekumpulan Wanita UMNO itu turut memperlihatkan 'wajah' sebenar UMNO apabila
mana mereka (Wanita UMNO) turut bertempik dan bersorak menyuruh petugas UMNO
membelasah petugas BA.
Menceritakan kejadian tersebut, Saudara Liau berkata beliau bersama-sama
Saudara Ahmad Hamdi Datuk Mokhtar, yang bertugas sebagai petugas keADILan di
atas kapasiti peribadi beliau, sedang mengedarkan risalah-risalah kempen BA
apabila sekumpulan petugas UMNO datang untuk membuat kacau.
Mereka (Liau dan Hamdi) turut disertai oleh seorang lagi petugas keADILan.
Selepas itu, sekumpulan pemuda yang memakai jaket BN datang membuat kacau
dengan menolak-nolak mereka sambil merampas risalah yang sedang diedarkan.
Petugas BN selepas itu menyepah-nyepahkan risalah BA sambil
memijak-mijaknya. Dalam keadaan kelam kabut itu, seorang petugas BN
mengambil kabel besi dan memukul Saudara Ahmad Hamdi, sehingga beliau luka
di tangan dan kepala.
Petugas-petugas itu kemudian melarikan diri ke Bilik Gerakan BN Pahang yang
terletak berdekatan. Ketika petugas-petugas BN itu cuba menyembunyikan diri
di dalam Bilik Gerakan BN Pahang, sekumpulan Wanita UMNO Pahang
menjerit-jerit menyuruh mereka terus 'membelasah' petugas-petugas BA tadi.
Tindakan untuk cuba mengenalpasti petugas BN yang memukul Saudara Ahmad
Hamdi gagal apabila petugas-petugas BA dihalang masuk ke Bilik Gerakan BN
itu oleh petugas Wanita UMNO tadi yang terus membuat bising dan mengeluarkan
kata-kata kesat.
Walau bagaimanapun, indentiti samseng yang memukul Saudara Ahmad Hamdi
telahpun diketahui melalui maklumat yang diberi oleh anak kepada seorang
petugas BN sendiri.
Saudara Hamdi sudahpun mendapat rawatan di Hospital Kangar, dan rekod
kecederaan beliau akibat tindakan samseng petugas UMNO itu sudahpun dicatat.
Saudara Hamdi dengan dibantu peguam-peguam BA telahpun membuat laporan polis
mengenai perkara ini.
Kepimpinan Pemuda keADILan melahirkan harapan agar rakyat terbanyak membuka
mata dan melihat sendiri kelakuan petugas BN yang merasakan tindakan mereka
tidak tertakluk kepada lunas undang-undang.
Mereka juga melahirkan rasa tidak percaya dengan sikap Wanita UMNO yang
kasar dan tidak melambangkan ciri-ciri Wanita timur.
_________________________________________________________________
MSN Photos is the easiest way to share and print your photos:
http://photos.msn.com/support/worldwide.aspx
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "nor ain" <[EMAIL PROTECTED]>