*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kuala Lumpur : Penulis ruangan agama akhbar Utusan Malaysia yang
paling kontroversi Astora Jabat, telah difatwakan sesat oleh
Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) sekali gus dilarang atau
dinasihatkan supaya berhenti menulis perkara-perkara yang
berkaitan hukum hakam Islam.
Menurut sumber MAIJ, fatwa tersebut dikeluarkan berikutan
tulisan-tulisan Astora, atau nama sebenarnya Asan anak To' Rambai
dari kampung Jabat Narathiwat selatan Siam, amat mengelirukan,
sesat lagi menyesatkan.
Astora, seorang wartawan yang bias, berkepentingan dan penjilat,
sebelum ini dalam tulisannya telah mengatakan Firaun ada yang
baik dan ada yang jahat. Selain Nabi Musa a.s. yang dianggapnya
sebagai Firaun, beliau menamakan Dr. Mahathir sebagai Firaun
baik.
Di atas ketelanjurannya itu, apabila diasak diminta bukti
siapakah Firaun baik di sepanjang sejarah, beliau hanya memberi
contoh Laith Pharaon, seorang juara lumba bot laju dari Arab
Saudi sebagai Firaun baik.
Astora juga dalam tulisannya pernah membahagikan hukum aurat
wanita kepada mughallazah dan mukhaffafah (seperti pembahagian
hukum najis dalam fiqah). Menurut seorang guru agama, pengdapat
dangkal Astora itu tidak pernah dibicarakan langsung sejak zaman
Imam Syafie, Imam Ghazali, hinggalah para ualam Islam kini.
Seorang wartawan yang mendakwa rapat dengannya memberi tahu,,
"hujah 'pakai hentam' beliau itu hanyalah sekadar untuk
menghalalkan perlakuan isteri beliau berbangsa Morocco yang tidak
pernah menutup aurat sebagaimana seorang wanita Islam".
Tuliasn Astora yang sangat merbahaya ialah pendapat beliau yang
menyokong ISA. Demi untuk mengampu, beliau sanggup membuat fitnah
yang sangat dahsyat apabila mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW
menggunakan ISA (akta keselamatamn dalam negeri) untuk membendung
pengganas.
Pendapat terbaru beliau ialah cadangannya agar dihapuskan sekolah
beraliran agama.
Seorang bekas pemberita akhbar Utusan menyatakan, "kita harus
faham bahawa Astora ini berasal dari bangsa Patani yang hidup
merempat, tertindas dan sentiasa hidup dalam buruan di bawah
kerajaaan Budha Siam. Apabila dia beroleh sedikit kesenangan
bekerja di sini, umpama anjing peliharaan, dia akan menyalak apa
saja untuk menghiburkan tuannya", ujarnya.
Seorang bekas pelajar Universiti AlAzhar Mesir pula merasa hairan
bagaimana Astora dibenarkan oleh majikannya untuk menulis
berkaitan agama Islam.
"Ketika berada di Mesir satu masa dulu, dia hanya bekerja sebagai
koresponden akhbar saja. Dia tidak pernaha belajar ilmu Islam
secara formal. Saya tahu sebab saya kenal dia. Dia memang banyak
membaca termasuk buku-buku tulisan orientalis barat dan musuh
Islam".
Astora pernah pergi ke Pakistan baru-baru ini untuk membuat
liputan sempena serangan ganas Amerika terhadap Afghanistan. Dia
dipercayai berada di sana untuk berusaha mengada-adakan bukti
bagi mensabitkan Taliban dengan Pergerakan Islam di Malaysia.
Bagaimana pun beliau pulang lebih awal ke tanah air kerana merasa
khuatir keselamatan dirinya.
Mengenai usaha beliau sekarang yang bersungguh-sungguh dalam
tulisan di ruangannya mengulas wawancara rangkaian televisyen
Alzajeeera dengan Menteri Besar Terengganu Datu seri Abdul hadi
Awang, seorang pemerhati menyatakan,
"Astora sebenarnya sudah dilarang dari menulis perkara-perkara
berkaitan hukum Islam. Jadi dia memilih untuk menjadi jaguh
dengan mengkritik beberapa tokoh agama dengan harapan tulisan
beliau akan mendapat perhatian meski pun dia tahu benar bahawa
hujahnya hanya akan diketawakan orang"' ujarnya.
Mengenai penyiaran email pembaca di ruangan ugama beliau yang
diformatkan seperti debat, seorang stringer Utusan Malaysia
berkata, "email pembaca yang disiarkan itu hanya rekaan dia
sendiri. Tiada orang yang sudi melayan penulis seumpama itu.
Email yang direka dan jawaban darinya itu sebenarnya hanyalah
teknik penulisan".
Sementara itu, Astora jabat yang bertubuh agak tinggi dan
berkulit hitam itu tahun lalu telah disuakan dengan Ustaz Asri
Zainal Abidin di dalam satu majlis debat di Pulau Pinang.
Malangnya tidak selancar tulisannya, beliau dimalukan sebegitu
rupa depan khalayak dengan pertuturan yang tergagap-gagap, hujah
yang merapu dan keadaaannya yang kelihatan menggeletar dan
keresahan. Video tentang sesi debat itu boleh didapatkan di
pasaran.
Seorang saksi yang mendakwa pernah mengikuti majlis ceramah
Astora di KL, Kuantan dan beberapa tempat lagi memberi tahu,
"selalunya soalan yang ditanyakan hadirin dalam sesi soal jawab
tidak pernah dijawab dengan tepat melainkan di luar persoalan,
merapu dan berhujah dangkal", ujarnya.
_________________________________________________________________
Chat with friends online, try MSN Messenger: http://messenger.msn.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "nor ain" <[EMAIL PROTECTED]>