*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum
Penasihat-penasihat UMNO di JAIS kini sudah melampau khususnya Pengarah JAIS, Dato Hj
Mansor ramli, bekas DO Sepang (orang kuat UMNO yang suka sangat main golf) dan
Timbalan Pengarahnya, Ustaz Mohd Amin bin Abd. Rasbekas kadi Kuala Langat, yang banyak
menimbulkan masalah.
Mulanya mereka menukar guru-guru agama yang sokong BA ke sana ke mari dalam Selangor
selepas pilihanraya 1999.
Kemudian mereka memecat AHJ masjid dan surau yang dipilih oleh qariah tempatan dan
meletakkan orang-orang UMNO untuk mengurus masjid dan surau.
Seterusnya, mereka menghalang kuliah, pengajian ilmu, dan tazkiran ramadan di masjid
dan surau. Mereka juga menghalang ustaz dan ulama' termasuklah Tuan Guru Ust Nik Abd
Aziz Nik Mat, Tuan Guru Ustaz Hadi Awang, Ustaz Solehin, Ustaz Islamil Kamus dan
lain-lain berkuliah dan berqutbah di negeri Selangor.
Selepas itu mereka mengeluarkan arahan supaya semua markas PAS tidak menjalankan
sembahyang jamaah dan memberhentikan kuliah dan tazkirah. (Macam atuk dia punya
markas...itulah orang buta undang-undang).
Kini mereka suruh PASTI ditutup pula sedangkan PASTI adalah aktiviti parti bukan
aktiviti umum.
Kita ingin menasihatkan Pengarah JAIS dan Timbalan Pengarahnya supaya berhati perut
sedikit dan baca undang-undang. Kita juga ingin mengingatkan mereka supaya tidak jadi
kuda tunggangan dan budak suruhan UMNO atau hamba kepada manusia tetapi menjadi hamba
kepada Allah dan takutlah kamu akan Allah.
Jika mereka berterusan menyerang Islam, menghalang manusia mendapat ilmu, menghalang
manusia berbuat kebaikan, dan menyerang PAS, kita akan bongkar satu persatu
penyelewengan yang dilakukan oleh mereka pada masa lalu dan sekarang ini termasuklah
mengisytiharkan harta-harta mereka. Manusia ada sabarnya. Manusia ada maruah.
Kita akan bongkar kes-kes ini secara terperinci, jika mereka terus menerus merosakkan
imej Islam sebagaimana kita akan bongkar kes MB Khir Toyo, jika perlu.
Mereka berdua ini terlibat dengan:
Kes pemilikan tanah di sekitar Sepang.
Kes duit baitulmal Selangor yang disalahgunakan untuk membiayai pertandingan golf di
Selangor
Kes penyelewengan duit zakat Selangor RM200 ribu.
Kes nak kahwin anak dara tapi tak jadi lalu duit zakat diberikan kepada individu
tertentu.
Kes penyelewengan duit TAPIS, beribu duit zakat pengecualian dari cukai yang tidak
diedarkan semula kepada institusi berkenaan.
Dan beberpa kes lagi dalam fail kita.
Jangan ingat semua manusia di Selangor ini bodoh dan boleh dicucuk hidung. Kalau
Pengarah dan Timbalan Pengarah ini suka menjual, kita sedia membeli. Kita akan beli
dengan harga yang mahal kalau mereka mahu.
--
__________________________________________________________________
Your favorite stores, helpful shopping tools and great gift ideas. Experience the
convenience of buying online with Shop@Netscape! http://shopnow.netscape.com/
Get your own FREE, personal Netscape Mail account today at http://webmail.netscape.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: [EMAIL PROTECTED] (hello hi)