*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
{        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
{        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Subject: FW: Keluasan Neraka Jahanam

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada
Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah
mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah
muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat  Allah menyuruh
supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg
mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,
dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman
daripadanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama
seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga
putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak
pernah padam nyala dan baranya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang
jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana
panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju
ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati
penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau
dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam
Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan
seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan  terbakar orang-orang yang
di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu u sangat dalam dan
perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya
potongan-potongan api.



Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang
tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah
kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari
lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu
lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg
lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab
Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang  munafik, dan orang-orang
yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta
keluarga Fir'aun sedang namanya  Al-Hawiyah. Pintu kedua : tempat
orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga : tempat orang shobi'in
bernama Saqar. Pintu keempat : tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum
majusi bernama Ladha, Pintu kelima : orang yahudi bernama Huthomah. Pintu
keenam : tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan
pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan
penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa
besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga
Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar
kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar
kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang
akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar
dari ummatmu." Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis,
kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali
untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang  dan
bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada  Allah.(dipetik dari
kitab "Peringatan Bagi Yg

Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan
kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu
bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan
racun yang hitam pekat.
10.Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11.Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.

Wallahua'lam.



Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan
dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami
menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat
oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:" Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat..



> Assalamualaikum,
>
> Wahai samsing2 di JAIS. Apa kau lupa bahawa
> kita semua akan mati? Apa kau lupa bahawa
> keuntungan yang kau dapat dari bersekongkol
> dengan puak2 zalim tu akan dipersoalkan
> diakhirat nanti. Tidakkah kau lihat kerosakan
> yang telah dibawa oleh kerajaan sekular umno?
> Apakah kau buta mata dan hati? Ingat, tindakan
> kau menyekat perkembangan Dakwah Islam di
> Selangor tidak merugikan Pas atau sesiapa
> kecuali engkau dan puak2 zalim engkau. Kau
> pasti ditanya nanti. Kau cenderung kepada
> puak2 zalim. Kau ampu puak2 zalim. Pernahkah
> kau dengar apa akan terjadi kepada orang yang
> cenderung kepada kezaliman? Insaflah. Kalau
> tidak, engkau pasti dikumpulkan di akhirat
> nanti bersama mereka yang zalim itu.
>
> ----- Original Message -----
> From: hello hi <[EMAIL PROTECTED]>
> To: <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>
> Cc: <[EMAIL PROTECTED]>
> Sent: Wednesday, January 16, 2002 11:29 AM
> Subject: H-Net* Ada samsing di JAIS?
>
> > Assalamu'alaikum
> >
> > Penasihat-penasihat UMNO di JAIS kini sudah melampau khususnya Pengarah
JAIS, Dato Hj Mansor ramli, bekas DO Sepang (orang kuat UMNO yang suka
sangat main golf) dan Timbalan Pengarahnya, Ustaz Mohd Amin bin Abd.
Rasbekas kadi Kuala Langat, yang banyak menimbulkan masalah.
> >
> > Mulanya mereka menukar guru-guru agama yang sokong BA ke sana ke mari
dalam Selangor selepas pilihanraya 1999.
> >
> > Kemudian mereka memecat AHJ masjid dan surau yang dipilih oleh qariah
tempatan dan meletakkan orang-orang UMNO untuk mengurus masjid dan surau.
> >
> > Seterusnya, mereka menghalang kuliah, pengajian ilmu, dan tazkiran
ramadan di masjid dan surau. Mereka juga menghalang ustaz dan ulama'
termasuklah Tuan Guru Ust Nik Abd Aziz Nik Mat, Tuan Guru Ustaz Hadi Awang,
Ustaz Solehin, Ustaz Islamil Kamus dan lain-lain berkuliah dan berqutbah di
negeri Selangor.
> >
> > Selepas itu mereka mengeluarkan arahan supaya semua markas PAS tidak
menjalankan sembahyang jamaah dan memberhentikan kuliah dan tazkirah. (Macam
atuk dia punya markas...itulah orang buta undang-undang).
> >
> > Kini mereka suruh PASTI ditutup pula sedangkan PASTI adalah aktiviti
parti bukan aktiviti umum.
> >
> > Kita ingin menasihatkan Pengarah JAIS dan Timbalan Pengarahnya supaya
berhati perut sedikit dan baca undang-undang. Kita juga ingin mengingatkan
mereka supaya tidak jadi kuda tunggangan dan budak suruhan UMNO atau hamba
kepada manusia tetapi menjadi hamba kepada Allah dan takutlah kamu akan
Allah.
> >
> > Jika mereka berterusan menyerang Islam, menghalang manusia mendapat
ilmu, menghalang manusia berbuat kebaikan, dan menyerang PAS, kita akan
bongkar satu persatu penyelewengan yang dilakukan oleh mereka pada masa lalu
dan sekarang ini termasuklah mengisytiharkan harta-harta mereka. Manusia ada
sabarnya. Manusia ada maruah.
> >
> > Kita akan bongkar kes-kes ini secara terperinci, jika mereka terus
menerus merosakkan imej Islam sebagaimana kita akan bongkar kes MB Khir
Toyo, jika perlu.
> >
> > Mereka berdua ini terlibat dengan:
> >
> > Kes pemilikan tanah di sekitar Sepang.
> > Kes duit baitulmal Selangor yang disalahgunakan untuk membiayai
pertandingan golf di Selangor
> > Kes penyelewengan duit zakat Selangor RM200 ribu.
> > Kes nak kahwin anak dara tapi tak jadi lalu duit zakat diberikan kepada
individu tertentu.
> > Kes penyelewengan duit TAPIS, beribu duit zakat pengecualian dari cukai
yang tidak diedarkan semula kepada institusi berkenaan.
> > Dan beberpa kes lagi dalam fail kita.
> >
> > Jangan ingat semua manusia di Selangor ini bodoh dan boleh dicucuk
hidung. Kalau Pengarah dan Timbalan Pengarah ini suka menjual, kita sedia
membeli. Kita akan beli dengan harga yang mahal kalau mereka mahu.
> >
> > Pengirim: [EMAIL PROTECTED] (hello hi)
>
> --
>
> _______________________________________________
> Sign-up for your own FREE Personalized E-mail at Mail.com
> http://www.mail.com/?sr=signup
>
>
> 1 cent a minute calls anywhere in the U.S.!
>
>
http://www.getpennytalk.com/cgi-bin/adforward.cgi?p_key=RG9853KJ&url=http://
www.getpennytalk.com
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "sam dol" <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Zuraimi Buang" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke