*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
/-----------------------------------
| http://marhaen0.tripod.com/mar_a_tag598.html
<Picture>
TAG 598:
UMNO Dalam Bahaya � Cina Tolak Fahaman Ultra-Melayu
(UMNO in Peril - Chinese Reject UMNO's Ultra Malay Racism)
Oleh: Spirit of Truth 21.01.02
------------------------------------------------------------------------
�UMNO dah jadi samseng, UMNO dah jadi basi' demikian gambaran yang dipaparkan oleh
UMNO yang begitu terdesak dan gelabah ketika ikut serta dalam pilihanraya kecil Indera
Kayangan, yang dimenangi melalui penipuan yang sungguh terancang menggunakan pengundi
hantu dan undi pos. Generasi muda Melayu telah menolak fahaman basi perkauman UMNO,
kerana kesedaran bahawa perkauman Melayu hanya membantut kemajuan mereka, menjadikan
mereka longlai dan tidak ada daya saing sehingga menjerumuskan mereka menjadi satu
bangsa yang lemah. Sebalik segala kata kesat dan hangat serta penyalah-gunaan kuasa
yang ada termasuk penggunaan berjuta wang rakyat yang mereka rompak di siang hari,
pengunaan polis yang beruniform dan berpakaian biasa, penggunaan media massa dengan
begitu jijik sekali kerjanya, dengan menggaji kumpulan samseng yang diberikan cukup
makan, penyalah-gunaan jentera kerajaan dan agensinya, namun mereka tidak mampu
menggegarkan nekad dan sokongan para penyokong dan pengundi terutama!
pengundi Cina yang menolak fahaman rasis ultra-Melayu UMNO, sehinggakan undian Cina
meningkat enam kali ganda.
�
Kemenangan UMNO kerana undi pos dan undi hantu yang menipu
�
Apa yang disebut kemenangan UMNO adalah hasil penipuan pilihanraya, di mana undi pos
sengaja diwujudkan sedangkan semua itu tidak diperlukan. Pengundi hantu dibawa masuk
secara khusus oleh MCA dan UMNO kerana mereka sedar bahawa rakyat Perlis sudahpun
menolak UMNO-BN. Satu kemenangan melalui penipuan bukanlah satu kemenangan yang
dibanggakan, dan adalah disebut dengan jelasnya betapa UMNOBN sepatutnya kalah kalau
tidak kerana undi pos dan undi hantu. Dianggarkan 700 undi pos adalah undi palsu dan
sekitar 1000 pengundi hantu telah ditokok-tambah dalam daftar pengundi. Ini terbukti
dengan jelas apabila hanya 50% pengundi muncul memangkah kertas undi pada 3.00 petang
sedangkan keputusan mengatakan 80% pengundi yang turun mengundi. Ini bererti 30%
pengundi adalah pengundi hantu dan kalau jumlah undi ini ditarik-balik bererti UMNOBN
telah kalah!!
�
Ugutan dan Ketakutan menyebabkan ramai tidak mengundi ...
�
Secara nyata hanya 60% pengundi yang keluar mengundi, kerana ini adalah rencana
UMNOBN, supaya mereka dapat memaksimumkan undi tipu. Sekitar 20% undi tambahan adalah
undi pos dan undi hantu. Kerana itu mana timbulnya perubahan fikiran masyarakat
sedangkan perkara sebenar ialah UMNO tidak berjaya merobah fikiran penduduk tempatan,
tetapi mengguankan propaganda untuk melaksanakan kaedah penipuan supaya rakyat
berfikir mereka sudah berjaya. Kebenaran adalah satu perkara hakiki dan UMNO telah
kehilangan keyakinan kaum Cina sebanyak enam kali ganda. Inilah yang menakutkan
Mahathir, kerana dia telah menggunakan segala kaedah penipuan yang menjadi amalan
diktator yang korup. Namun dia gagal dan kini dihantui igauan di waktu tidurnya. Dia
kini bertanya apakah kaum Cina sudah berpusing? Ya!!! Kaum Cina sudah berubah kerana
menyedari bahawa Mahathir adalah seorang musibat yang suka berbohong, yang kerap
menjerit �serigala� dan apabila dia menjerit perkatan yang sama ketiga kali ini, mas!
yarakat Cina faham sangat dia sudah berbohong dan sanggup mengenepikan beliau dengan
angan-angannya.
�
UMNO sudah rosak, dan menjadi basi. Ia sudah dijangkiti penyakit baru � keganasan
politik namanya dengan simtom wujudnya unsur samseng, rendah moral, jenayah dan salah
urus. Setiap usaha untuk membetulkan keadaan UMNO berakhir dengan kegagalan. Keadilan
sedang membangun dengan tenga pembangunan yang bertahap, menyambar kekuatan dan
pengalaman daripada serangan bertubi parti pimpinan Mahathir yang semakin tenat.
Semakin ramai orang Cina dan India yang menganggotai Keadilan, kerana mereka yakin
inilah parti untuk generasi baru, di mana unsur perkauman dapat dijerut. Indera
Kayangan telah menyaksikan kemasukan bilangan Cina yang besar, yang mencetuskan
ketakutan di hati Mahathir kerana tanpa sokong Cina, Mahathir akan tersepuk kehampaan.
�
Momokan Negara Islam dan puak militan yang penuh pembohongan
�
Kini akhirnya kaum Cina sedar penipuan Mahathir akan kewujudan negara Islam hanya
untuk memutar minda kaum Cina dan ini diperkuatkannya dengan propaganda militan Islam.
Putaran minda ini dilakukannya dengan menyogok kisah wujudnya jaringan al-Qaeda, KMM
dan keganasan pergerakan Islam.Tetapi bukannya mudah menipu semua orang untuk
selama-lamanya; negara Islam, Al Maunah dan KMM adalah penipuan yang sudah lama basi
dan telah diperlekehkan oleh kaum Cina sebagai penipuan politik dan sandiwara untuk
memesong perhatian dan memutar minda.
�
Kelahiran Keadilan mengebumikan momokan Mei 13 dan fahaman perkauman
�
Dengan lahirnya Keadilan, yang merupakan sebuah parti multikaum, setiap kaum menjadi
ceria dan puas hati. Tidak boleh lagi dicetuskan episod 13 Mei, apatahlagi politik
perkauman dan tidak lagi boleh diwujudkan kepentingan dan prasangka perkauman. Inilah
yang diharapkan oleh kumpulan Melayu, Cina India dan kaum lain pada masa ini. UMNO
tidak akan berjaya lagi bersaing dengan falsafah hidup moden yang dicipta oleh Anwar
Ibrahim untuk Malaysia. UMNO sudah terlalu haprak dan perbuatannya yang rakus dan
korup akan membunuh sebarang cebisan semangat perjuangan dan memaksa kematiannya.
Mahathir akan dicatat dalam kenangan sebagai pemimpin korup yang paling zalim yang
menghancurkan demokrasi di negara ini dan segala nilai kehidupannya. Mahathir akan
dikenang sebagai musibat yang menggalakkan politik wang dan salah guna kuasa di
Malaysia. Sudah tiba masanya pengganas politik ini disingkirkan dan Malaysia
diselamatkan dari huruhara ciptaannya.�
- Semangat Kebenaran (Spirit of Truth)
Terjemahan oleh SPAR - 21.01.02
�
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Izz4h <[EMAIL PROTECTED]>