*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assakamu alaikum.

Petikan BH baru-baru ini: (4/2/2002??):
Syor perkenal aliran agama di sekolah menengah
KUALA LUMPUR, Ahad: Majlis Belia Malaysia (MBM) hari
ini mendesak kerajaan supaya memperkenalkan aliran
agama di sekolah menengah harian dan pada masa sama,
memanjangkan tempoh pembelajaran mata pelajaran agama
di sekolah rendah kebangsaan.

Naib Presidennya, Norizan Sharif, berkata pada masa
ini sekolah menengah harian hanya menawarkan aliran
sains dan sastera. Ia mencadangkan kerajaan
memperkenalkan aliran ketiga iaitu aliran agama.

"Dengan ada aliran agama di sekolah menengah harian,
pelajar boleh mengikuti aliran itu di sekolah bantuan
penuh kerajaan. Selain itu, dengan cara ini pelajar
aliran agama tidak dipisahkan dengan pelajar lain di
sekolah aliran kebangsaan.

"Interaksi ini penting bagi menentukan integrasi
antara kaum dan generasi muda Malaysia, khususnya
orang Melayu tidak dikelompokkan berdasarkan aliran
pengajian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari
ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai
rancangan kerajaan memperkenalkan kurikulum bersepadu
untuk sekolah agama di seluruh negara bagi mengelak
pengajaran keagamaan diselewengkan.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir
Mohamad berkata kerajaan juga sedang mengubal
undang-undang bagi memperuntukkan kuasa mengawasi
madrasah dan sekolah agama untuk memastikan semua
pengendali institusi berkenaan mematuhi kurikulum baru
itu.

Dr Mahathir berkata, pelaksanaan kurikulum bersepadu
itu akan meliputi sekolah kerajaan dan swasta kerana
di sekolah kerajaan juga, didapati ada guru agama
membawa masuk unsur politik sewaktu mengajar.

Sementara itu, laporan muka depan Berita Minggu turut
menyiarkan mengenai penahanan 12 tenaga pengajar
Sekolah Tarbiyah Islamiyah Luqmanul Hakiem di Sungai
Tiram, Johor termasuk mudirnya (pengetua), untuk
siasatan berkaitan kegiatan Kumpulan Militan Malaysia
(KMM).

Pihak berkuasa turut menutup sekolah itu, yang
sehingga tahun lalu mempunyai 155 pelajar tahun satu
hingga enam dengan semuanya tinggal di asrama.

Laporan itu memetik sumber polis sebagai berkata, 12
tenaga pengajar itu ditahan beberapa hari lalu
berikutan laporan Jabatan Pendidikan Johor mengenai
kegiatan mencurigakan di sekolah itu.

Norizan berkata, pemanjangan tempoh pembelajaran
matapelajaran agama di sekolah rendah dan menengah
kebangsaan boleh diperuntukkan dengan mata pelajaran
agama.

"Pada masa sama kandungan matapelajaran agama Islam di
sekolah rendah kebangsaan perlu diteliti kerana ia
terlalu asas dan tidak memenuhi kehendak ibu bapa
menyebabkan mereka menghantar anak belajar ke sekolah
agama rakyat atau agama swasta," katanya.
--------------------------------------------


Kita sepatutnya mengucapkan syabas kepada seorang
pemimpin belia kita yang sanggup mencadangkan agar
kerajaan mengadakan sekolah menengah aliran agama
seperti aliran sains dan sebagainya yang telah sedia
diterima pakai.  Beliau juga menyeru agar kerajaan
menambah masa pelajaran agama yang ada di
sekolah-sekolah menengah kerana menurutnya pelajaran
agama yang ada sekarang adalah terlalu asas kerana
kesuntukan masa.

Seruan beliau sebenarnya lahir dari pencinta-pencinta
Islam yang mendokong UMNO yang menjadi tunggak
kerajaan masa kini.  Kebimbangan tentang penutupan
sekolah-sekolah agama dan taski atas dasar permit,
kebenaran dan perkara-perkara lain yang sewaktu
dengannya bukan sahaja dirasakan oleh orang-orang PAS
tetapi juga orang UMNO yang mahu anak-anak mereka
mendapat pendidikan dan pendedahan terhadap Islam dari
awal peringkat umur.  Mereka mempersoalkan kebenaran
tentang apakah benar murid-murid taski di ajar untuk
membenci negara dan pemimpin, dan kalau benar, berapa
peratuskah antara taski di negara ini berbuat
demikian.

Kebanyakan pendokong UMNO yang menghantar anak mereka
ke taski sedar bahawa sebahagian besar kelas-kelas
taski adalah di tubuhkan di atas kesedaran untuk
memberikan pendidikan Islam terhadap anak-anak supaya
mereka dapat memahami dan menghayati Islam secara
syumul.  Pendokong UMNO menyedari, kalaupun tidak
faham dan menghayatinya secara syumul, mereka tetap
bangga jika anak-anak dapat memberi salam, mencium
tangan ibu ayah, membaca doa-doa, membaca AL Quran dan
mendirikan solat.  Justu tidak banyak pilihan, maka
taskilah tempat tumpuan mereka meskipun pusat itu
dikendalikan oleh orang-orang yang tidak selairan
politiknya dengan mereka.  Adakah kita dapat
memastikan bahawa setiap PASTI dipenuhi oleh anak-anak
ahli dan penyokong PAS, dan taski-taski ABIM di penuhi
oleh anak-anak ahli dan penyokong ABIM?

Kerajaan yang dipimpin oleh pemimpin yang professional
dan mahir sepatutnya lebih banyak proaktif dari
"reactive".  Menutup taski disebabkan hanya ianya
ditadbir oleh orang-orang yang dilihat berlawanan
dengan aspirasi mereka tanpa menyediakan alternatif
lain kepada mereka yang mahu mendidik anak-anak mereka
dengan Islam bukanlah langkah yang bijak.   Mereka
sepatutnya membena sistem pendidikan Islam pra sekolah
dan sekolah terlebih dahulu sebelum menutup apa yang
telah tersedia.  Buatlah TABINO di serata tempat dan
pelosok tanah air terlebih dahulu sebelum PASTI dan
taski yang ada di tutup.  Perbanyakkanlah
sekolah-sekolah agama di serata tanah air yang teratur
sistem pengurusannya, sebelum pondok-pondok dan
sekolah-sekolah agama yang ada yang dikatakan lemah
pengurusannya dan tidak berprospek itu ditutup.  Jika
tanpa TABINO, tanpa sekolah-sekolah rendah dan
menengah agama yang mencukupi, di manakah generasi
muda hendak menadah ilmu Islam untuk membena semula
tamaddun Islam di Malaysia yang telahpun diistiharkan
menjadi negara Islam ini.   Adakah di depan tv,
samaada rangkaian tempatan mahu pun luar negeri, atau
adakah melalui media cetak, atau adakah melalui
ucapan-ucapan pemimpin negara dan ulamak-ulamak di
institusi-institusi kerajaan.  Mungkin terdapat di
dalamnya pendidikan Islam, tetapi cukupkah untuk
menjamin survival sehingga sampai ke alam akhirat?

Mengapa kita mahu membasmi sesuatu yang tidak kita
persetujui dengan perasaan kebencian dan hasad dengki,
bukannya dengan kesedaran bahawa yang ada itu
sememangnya bala bencana untuk kita, yang sepatutnya
kita basmi dengan kesedaran dan tanggung jawab?

Allah sahaja yang maha mengetahui.



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: =?iso-8859-1?q?amir=20afnan?= <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke