*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Cut and paste dari Berita Harian.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh, berkata tindakan Singapura itu ternyata bertujuan menindas penganut agama tertentu dengan menggunakan integrasi nasional sebagai alasan. “Kerajaan Singapura tidak wajar melupakan Artikel 15 perlembagaan negara itu yang memberi setiap rakyatnya kebebasan menganut dan mengamalkan agama masing-masing. “Artikel 12(1) Perlembagaan Singapura pula menyatakan setiap rakyat wajar dilayan secara saksama mengikut undang-undang. Jika pelajar Sikh dibenar memakai serban kenapa pemakaian tudung perlu dilarang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau juga merujuk kepada kejayaan tindakan mahkamah yang diambil seorang pelajar Sikh terhadap sebuah sekolah swasta di United Kingdom kerana melarangnya memakai serban jika mahu diterima memasuki institusi berkenaan. Katanya, keputusan mahkamah dalam kes Mandla and Another v Dowell Lee and another 1983 itu wajar dijadikan iktibar oleh kerajaan Singapura untuk menarik balik larangan itu. Karpal juga menawarkan khidmatnya secara percuma demi kepentingan rakyat Malaysia dan Singapura untuk mendapatkan perakuan mahkamah berhubung larangan memakai tudung itu. __________________________________________________ Do You Yahoo!? Send FREE Valentine eCards with Yahoo! Greetings! http://greetings.yahoo.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: MISWAN BUANG <[EMAIL PROTECTED]>