*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
<Picture>     <Picture> 


Antara pengorbanan dan cari makan? 


http://detik.daily.tripod.com/jan02/24jan_5.htm


Oleh : Penyiasat fail-fail X 


"Saya kalau nak kira pasal kecik hati dengan manusia, dah lama dah saya masuk Umno," 
kata seorang aktivis Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang juga anak seorang pemimpin 
terkemuka PAS yang aktif pada tahun-tahun 70an. "Tapi sebab kita bekerja ni kerana 
Allah, kerana nak menegakkan hukum Islam, saya tahan ajelah semua ni," sambung beliau. 

Menurut aktivis PAS ini, banyak yang telah beliau lalui sejak terlibat dengan politik 
kepartian. Jelas beliau, perselisihan sesama manusia memang tidak akan dapat diatasi 
sampai bila-bila. Walaubagaimanapun, beliau menerima cabaran ini dengan hati yang 
terbuka dan bergantung sepenuhnya kepada bantuan dari Allah. 

"Pernah dalam satu pilihanraya, saya dilucutkan dari jawatan tinggi dalam DUN kerana 
ada yang bimbang saya akan naik," tambah beliau lagi. Kata beliau, ramai tokoh PAS 
yang mempunyai sikap yang agak mengecewakan seperti ego, sombong dan hanya tahu 
memerintah. Ini sangat membimbangkan kerana mampu menjejaskan keyakinan dan semangat 
pekerja parti yang ikhlas. 

Menurut beliau, "Ada yang cuti kerja, pakai duit sendiri, pinjamkan komputer dan 
macam-macam lagi. Tapi bila tengok perangai "datuk-datuk dan datin-datin" macam tu, 
lemah semangat." Beliau menjelaskan, ini mungkin disebabkan kerana sudah terlalu 
selesa berada di atas. 

Seorang aktivis di Kuala Lumpur turut merasakan perkara yang sama. Lepasan sebuah 
universiti tempatan ini menjelaskan, "Sikap ego ni memang di kampus lagi kita dah 
boleh nampak. Jamaah dekat kampus pun ada kelas-kelas jugak. Sebagai contoh, bila dah 
jadi pimpinan, tak boleh lagi duduk bawah orang. Mesti pegang jawatan pengarah program 
aje. Baik tak ada jawatan langsung dari duduk bawah orang." 

Sambung beliau lagi, "Ana ingat lagi ada sorang pimpinan complain dia kata orang yang 
dah pegang jawatan kat MPP (majlis perwakilan pelajar) atau pertubuhan lain macam 
Gamis (Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung) terasa macam besar sangat, dah tak nak 
ikut cakap pimpinan." 

Menurut beliau lagi, ramai yang apabila telah mencapai taraf pemimpin, sukar untuk 
meminta nasihat dari ahli biasa. "Yang ada buat think-tank dengan agenda nak menawan 
dunia dan entah apa-apa lagi, tapi tak ke mana pun ," keluh beliau. "Masing-masing 
terlalu idealistik kadang-kadang macam tak berpijak di bumi yang nyata (tak 
realistik). Pendapat dan pandangan seperti syok sendiri," tambahnya lagi. 

"Lagi satu, PAS ni macam tak bijak manage orang betul-betul. Siapa yang berniat suci 
nak berjihad, nak bekerja dengan PAS tu dialu-alukan, tapi fikir-fikirlah dulu 
masak-masak," kata seorang lagi aktivis PAS Kuala Lumpur. Beliau mendakwa, ramai 
pekerja dibebankan dengan kerja-kerja yang tidak sepatutnya mereka lakukan, sedangkan 
mereka mempunyai tugas spesifik yang perlu diberi tumpuan. 

"Nama aje jawatan pegawai itu ini, tapi sebenarnya jadi ofis boy, tukang tulis surat, 
telefonis, kena tuliskan, itu ini untuk pimpinan, malah kena jadi driver pimpinan ke 
hulu ke hilir, memang tak ubah macam peon pejabat tak berlesen," katanya. Tambah 
beliau lagi, "Pimpinan pun satu, ingat orang tu personal assistant dia ke? Suruh 
tuliskan surat, tuliskan speech, tulis memorandum, sampaikan handbill ceramah pun si 
pegawai kena hantar ke masjid-masjid, tak ada ISO langsung!." Sebab itu pejabat 
pentadbiran parti lesu dan suram. Tidak efisyen dan profesional kerana pekerja 
dibebankan dengan tugas-tugas yang tidak berkaitan. Akhirnya hilang motivasi bekerja. 

"Seperkara lagi, hendak disebut ibarat ditelan mati mak diluah mati bapak. Bab ini 
bukanlah isu utama tapi tak cakap tak kena nak cakap pun tak kena juga. Semuanya jadi 
serba salah. Ganjaran material," katanya lagi. Tambah beliau, "Memanglah tak seberapa 
kadang-kadang tu macam tak masuk akal jumlah yang diberikan, selalu lambat pulak tu. 
Kalau yang berkhidmat di kawasan kampung masih boleh tahan tetapi bagaimana yang hidup 
di bandar besar? Para pimpinan fikir-fikirkanlah ganjaran yang bersesuian dengan 
sumbangan yang telah mereka cagarkan kepada jemaah. Orang kata tu berpada-pada lah." 

Ramai ahli berpendapat sumbangan berharga dalam usaha menggerakkan sebuah jamaah Islam 
yang menuntut segala genap sudut pengorbanan perlu dihargai. Kata seorang aktivis PAS 
dari Selangor, "Sebagai manusia yang memiliki hati dan perasaan bukan sekalung 
penghargaan dipinta tetapi berilah setitis perhatian kepada mereka yang rela 
berkhidmat sepenuh masa dengan parti. Perlu ingat, kebatilan yang bersistem akan 
mengatasi kebenaran yang tidak tersusun!" 

Aktivis PAS Kuala Lumpur itu menjelaskan, ini mungkin antara sebab pentadbiran PAS 
tidak mampu untuk berubah. Kata beliau, sikap tidak teratur ini sangat menjejaskan 
parti. PAS katanya perlu ada mereka yang menjalankan tugas pentadbiran sepenuhnya dan 
tidak terlibat dengan kerja-kerja lain, dan ini pelu difahami semua. 

"Tengok Ustaz Nasa (Nasharuddin Mat Isa, setiausaha agung PAS) sebagai contoh, jadi 
setiausaha parti, jadi jugak ahli parlimen, kena pergi ceramah semua, banyak sangat 
kerja tu," jelasnya. 

Beliau menjelaskan PAS memerlukan satu penyusunan semula sebagai persediaan untuk 
memerintah, kerana memerintah negara memerlukan lebih dari sekadar aktivisme politik. 
"Patut kena beza sikit yang jadi pentadbir dengan aktivis politik, ini tidak semua nak 
jadi aktivis. Maklumlah, duduk kat ofis tak glamor," katanya. 








Top   Home

"DETIK DAN Al - WASILAH SUDAH MATI!
HALANG PENCABULAN KDN TERHADAP KEBEBASAN MEDIA" PENERBITAN PEMUDA
24G, Jalan 4/21D, Medan Idaman, Gombak, 53100 Kuala Lumpur
Tel : 03-40243530 Faks : 03-4630372
[EMAIL PROTECTED] 






 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Nurul Izzah <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke