*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
<Picture> 


<Picture><Picture>




Gara-gara tak mahu bersolat di masjidnya 


http://tranung2.tripod.com/sisipan/adaaje4.htm


KOTA BHARU: Seorang imam yang marah kerana keengganan seorang lelaki menunaikan solat 
di masjid tempatnya menjadi imam berakhir dengan tragedi apabila dia dipercayai 
menetak seorang jemaah berhampiran sebuah masjid di Kubang Kerian. 

Imam berusia 64 tahun itu dikatakan menetak jemaah terbabit dengan parang kerana tidak 
berpuas hati tindakan lelaki berkenaan yang tidak mahu menunaikan solat di masjid 
berkenaan. 

Kejadian terjadi pada jam 6.30 pagi, mangsa berusia 57 tahun luka parah di tangan kiri 
dan dahi dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kampus Kesihatan, 
Kubang Kerian, untuk menerima rawatan kecemasan. 

Difahamkan, sebelum kejadian itu mangsa dikatakan ingin menunaikan solat Subuh dan 
melintasi satu masjid dengan menunggang motosikal. 

Apabila sampai berhampiran masjid berkenaan, motosikal yang ditungganginya dikatakan 
dihalang imam terbabit. 

Mangsa tidak mengesyaki apa-apa terus berhenti dan cuba bertanya kepada imam terbabit 
mengapa dia menghalang perjalanannya. 

Bagaimanapun, beliau berkata, imam terbabit dipercayai mengangkat tangannya lalu cuba 
menetak mangsa yang masih berada di atas motosikal. 

Katanya lagi, mangsa terkejut dan tidak menyangka tindakan imam terbabit cuba mengelak 
tetapi terkena tapak tangan kiri sehingga menyebabkannya luka parah. 

?Dalam keadaan kelam kabut, isteri imam itu berusia 42 tahun dikatakan meluru ke 
tempat kejadian dan memukul mangsa dengan sebatang besi,? katanya ketika dihubungi di 
pejabatnya di sini, semalam. 

Mohd Ali berkata, kejadian itu berakhir apabila jemaah masjid berkenaan campur tangan, 
sekali gus membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian. 

Beliau berkata, polis kemudian bergegas ke rumah imam berkenaan dan menjumpai kain, 
jubah mengandungi kesan darah selain sebatang besi yang disyaki digunakan menetak 
mangsa dalam bilik air. 

Katanya, berikutan itu sepasukan polis menahan imam berkenaan di Ibu Pejabat Polis 
Daerah (IPPD), Kota Bharu bagi membantu menyelesaikan kes itu segera. 

?Kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan 
cedera dengan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang merbahaya. 

?Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tiga tahun atau denda atau sebat atau 
mana-mana dua daripada seksaan-seksaan itu. 



................................
30 Januari 2002 






:: Arkib Ada-ada Aje :: 






 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Nurul Izzah <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke