*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
<Picture: hosted by tripod>Tell me when this page is updated

Hentikan memfitnah Ustaz Shamsuri

http://mari209.tripod.com/2002feb/2002-0224.htm

Assalamualaikum.

Saya merasa terpanggil untuk menulis mengenai isu Ustaz Shamsuri setelah begitu heboh 
diperkatakan(dalam Internet) mengenai tindakannya berceramah dalam forum anjuran BN. 
Sebelum ini saya mengambil sikap berkecuali dan tidak membela mahupun menuduh ustaz, 
kerana saya sendiri tidak melihatnya berceramah pada malam itu.

Tetapi, setelah saya berjumpa sendiri dengan pengurusnya (penerbit kaset kuliahnya 
yang telah saya kenali selama lebih dari 5 tahun), saya seolah-olah terpaksa untuk 
menulis mengenai isu ini bagi menjelaskan beberapa kekeliruan yang telah timbul.

Ustaz Shamsuri sebenarnya telah diperangkap untuk berceramah untuk pihak BN pada malam 
itu. Beliau telah menerima arahan daripada pihak atasan (oleh pegawai Tan Sri Dr.Koh 
Soo Kun) kerana ustaz terikat dengan kontraknya sebagai pensyarah matrikulasi (lupa 
pulak nak tanya di mana). Beliau bukan dijemput, tetapi dipaksa oleh SB yang 
menyembunyikan hakikat bahawa beliau akan berceramah di atas pentas BN. Saya tidak 
tahu syarat-syarat pembebasannya dari ISA, mungkin inilah syarat yang dikenakan iaitu 
dikehendaki berceramah untuk pihak kerajaan. Mungkin jika ustaz tidak mengikuti 
kehendak SB tersebut, ustaz akan dihantar semula ke Kamunting sebagaimana yang telah 
berlaku kepada Dr. Badrul Amin. Wallahua'lam.

Apabila sampai di tempat forum, beliau tidak mempunyai pilihan dan terpaksa 
berceramah, tetapi tidak berkempen untuk BN, sebaliknya hujahnya adalah berdasarkan 
Al-Quran dan Hadis semata-mata.

Saya melihat isu ini telah diperbesar-besarkan, termasuk oleh mereka yang tidak 
melihat sendiri forum tersebut, mahupun mereka yang tidak pernah mengikuti kuliah 
beliau. Kita harus faham, bahawa ustaz baru saja bebas dari ISA, dan tekanan yang 
diterima oleh beliau adalah hebat. Sepatutnya apabila mendengar berita yang belum 
pasti kebenarannya seperti ini, selidiklah dahulu sebelum menjaja fitnah merata tempat.

Kepada mereka yang pernah melayari laman webnya: www.shamsuri.com pasti tidak berjumpa 
lagi laman tersebut sekarang. Saya sendiri beranggapan bahawa laman web tersebut 
ditutup @ tidak diupdate kerana kesibukan webmasternya, tetapi rupa-rupanya saya telah 
tersilap. Laman web tersebut sebenarnya telah diarahkan supaya ditutup oleh SB. Inilah 
rancangan jahat musuh-musuh Islam yang mahu menyekat penyebaran ilmu-ilmu Islam dengan 
apa cara sekalipun.

Kepada mereka yang belum tahu, ustaz Shamsuri adalah ahli SEUMUR HIDUP PAS. Saya tidak 
nampak sebarang sebab mengapa secara tiba-tiba ustaz masuk/menyokong BN, kerana 
sepanjang pengetahuan saya, daripada hampir seratus (100) tajuk kaset kuliahnya, 
intipatinya adalah jelas, iaitu menyokong pemerintahan berdasarkan AL-Quran dan 
As-sunnah. Bandingkan kuliah beliau dengan kuliah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan 
anda akan dapati persamaannya.

Mengenai tuduhan bahawa beliau mata duitan dan berceramah di pentas BN untuk mencari 
habuan dunia,tuduhan tersebut tidak benar. Setiap bulan ustaz dibayar gaji/royalti 
sebanyak lima ribu ringgit ($5000) oleh penerbitnya, dan ustaz juga telah dihadiahkan 
sebuah kereta untuk kemudahannya berdakwah oleh penerbitnya. Mustahil jumlah wang 
sebanyak itu tidak mencukupi sehingga ustaz tergamak mengkhianati perjuangan Islam.

Kepada mereka yang masih ragu-ragu tentang isu ini, saya nasihatkan anda mendapatkan 
kaset kuliahnya yang terbaru, yang akan menyentuh mengenai kontroversi forum tersebut. 
Insya Allah, kaset tersebut akan berada di pasaran pada Selasa ini (5 Februari) dan 
dengar sendiri penjelasan daripada mulut ustaz sendiri sebelum membawa fitnah tanpa 
usul periksa. Ingatlah bahaya fitnah, kerana bahaya fitnah itu lebih bahaya dari 
membunuh. Ingatlah nasib yang menimpa Anwar Ibrahim akibat fitnah yang dibawa oleh 
mereka yang mahu menjatuhkannya.

``Dan ingatlah bahawa angkara fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan''. 
(Surah al-Baqarah ayat 191).

``Barang siapa yang mengetahui ada orang mukmin dihina di depannya, ia harus 
membelanya, mempertahankan nama baik si mukmin itu. Apabila ia tidak mahu melakukan 
pembelaan itu, maka Allah s.w.t. akan menghinanya di depan orang ramai''. (Hadis 
riwayat Ahmad dan Tharani).

Komen webmaster: Dua atau artikel mengenai Ustaz Shamsuri dan Ustaz Firdaus yang 
disiarkan adalah atas permintaan penulis dan saya tidak dapat mempertanggungjawabkan 
jika maklumat yang diberikan adalah salah. Namun dengan penyiaran artikel ini diharap 
kita dapat memperbetulkan kekeliruan yang ada. Harap jangan jadikan laman ini sebagai 
'penyebar fitnah' tetapi gunakan ianya sebagai medan perbahasan dan penyebaran 
maklumat secara bebas tanpa ada sekatan melainkan apa yang diperintahkan kepada kita 
melalui kedua sumber yang kita anuti itu ~ Webmaster

Hits:<Picture> 




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Nurul Izzah <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke