*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
<Picture: hosted by tripod>Tell me when this page is updated

<Picture>
Dosa Kita Kepada Anwar 
Oleh Mona Solomon (Dipetik drp FGR dengan suntingan) 

http://marhaen0.tripod.com/mar_a_pelbagai165.html

------------------------------------------------------------------------
Anwar adalah 'pelarian' yang dihalau keluar daripada kabilah Umno dengan cara yang 
amat jijik oleh penguasa kabilah purba itu. Sedang seluruh dunia, termasuk PAS, 
mengutuk pelaksanaan prosiding ke atas beliau, para bangsawan dan pencacai kabilah itu 
bermati-matian mempertahankan 'cara mereka' bertindak. 

Seperti yang pernah Mona katakan dulu, kita amat simpati melihat Anwar yang diseksa 
oleh kaumnya sendiri. Simpati kita adalah disebabkan Islam yang kita anuti menghendaki 
kita membela sesiapa sahaja yang dizalimi. Kita anuti Islam bukan untuk 'pakai 
beberapa ayat yang sesuai dengan naluri kita sahaja', seperti yang diamalkan oleh 
kabilah purba itu. 

Semasa dalam kabilah itu dulu, Anwar dilihat cuba membersihkannya daripada dalam, 
sesuatu yang pernah dijanjikan kepada exco ABIM tatkala mengambil keputusan untuk 
meninggalkan ABIM dan menyertai Umno. Ramai Ulamak ketika itu yang menasihati beliau 
agar jangan bertindak begitu. Tak perlu terjun ke dalam tong najis untuk membersihkan 
tong tersebut, nanti badan kita akan terkena najis. Lihatlah betapa benarnya pesan 
bijakpandai! 

Namun Anwar melihat ada jalan untuk membersihkan kabilah itu, walaupun 'jalannya 
kelihatan amat sempit' pada ketika itu. 

Berjalan itu 'harus' hukumnya, tetapi kalau berjalan ke masjid untuk beribadat, Allah 
akan beri 'pahala'. Inilah contohnya perkara 'harus' yang boleh mendapat ganjaran 
pahala. Anwar telah berniat dan bertindak untuk membetulkan kabilah yang 'sesat' itu 
ke jalan yang benar. Nescaya beliau mendapat pahala. 

Kita mungkin belum mampu bertindak sejauh Anwar, tetapi kita menyokong niat dan 
tindakan beliau, apatahlagi setelah beliau dilihat dizalimi oleh penguasa yang 
merasakan mereka 'tidak ada apa-apa yang perlu diperbetulkan'. Mereka 'bahagia' hidup 
dalam rasuah, nepotisma, kronisma dan berbagai 'penyakit' kronik lagi. 

Setelah Anwar bertindak, dan menerima padah daripada penguasa yang zalim, barulah 
kedengaran kabilah itu sedang membersihkan rasuah, kroni, nepotisma dalam diri mereka. 
Mula kedengaran dan kelihatan 'ajaran Islam' dibawa masuk ke dalam kabilah mereka. 
Terakhir sekali, mereka mengisytiharkan Malaysia Negara Islam, iaitu beberapa hari 
selepas gagal dalam usaha 'membuang perkataan Islam' daripada PAS! 

Nampak sangat Islam yang cuba ditonjolkan adalah kosmetik sahaja. Untuk 'mencantikkan' 
muka selepas terkena tempias hujan. 

Kini 'bahang' tindakan Anwar mungkin agak mengecil pada pandangan mereka. Sensitiviti 
umat kian pudar. Mereka kembali memusuhi Islam. Musuh mereka adalah daripada PASTI 
hingga ke Gerakan Islam serantau. Daripada sekolah pondok hinggalah ke Universiti, 
termasuk silibus pendidikan Islam itu sendiri. 

Gerakan Islam ditekan habis-habisan semula. 

Mereka dilihat menggunakan model Anwar Sadat di Mesir dan model Kamal Attaturk di 
Turki. 

Berapa banyak pahala kita boleh kaut dengan menyokong regim begini? Mungkin JAKIM 
boleh tolong 'timbang'. 

- Mona Solomon - 04.02.2002











 



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Nurul Izzah <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke