*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> PAS timbang ambil tindakan sivil ke atas polis
>
> Thursday, February 14 @ 16:25:37 MYT
>
>
> ALOR SETAR, 14 Mac (Hrkh) - Lajnah Undang-undang PAS
> Kedah sedang membuat
> kajian teliti berikutan keputusan PAS Kedah untuk
> mengambil tindakan sivil
> terhadap polis dan kerajaan Malaysia.
>
> Ketuanya yang juga Bendahari PAS Kedah, Haji Taulan
> Rasul berkata, lajnahnya
> sedang membuat pengumpulan maklumat bagi membolehkan
> kes itu difailkan
> segera.
> "Antara perkara yang kita kaji adalah kenyataan
> polis yang memfitnah PAS
> misalnya menuduh ahli PAS membakar trak polis,
> keengganan polis menerima
> laporan dari saya sendiri, tindakan polis menceroboh
> kawasan persendirian,
> menghalang saya sebagai peguam bertemu dengan anak
> guam saya, merosakkan
> harta benda awam dan sebagainya," kata Taulan yang
> merupakan seorang peguam
> kepada Harakah.
>
> Dalam kejadian di Kubang Bok, Kuala Ketil pada 11
> Februari lalu, Taulan yang
> cuba masuk ke balai polis Kuala Ketil untuk memberi
> khidmat sebagai peguam
> kepada anak guamnya, telah dihalang oleh seorang
> pegawai kanan polis.
>
> Menghadapi suasana itu, Taulan telah cuba masuk ke
> balai polis itu untuk
> membuat laporan polis tetapi sekali lagi beliau
> dihalang dari berbuat
> demikian.
>
> Ekoran itu beliau telah membuat laporan polis di
> balai lain iaitu di Tawar,
> Baling.
>
> Dalam peristiwa di Kuala Ketil itu, 27 orang telah
> ditahan polis yang
> kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.
>
> "Sepatutnya mereka didakwa di mahkamah hari ini (14
> Februari) tetapi polis
> telah menangguhan dakwaan itu.
>
> "Kita difahamkan, mereka tidak akan didakwa
> berikutan dari kebenaran dari
> Pendakwaraya belum diperolehi," kata Taulan.
>
>
>
=====
ANYTIME...ANYWHERE...ANYNEWS...
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Got something to say? Say it better with Yahoo! Video Mail
http://mail.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Bincang Bincang <[EMAIL PROTECTED]>