*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>       Ku Li terdesak tuduh kerajaan negeri gadai
> tanah
> 
> Thursday, February 14 @ 18:29:01 MYT
> 
> 
> KOTA BHARU, 14 Feb (Hrkh) - Bekas Presiden Semangat
> 46 yang membubarkan
> sendiri partinya, Tengku Razaleigh Hamzah kini
> dianggap begitu terdesak
> apabila cuba mengelirukan rakyat dengan fakta yang
> tidak jelas.
> 
> Penyelia Dun Galas, Che Hashim Sulaima berkata,
> kenyataan Ku Li kononnya
> kerajaan negeri menggadaikan berpuluh ribu hektar
> tanah di hulu Kelantan
> bagi meningkatkan punca hasil, cukup mengelirukan.
> Katanya, Ku Li cuba menyembunyikan fakta sebenar
> selepas dia sendiri gagal
> memanfaatkan tanah bagi kepentingan umum, ketika
> masih bersama dengan
> kerajaan negeri suatu ketika dahulu.
> 
> "Kini setelah Ku Li hilang segala-gala, dia cuba
> membangkitkan kononnya
> kerajaan negeri menggadaikan kawasan itu. Sedangkan
> apa yang dilakukan
> kerajaan negeri bagi memanfaatkan sepenuhnya tanah
> untuk kepentingan
> rakyat," katanya.
> 
> Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan, Ku Li
> dipetik sebagai berkata,
> kerajaan PAS Kelantan didakwa semakin terdesak
> apabila dipercayai
> menggadaikan berpuluh ribu hektar tanah tanah di
> hulu Kelantan kepada 40
> syarikat bagi pembangunan ladang kelapa sawit.
> 
> Malah, anggota parlimen Gua Musang itu mendakwa,
> tanah yang digadai
> diperolehi dengan merampas tanah-tanah penduduk yang
> mengusahakan dengan
> pelbagai tanaman.
> 
> Che Hashim berkata, Ku Li cuba menyembunyikan fakta
> sebenar berkaitan
> perkara itu, selepas kerajaan negeri melalui
> agensinya berjaya membangunkan
> tanah berkenaan.
> 
> Sebelum ini, kerajaan negeri melalui beberapa
> agensinya termasuk Yayasan
> Islam Kelantan (Yik) dan Yayasan Kelantan Darulnaim
> (Yakin) dengan kerjasama
> pihak swasta membangunkan tanah tersebut dengan
> mewujudkan ladang kelapa
> sawit.
> 
> Projek usahasama itu dijalankan di atas tanah
> kerajaan bagi membolehkan
> agensi terbabit mempunyai sumber kewangan sendiri
> untuk melaksanakan projek
> pembangunan dan pengurusannya.
> 
> Penduduk yang terbabit dengan pembangunan tanah
> tersebut secara sepenuh masa
> juga turut dibayar pampasan oleh syarikat swasta
> terbabit.
> 
> Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan
> Masyarakat dan Industri Desa,
> Haji Omar Mohamad berkata, tanah-tanah yang
> dibangunkan di kawasan hulu
> Kelantan akan dimanfaatkan kepada rakyat melalui
> agensi-agensi kerajaan.
> 
> Katanya, pembangunan ladang kelapa sawit akan
> memberi sumber pendapatan
> sampingan kepada Yik yang mengendalikan sektor
> pendidikan di negeri ini.
> 
> "Begitu juga Yakin yang memberi bantuan dan pinjaman
> kepada pelajar,
> memerlukan sumber kewangan bagi menjayakan program
> yang dirancang.
> 
> "Adakah kita mahu melihat lebih 40,000 anak-anak
> yang mendapat pendidikan di
> Yik terbantut kerana tidak mempunyai sumber
> kewangannya sendiri," katanya
> pada majlis Wacana Penerangan Dasar-Dasar Kerajaan
> di sini, hari ini.
> 
> Beliau juga berkata, sekiranya Yik dan Yakin dapat
> mencari sumber pendapatan
> sendiri, ia dapat menjimatkan wang kerajaan negeri
> untuk dimanfaatkan bagi
> tujuan lain.
> 
> Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains dan
> Teknologi, Ustaz Hassan Muhamad
> juga menjelaskan projek usahasama bagi membangunkan
> ladang kelapa sawit! di
> antara agensi kerajaan dan swasta dimanfaatkan untuk
> rakyat di negeri ini.
> 
> Che Hashim berkata, Ku Li sebenarnya sudah kehabisan
> modal dan idea untuk
> berdepan dengan PAS, sehingga menyelewengkan fakta
> sebenar.
> 
> "Pemimpin itu sebenarnya semakin ditolak rakyat
> kerana mereka kecewa sejak
> lebih 30 tahun menjadi anggota parlimen Gua Musang,
> Ku Li gagal melaksanakan
> tanggungjawabnya dengan berkesan," katanya.
> 
> 
> 


=====
ANYTIME...ANYWHERE...ANYNEWS...

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Got something to say? Say it better with Yahoo! Video Mail 
http://mail.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bincang Bincang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke