*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bicara Agama
Hasil judi bukan Islam
Debat
Oleh Astora Jabat
([EMAIL PROTECTED])
Malaysia pungut RM15 bilion hasil judi, lapor akhbar rasmi Pas Harakah
keluaran 16 - 28 Februari ini. Angka kutipan itu diumumkan sendiri oleh
Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad di Dewan Rakyat sebagai
menjawab soalan bertulis dikemukakan oleh seorang wakil rakyat Pas dan ia
merupakan hasil yang dipungut dalam masa 10 tahun sejak 1990 sehingga 2001,
kata akhbar itu.
Tidak dinafikan bahawa apa yang dilaporkan oleh akhbar berkenaan adalah
benar, tetapi niatnya sahaja mungkin tidak benar.
Ini kerana bukan Kerajaan Pusat saja yang memungut hasil dari perniagaan
bukan Islam yang dianggap haram bagi orang Islam, tetapi kerajaan Pas di
Kelantan dan Terengganu pun melakukan perkara yang sama kerana ia memungut
hasil arak, babi dan lain-lain.
Hasil judi sama dengan hasil arak dan babi dari segi hukum-hakam Islam.
Oleh itu jika akhbar rasmi Pas menyoal hukum memungut hasil judi yang
dilakukan oleh Kerajaan Pusat, ia juga perlu menyoal hukum memungut hasil
arak dan babi yang dilakukan oleh Pas
Sebenarnya akhbar rasmi Pas mengungkitkan perkara itu bukan kerana
membicarakan perkara itu dari sudut hukum-hakam Islam, tetapi
membicarakannya dari sudut niat jahat untuk memburuk-buruk kerajaan.
Dengan itu tidak hairan ia memerli Dr. Mahathir dengan berkata: ``Ketika
Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad mengisytiharkan Malaysia
sebagai negara Islam, dalam masa yang sama Kementerian Kewangan mengumumkan
kutipan hasil judi negara ini 10 tahun yang lalu lebih dari RM15 bilion.
``Ini bererti purata hasil industri perjudian yang diperoleh oleh negara ini
adalah RM1.5 bilion setahun.
``Menurut jawapan yang diberi oleh Menteri Kewangan, yang mana menterinya
juga Perdana Menteri, dari tahun 1990 hingga September 2001, jumlah pendapat
yang diperoleh oleh kerajaan dari hasil perjudian adalah lebih RM15
bilion.''
Bagaimanapun, penulis mengucapkan ribuan terima kasih kepada akhbar rasmi
Pas menjadikan berita kurniaan Allah daripada bukan Islam itu sebagai tajuk
utama muka depan akhbar itu. Ini kerana ia memberi peluang kepada penulis
untuk membincang tentang kedudukan hasil judi dengan lebih selesa.
Sebenarnya tindakan kerajaan memungut hasil judi adalah tindakan yang bijak
dan Islam membenarkan dilakukan perkara itu dari sudut as-siasat as-syar'iah
(politik syarak) atau konsep melakukan kemudaratan kecil untuk mengelak
daripada kemudaratan besar.
Kerajaan tidak menghalalkan perkara yang haram iaitu judi. Ini kerana
kegiatan perjudian itu hanya dibenarkan di kalangan orang bukan Islam
sahaja.
Bagaimanapun, kebenaran terkawal kegiatan perjudian bagi bukan Islam itu
bukan kerana agama mereka menghalalkan perkara mungkar yang boleh
meruntuhkan rumah tangga itu, tetapi kerana tunduk kepada kuasa politik
mereka.
Agama Kristian umpamanya melarang penganutnya berbuat jahat termasuk bermain
judi. Begitu juga agama Buddha dan agama Hindu.
Tetapi kebanyakan penganut ketiga-tiga agama itu tidak mahu melaksanakan
larangan agama mereka.
Ada yang menganggap betul bahawa dalam ketiga-tiga itu ada larangan, tetapi
tidak ada hukuman. Dengan itu larangan bermain judi dan apa jua larangan
tidak ada hukuman dan terserah kepada diri masing-masing membuat
pertimbangan.
Bagaimanapun, kuasa politiklah yang menyebabkan kerajaan terpaksa
menggunakan konsep siasah syariah atau konsep melakukan kemudaratan kecil
untuk mengelak daripada kemudaratan besar dan menyebabkan berlaku tolak
ansur kepada kemungkaran seperti kegiatan perjudian yang diamal oleh bukan
Islam.
Jika kerajaan tidak mengambil pendirian seperti itu masyarakat bukan Islam
tidak akan memberi sokongan kepada kerajaan dan mereka akan buktikan perkara
itu dalam pilihan raya.
Jadi kerana bukan Islam mempunyai kuasa politik yang agak besar dan mampu
mempengaruhi pembentukan kerajaan maka menyebabkan berlaku tolak ansur itu.
Mungkin ada orang berhujah kerana Pas mampu mengharamkan perjudian di
Kelantan dan Terengganu, maka Kerajaan Pusat pun mesti mampu melakukan
perkara yang sama di seluruh negara.
Hakikatnya Pas mampu mengharamkan judi di kedua-dua negeri yang bilangan
orang bukan Islam sangat kecil di situ dan mereka tidak ada kuasa politik
yang boleh menggugatkan parti itu dalam pilihan raya.
Sebaliknya di negeri-negeri yang mempunyai ramai bukan Islam seperti Wilayah
Persekutuan, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan lain-lain, Pas mesti
mengambil pendirian seperti Kerajaan Pusat.
Minat bukan Islam kepada judi terutama kaum Cina adalah sangat ketara.
Kasino di Genting Highlands umpamanya diwujudkan bagi kaum Cina yang sangat
berminat dengan judi itu.
Tindakan kerajaan membenarkan kasino di puncak tanah tinggi yang paling
sejuk di Semenanjung itu berupaya sedikit sebanyak menghalang pengaliran
wang ke luar negeri.
Malah dengan wujud pusat perjudian bertaraf dunia itu menyebabkan ramai kaki
judi dari negara-negara lain datang bermain judi di sini dan ini menyebabkan
pengaliran wang ke dalam negara dengan jumlah yang sangat besar.
Peminat judi di Malaysia di kalangan orang kaya Cina sangat ramai dan ini
dapat kita lihat pada laporan sebuah akhbar Australia, Australian Financial
Review (AFR) pada 18 Jun tahun lalu bahawa kasino-kasino negara itu begitu
berharap agar Pas menunaikan janjinya untuk menutup kasino di Genting
Highlands.
Akhbar itu melaporkan bahawa Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang berkata, jika Pas berkuasa di Pahang, kasino di Genting Highlands akan
ditutup.
Menurut akhbar itu, sebelum tercetusnya krisis ekonomi Asia, kaki-kaki judi
Malaysialah yang paling ramai menjadi pelanggan kasino-kasino utama
Australia.
Lantaran itulah, AFR menjangkakan penutupan pusat perjudian utama di Genting
Highlands akan mendorong kaki-kaki judi Malaysia untuk kembali membanjiri
kasino-kasino Australia.
Ramai orang Cina pula suka berjudi pada setiap kali tiba Tahun Baru Cina.
Penulis tidak mempunyai angka berapa ramai orang Cina negara ini keluar
berjudi pada Tahun Baru Cina tahun ini.
Tetapi akhbar-akhbar Thai melaporkan bahawa lebih 1,000 orang Thai keturunan
Cina menyeberangi sempadan Thai-Kemboja untuk berjudi di tujuh kasino di
pekan Poitet.
Perwakilan Perisikan Kebangsaan Thai (NIA) pula berkata kira-kira 500,000
penduduk Thai menghabiskan wang sebanyak tujuh bilion baht (RM592 juta) di
13 buah kasino di Kemboja, empat buah kasino di Laos dan sebuah kasino di
Myanmar.
Thailand tidak mempunyai kasino walaupun bermacam-macam perjudian terdapat
di negara itu, termasuk perjudian yang sah dan yang haram.
Hal demikian menyebabkan orang-orang kaya Thai terutama keturunan Cina pergi
berjudi di luar negara. Ia menyebabkan kerugian besar kepada negara itu.
_________________________________________________________________
Join the world�s largest e-mail service with MSN Hotmail.
http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Flower Horn" <[EMAIL PROTECTED]>