*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kenapa Astora seolah2 mengharapkan banyak aliran masuk
wang kaki judi dari luar negara dgn adanya casino
genting. tak paham pokcik!!
--- Flower Horn <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
>
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net -
> http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED]
> }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED] }
>
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Bicara Agama
>
> Hasil judi bukan Islam
> Debat
> Oleh Astora Jabat
> ([EMAIL PROTECTED])
> Malaysia pungut RM15 bilion hasil judi, lapor akhbar
> rasmi Pas Harakah
> keluaran 16 - 28 Februari ini. Angka kutipan itu
> diumumkan sendiri oleh
> Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad di
> Dewan Rakyat sebagai
> menjawab soalan bertulis dikemukakan oleh seorang
> wakil rakyat Pas dan ia
> merupakan hasil yang dipungut dalam masa 10 tahun
> sejak 1990 sehingga 2001,
> kata akhbar itu.
>
> Tidak dinafikan bahawa apa yang dilaporkan oleh
> akhbar berkenaan adalah
> benar, tetapi niatnya sahaja mungkin tidak benar.
>
> Ini kerana bukan Kerajaan Pusat saja yang memungut
> hasil dari perniagaan
> bukan Islam yang dianggap haram bagi orang Islam,
> tetapi kerajaan Pas di
> Kelantan dan Terengganu pun melakukan perkara yang
> sama kerana ia memungut
> hasil arak, babi dan lain-lain.
>
> Hasil judi sama dengan hasil arak dan babi dari segi
> hukum-hakam Islam.
>
> Oleh itu jika akhbar rasmi Pas menyoal hukum
> memungut hasil judi yang
> dilakukan oleh Kerajaan Pusat, ia juga perlu menyoal
> hukum memungut hasil
> arak dan babi yang dilakukan oleh Pas
>
> Sebenarnya akhbar rasmi Pas mengungkitkan perkara
> itu bukan kerana
> membicarakan perkara itu dari sudut hukum-hakam
> Islam, tetapi
> membicarakannya dari sudut niat jahat untuk
> memburuk-buruk kerajaan.
>
> Dengan itu tidak hairan ia memerli Dr. Mahathir
> dengan berkata: ``Ketika
> Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad
> mengisytiharkan Malaysia
> sebagai negara Islam, dalam masa yang sama
> Kementerian Kewangan mengumumkan
> kutipan hasil judi negara ini 10 tahun yang lalu
> lebih dari RM15 bilion.
>
> ``Ini bererti purata hasil industri perjudian yang
> diperoleh oleh negara ini
> adalah RM1.5 bilion setahun.
>
> ``Menurut jawapan yang diberi oleh Menteri Kewangan,
> yang mana menterinya
> juga Perdana Menteri, dari tahun 1990 hingga
> September 2001, jumlah pendapat
> yang diperoleh oleh kerajaan dari hasil perjudian
> adalah lebih RM15
> bilion.''
>
> Bagaimanapun, penulis mengucapkan ribuan terima
> kasih kepada akhbar rasmi
> Pas menjadikan berita kurniaan Allah daripada bukan
> Islam itu sebagai tajuk
> utama muka depan akhbar itu. Ini kerana ia memberi
> peluang kepada penulis
> untuk membincang tentang kedudukan hasil judi dengan
> lebih selesa.
>
> Sebenarnya tindakan kerajaan memungut hasil judi
> adalah tindakan yang bijak
> dan Islam membenarkan dilakukan perkara itu dari
> sudut as-siasat as-syar'iah
> (politik syarak) atau konsep melakukan kemudaratan
> kecil untuk mengelak
> daripada kemudaratan besar.
>
> Kerajaan tidak menghalalkan perkara yang haram iaitu
> judi. Ini kerana
> kegiatan perjudian itu hanya dibenarkan di kalangan
> orang bukan Islam
> sahaja.
>
> Bagaimanapun, kebenaran terkawal kegiatan perjudian
> bagi bukan Islam itu
> bukan kerana agama mereka menghalalkan perkara
> mungkar yang boleh
> meruntuhkan rumah tangga itu, tetapi kerana tunduk
> kepada kuasa politik
> mereka.
>
> Agama Kristian umpamanya melarang penganutnya
> berbuat jahat termasuk bermain
> judi. Begitu juga agama Buddha dan agama Hindu.
>
> Tetapi kebanyakan penganut ketiga-tiga agama itu
> tidak mahu melaksanakan
> larangan agama mereka.
>
> Ada yang menganggap betul bahawa dalam ketiga-tiga
> itu ada larangan, tetapi
> tidak ada hukuman. Dengan itu larangan bermain judi
> dan apa jua larangan
> tidak ada hukuman dan terserah kepada diri
> masing-masing membuat
> pertimbangan.
>
> Bagaimanapun, kuasa politiklah yang menyebabkan
> kerajaan terpaksa
> menggunakan konsep siasah syariah atau konsep
> melakukan kemudaratan kecil
> untuk mengelak daripada kemudaratan besar dan
> menyebabkan berlaku tolak
> ansur kepada kemungkaran seperti kegiatan perjudian
> yang diamal oleh bukan
> Islam.
>
> Jika kerajaan tidak mengambil pendirian seperti itu
> masyarakat bukan Islam
> tidak akan memberi sokongan kepada kerajaan dan
> mereka akan buktikan perkara
> itu dalam pilihan raya.
>
> Jadi kerana bukan Islam mempunyai kuasa politik yang
> agak besar dan mampu
> mempengaruhi pembentukan kerajaan maka menyebabkan
> berlaku tolak ansur itu.
>
> Mungkin ada orang berhujah kerana Pas mampu
> mengharamkan perjudian di
> Kelantan dan Terengganu, maka Kerajaan Pusat pun
> mesti mampu melakukan
> perkara yang sama di seluruh negara.
>
> Hakikatnya Pas mampu mengharamkan judi di kedua-dua
> negeri yang bilangan
> orang bukan Islam sangat kecil di situ dan mereka
> tidak ada kuasa politik
> yang boleh menggugatkan parti itu dalam pilihan
> raya.
>
> Sebaliknya di negeri-negeri yang mempunyai ramai
> bukan Islam seperti Wilayah
> Persekutuan, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan
> lain-lain, Pas mesti
> mengambil pendirian seperti Kerajaan Pusat.
>
> Minat bukan Islam kepada judi terutama kaum Cina
> adalah sangat ketara.
> Kasino di Genting Highlands umpamanya diwujudkan
> bagi kaum Cina yang sangat
> berminat dengan judi itu.
>
> Tindakan kerajaan membenarkan kasino di puncak tanah
> tinggi yang paling
> sejuk di Semenanjung itu berupaya sedikit sebanyak
> menghalang pengaliran
> wang ke luar negeri.
>
> Malah dengan wujud pusat perjudian bertaraf dunia
> itu menyebabkan ramai kaki
> judi dari negara-negara lain datang bermain judi di
> sini dan ini menyebabkan
> pengaliran wang ke dalam negara dengan jumlah yang
> sangat besar.
>
> Peminat judi di Malaysia di kalangan orang kaya Cina
> sangat ramai dan ini
> dapat kita lihat pada laporan sebuah akhbar
> Australia, Australian Financial
> Review (AFR) pada 18 Jun tahun lalu bahawa
> kasino-kasino negara itu begitu
> berharap agar Pas menunaikan janjinya untuk menutup
> kasino di Genting
> Highlands.
>
> Akhbar itu melaporkan bahawa Timbalan Presiden Pas,
> Datuk Seri Abdul Hadi
> Awang berkata, jika Pas berkuasa di Pahang, kasino
> di Genting Highlands akan
>
=== message truncated ===
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Sports - Coverage of the 2002 Olympic Games
http://sports.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>