*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~Salam.
Netters sekalian,
nampaknya tiada antara kita yg berminat nak ambil tahu ttg peristiwa
penghantaran memo PUM.
Ada sesiapa yg mempunyai artikel yg dimaksudkan menghina Islam itu?
Saya w/pun belum membacanya, yakin bhw kemungkinan terdpt penghinaan itu ,
disbbkan nama2 spt Kassim Ahmad dan SIS disebut di situ.
Cuma apa yg membuat kita terkejut ialah di kalangan NGO dan aktivis
masyarakat yg membantah penghantaran memo ramai drp mrk adalah di kalangan
BA.
Bagi saya, ini adalah satu contoh 'pertembungan' antara aliran Islam yg
dibawa oleh PAS dan aliran 'kebenaran & keadilan' yg dibawa oleh NGO2 itu.
Ini lagi satu cth bahawa penyokong2 PAS perlu membuka minda dan memikirkan
pendekatan baru utk membawa Islam di Msia ini.
Kita tidak hanya boleh melihat perlaksanaan Islam di Msia dari sudut
persepsi kita shj, ttp juga perlu peka terhadap perubahan2 dlm persekitaran.
WaLlahua'lam.
Wassalam.
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Hrkh) - "Supaya Islam menjadi relevan dan lebih
difahami, semua pihak mestilah mengambil bahagian dalam mendefinasikan
apakah maksud ajaran Islam kepada kita sebagai warga negara dalam masyarakat
berbilang kaum dan agama," menurut satu kenyataan akhbar bersama yang
ditandatangani oleh 26 Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan 26 personaliti.
Menurut kenyataan akhbar itu, dalam keadaan di mana agama Islam semakin
berpengaruh membentuk semula corak kehidupan dan masyarakat di Malaysia,
undang-undang serta polisi awamnya, usaha sebegini untuk menyisihkan mereka
yang berpandangan berbeza dan kritikal dalam perbahasan isu-isu mengenai
Islam di Malaysia pada hari ini, merupakan pencabulan hak-hak asasi warga
negara demokratik warga negara demokratik.
"Ia juga merupakan pencabulan terhadap prinsip yang dihargai dalam tradisi
Islam mengenai perbezaan pendapat (ikhtilaf) di kalangan pelbagai mazhab.
Mengkritik pandangan beberapa ulama tertentu bukannya bermakna tidak
menghormati para ulama."
Antara NGO-NGO yang menandatangani kenyataan akhbar tersebut adalah Sisters
In Islam (SIS), Amnesty International Malaysia, International Movement fora
Just World (JUST), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan Malaysian AIDS
Council.
Manakala antara individu yang mengendorsikan kenyataan tersebut adalah Datuk
Param Coomaraswamy, Lim Kit Siang, Professor Datuk Mohad Hamdan Adnan,
Professor Dr Muhammad Hisham Kamali dan Tan Sri Dato' Musa Hitam.
http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=371&mode=thread&order=0
_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "ibnu ramli" <[EMAIL PROTECTED]>