�ssalamu'alaikum,
Ini dia artikelnya, jelas sesat dan menyesatkan dan atas tugas menjaga
agama, ianya wajib dibanteras. Rasanya NGO yang membantah ni semuanya yang
tak islamik manakala yang menyokong memorandum pula adalah NGO yg faham
islam.
Wassalam.
-----Original Message-----
From: ibnu ramli [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Monday, February 25, 2002 4:15 AM
To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* Impak Penghantaran memorandum PUM
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~Salam.
Netters sekalian,
nampaknya tiada antara kita yg berminat nak ambil tahu ttg peristiwa
penghantaran memo PUM.
Ada sesiapa yg mempunyai artikel yg dimaksudkan menghina Islam itu?
Saya w/pun belum membacanya, yakin bhw kemungkinan terdpt penghinaan itu ,
disbbkan nama2 spt Kassim Ahmad dan SIS disebut di situ.
Cuma apa yg membuat kita terkejut ialah di kalangan NGO dan aktivis
masyarakat yg membantah penghantaran memo ramai drp mrk adalah di kalangan
BA.
Bagi saya, ini adalah satu contoh 'pertembungan' antara aliran Islam yg
dibawa oleh PAS dan aliran 'kebenaran & keadilan' yg dibawa oleh NGO2 itu.
Ini lagi satu cth bahawa penyokong2 PAS perlu membuka minda dan memikirkan
pendekatan baru utk membawa Islam di Msia ini.
Kita tidak hanya boleh melihat perlaksanaan Islam di Msia dari sudut
persepsi kita shj, ttp juga perlu peka terhadap perubahan2 dlm persekitaran.
WaLlahua'lam.
Wassalam.
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Hrkh) - "Supaya Islam menjadi relevan dan lebih
difahami, semua pihak mestilah mengambil bahagian dalam mendefinasikan
apakah maksud ajaran Islam kepada kita sebagai warga negara dalam masyarakat
berbilang kaum dan agama," menurut satu kenyataan akhbar bersama yang
ditandatangani oleh 26 Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan 26 personaliti.
Menurut kenyataan akhbar itu, dalam keadaan di mana agama Islam semakin
berpengaruh membentuk semula corak kehidupan dan masyarakat di Malaysia,
undang-undang serta polisi awamnya, usaha sebegini untuk menyisihkan mereka
yang berpandangan berbeza dan kritikal dalam perbahasan isu-isu mengenai
Islam di Malaysia pada hari ini, merupakan pencabulan hak-hak asasi warga
negara demokratik warga negara demokratik.
"Ia juga merupakan pencabulan terhadap prinsip yang dihargai dalam tradisi
Islam mengenai perbezaan pendapat (ikhtilaf) di kalangan pelbagai mazhab.
Mengkritik pandangan beberapa ulama tertentu bukannya bermakna tidak
menghormati para ulama."
Antara NGO-NGO yang menandatangani kenyataan akhbar tersebut adalah Sisters
In Islam (SIS), Amnesty International Malaysia, International Movement fora
Just World (JUST), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan Malaysian AIDS
Council.
Manakala antara individu yang mengendorsikan kenyataan tersebut adalah Datuk
Param Coomaraswamy, Lim Kit Siang, Professor Datuk Mohad Hamdan Adnan,
Professor Dr Muhammad Hisham Kamali dan Tan Sri Dato' Musa Hitam.
http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=371&mode=thread&order=0
_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "ibnu ramli" <[EMAIL PROTECTED]>
--- Begin Message ---
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KENYATAAN MEDIA
4 Februari 2002
PENYERAHAN SURAT ADUAN DAN TINDAKAN KEPADA PENGERUSI
MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU BERKAITAN PENULIS DAN INDIVIDU
YANG MENGHINA ISLAM DAN MENCERCA AYAT SUCI AL-QURAN
SERTA AL-HADITH.
Pada hari ini, 4 Februari 2002, Persatuan Ulama'
Malaysia (PUM), Persatuan Ulama' Kedah (PUK), Teras
Pengupayaan Melayu (TERAS) Jemaah Islah Malaysia
(JIM), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
(PKPIM), Iman International (IMAN), Majlis Persidangan
Mahasiswa Islam (MPMI) dan Persatuan Graduan Syariah
Malaysia akan menyerahkan satu surat makluman dan
aduan kepada Pengerusi Majlis Raja-Raja Melayu di
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu
berkaitan tindakan beberapa orang individu dan penulis
didalam akhbar di negara ini yang
secara jelas telah menghina Islam dan mencerca
ayat-ayat suci AI-Quran dan AI-Hadith.
Surat ini adalah suatu maklumat terperinci dan juga
tuntutan kepada Majlis Raja-Raja Melayu yang menjadi
Ketua bagi Agama Islam di setiap negeri supaya
mengambil perhatian dan tindakan yang sepatutnya
kepada beberapa penulls dan individu yang secara
berterusan menghina Islam dan mencerca ayat-ayat
AI-Quran dan AI-Hadith.
Beberapa orang penulis dan individu yang diyakini
telah cuba menulis atau membuat kenyataan secara
sedar, jelas dan berterusan dengan niat dan tindakan
untuk menghina Islam. Mereka ini cuba memberi gambaran
Islam yang salah dengan mengikut pandangan peribadi
mereka semata-mata tanpa dirujuk kepada asas-asas
kaedah dan disiplin ilmu pentafsiran AI-Quran dan
AI-Hadith yang betul dari persepakatan ulama' yang
mu'tabar (yang diterimapakai dan tidak dipertikai oich
seluruh ulama').
Kami membantah percubaan plhak-pihak tertentu yang
sewenang- wenangnya mahu menjadikan Islam dan
hukum-hukum syariat Islam sebagai suatu perdebatan
yang bebas mengikut sesuka hati sesiapa sahaja dan
mengenepikan asas-asas kaedah dan disiplin ilmu yang
betul dalam Islam.
Berbuat demikian bukan sahaja merosakkan imej dan
kesucian agama Islam, malah akan menimbulkan
kekeliruan yang merbahaya di kalangan masyarakat awam
khususnya masyarakat Islam di negara ini.
Kami berpendapat jika agama Islam dibiarkan didebat
secara bebas seperti yang ditulis oleh pihak-pihak
tertentu tanpa mengikut disiplin ilmu-llmu islain yang
betul maka kewibawaan seluruh intitusi-institusi Islam
di negara ini akan terdedah kepada cercaan dan
penghinaan.
Kami mendapati trend pihak-pihak tertentu yang terus
menyerang ulama' dalam tulisan-tulisan mereka di
negara ini secara menghina dan bladap tidak dapat kami
terima dan kami membantah sekeras-kerasnya.
Persoalannya kenapa ulama' menjadi sasaran serangan
yang berterusan oleh
pihak-pihak ini. Sememangnya ulama' tidak pernah
mendakwa diri mereka sebagal manusia sempurna. Namun
jika sekalipun pendapat ulama' mahu dikritik, kenapa
mereka perlu dihina dan dicerca dengan
mempermain-mainkan dan memperendah-rendahkan peribadi
mereka dengan kata-kata menghina seperti:
"turbans of the mufti are too tight", "men who dislike
shaving, bearded once" dan "ulama' brand of religion"
Berikut ialah antara kenyataan yang ditulis dan disiar
oleh penulis dan
badan-badan tersebut:
1.0 ISLAM BOLEH DITAFSIR OLEH SESIAPA SEKALIPUN TANPA
MENGIRA LATAR BELAKANGNYA.
1.1 "Islam bukanlah milik individu atau mana-mana
golongan yang mendakwa
mereka sebagai ulama . Oleh itu sebarang pentafsiran
terhadap sumber-sumber Islam seperti Al Quran bukanlah
milik para ulama semata-mata."
(Zainah Anwar , Pengarah Eksekutif Sisters in Islam :
Utusan Malaysia, 26 hb September 2000)
1.2 "Semua umat Islam perlu kembali kepada asas-asas
Islam dengan menolak tafsiran klasik (lama )yang telah
ketinggalan zaman……….
Kepada umat Islam kita menyeru supaya digerakkan
usaha-usaha membuat tafsiran Al Quran berdasarkan
kaedah saintifik."
(Kassim Ahmad, New Straits Times, 12 hb Oktober 2000)
2.0 MENGHINA RASULULLAH S.A.W.
2.1 "…the Prophet known to have had sexual
relations with 15
women, which included the concubine Rayhana who
remained non-Muslim all her life."
["Let Islam lead way with its progressive view on
sexuality" oleh Farish A. Noor (NST, 4 Nov 4 2000)]
2.2 "…the Prophet himself, in his specific
historical context, was a tribal leader, and so the
early oath of allegiance given to him were given as a
tribal rather than just a religious leader."
"……..Islam is a discourse and all
discourses are open, contested and plastic…..."
["Farish A Noor - Intellectual Provocateur" temubual
oleh Amir Muhammad ("The Edge" , 3 Dis 2001)]
2.3 "the Prophet was seen by early converts to Islam
as a tribal leader
and many of those who rallied to his banner did so
according to the logic of tribal loyalties."
["The Myth Surrounding the Islamic State" oleh Farish
A. Noor ( NST 1 hb
Disember 2001)
3.0 MENGHINA ULAMA DAN SUNNAH RASULLULAH S.A.W.
3.1 "Perhaps the turbans of the mufti are too tight
and therefore not
enough oxygen is getting into their brains.They are
not thinking straight. "
"From time to time the ulama do not fail to come out
with their totally
ridiculous and foolish pronouncements."
["Now the mufti blame Hindi films" Akbar Ali (The Sun,
21hb Februari 2001)]
3.2 "A religious issue is finally being discussed
freely by many
intelligent people and not just by men who dislike
shaving but are not
averse to wearing dresses…."
"There is also substantial discussion on this issue on
the Internet
which usually provides more challenging opinions than
what we will hear from the bearded ones in our
neighbourhood".
("Many Sides to tudung issue" oleh Akbar Ali - The
SUN, 12 April 2000)
4.0 MENAFIKAN HUKUM ISLAM MENGENAI MURTAD
4.1 "The Quran allows a person to become apostate
twice and then to
persist in his disbelief"
"No punishment of any sort at all is prescribed for
such a person other than the promise that God will
never forgive him nor guide him to the right path.This
is God's promise .It is his law."
(Death For Apostates Unjust oleh Akbar Ali - The SUN ,
14 hb Julai 1999)
4.2 "The few women who have spoken in support of
polygamy also seem to be strong supporters of the
ulama brand of religion……The ulama in
their efforts to confuse have come out with fancy
stories that a wife who consents for her husband to
take another wife is assured a place in paradise"
(Polygamy in Islam comes with a heavy responsibility -
Akbar Ali dalam The SUN 20/1/02)
5.0 MENAFIKAN HUKUM YANG TELAH JELAS DALAM AL-QURAN
5.1 "Therefore the question that should be addressed
in our society today is not whether poligamy should be
relegalised under the civil law for the non Muslims,
but whether it should still be continued under the
Islamic family law for the Muslims".
["Islam did not Invent or Encourage Polygamy", Sisters
in Islam, NST 10th January 2002]
5.2 " As for the number of wives allowed in polygamy ,
the Quran does not indicate a fixed maximum of
four.The phrase "two and three and four " is also
found in describing the wings of angels"
(Polygamy in Islam Comes ith a Heavy Responsibility -
Akbar Ali dalam The SUN
20/1/02)
6.0 ISLAM DIPERSOALKAN
Majlis Peguam dengan kerjasama Sisters in Islam dan
National Human Rights Society telah menganjurkan
Bengkel Festival Hak Asasi sempena Hari Hak Asasi
Sedunia pada 8 Disember 2001 di Kuala Lumpur. Suatu
rencana berjudul ISLAM THE GREAT DEBATE yang ditulis
oleh Sarah Sabaratnam dan Loretta Ann Soosayraj dalam
New Straits Times 11 Disember 2001 telah melaporkan
beberapa panelis jemputan memberi tanggapan negatif
terhadap sistem keadilan Islam. Antaranya:
Fatwa dianggap menyekat kebebasan individu dan
masyarakat
6.1 "…the right to privacy and freedom of choice
was seen to have been violated when the Johor State
Government issued a fatwa to compel all Muslim couples
intending to marry to go for HIV testing…"
6.2 "Islamic discourse is used to police and control
the community."
[Farish A Noor]
6.3 "He also said that 'public Islam' can erode
fundamental liberties, pointing to the case of a non
Muslim trader in Kelantan who lost his right to
livelihood when he was penalized for selling food to a
Muslim during Ramadhan."
[Malik Imtiaz Sarwar]
Menyatakan diri sebagai muslim atau bukan Muslim
dianggap suatu diskriminasi
6.4 "In major national exams such as the PMR, she
added, students have to indicate whether they are
Muslim or non Muslim. "And yet as many of us know,
Islam abhors the idea of assabiyah or ethnic and
nationalistic
differentiation."
[Dr Patricia Martinez]
6.5 "But when Sisters in Islam made its stand on
polygamy, Perlis Menteri Besar Datuk Seri Shahidan
Kassim in 1996 declared that they (SIS) were
questioning the word of God. ... Zainah Anwar,
executive Director of
Sisters in Islam, says that, because Islam shapes our
lives and govern us, it is too important to be left to
the legislators and ulama to define…"
[Zainah Anwar]
Adalah amat dikesalkan apabila semua pihak merasakan
mereka layak dan mampu untuk membicarakan soal Islam
terutama mengenai hukum-hukum syariat tetapi tidak
merujuk kepada kaedah-kaedah rumusan hukum yang benar
dalam disiplin ilmu Islam dalam membicarakan perkara
tersebut.
Umpamanya Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia
(HRC) Majlis Peguam
Malaysia, Cecil Rajendra telah mengedarkan surat
terbuka dalam Mesyuarat Agung Majlis Peguam itu pada
tahun 2001 yang telah mengkritik dan tidak mengakui
serta tidak mengiktiraf hak kebebasan beragama
sebagaimana termaktub dalam Artikel 11 Perlembagaan
Persekutuan. Sebaliknya beliau dan Jawatankuasa HRC
mendesak agar orang-orang Islam boleh keluar dari
Islam tanpa sebarang sekatan.
Tujuan surat terbuka ini diedar adalah untuk
meluluskan suatu usul dalam
Mesyuarat Agung Majlis Peguam itu bahawa Artikel 11
Perlembagaan Persekutuan adalah bertentangan dengan
Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia.
Oleh itu kami berpendapat telah wujud telah suatu
perancangan berniat serong dan seolah-olah ada suatu
usaha tersusun dari pihak-plhak tertentu untuk
menyerang Islam dan institusi ulama di negara ini.
Tindakan penghinaan kepada Islam dan mencerca
ayat-ayat suci Al-Quran dan Al-Hadith adalah
bertentangan dengan Enakmen-enakmen dan Akta Kesalahan
Jenayah Syariah Negeri-Negeri seperti yang yang
dinyatakan dalam seksyen 7 dan 8, Akta Kesalahan
Jenayah Syariah Kuala Lumpur 1997 yang memperuntukkan
bahawa sebarang penghinaan terhadap Islam atau
mempersendakan ayat suci al-Quran dan al-Hadith adalah
satu kesalahan dan jika disabitkan boleh didenda
sehingga RM5,000 dan dipenjara tidak melebihi 3 tahun
atau kedua-duanya. Kandungan yang sama juga termaktub
dalam Seksyen 7 dan 8 Enakmen Kesalahan Jenayah
Syariah Pulau Pinang 1996.
Persatuan Ulama' Kedah (PUK) juga telah membuat satu
laporan kepada Jabatan Agama Islam Selangor pada 26
April 2001 mengenai penghinaan Islam oleh seorang
penulis dalam akhbar The Sun yang bernama,.Akbar Ali
sebagaimana dilampirkan.
Namun sehingga kini kami belum mendapat sebarang
maklumbalas mengenai tindakan yang telah diambil
tentang laporan yang telah dibuat. Daripada maklumat
tidak rasmi yang diperolehi mengatakan bahawa laporan
ini telah ditutup tanpa diambil apa-apa tindakan yang
sewajarnya.
Kini beberapa individu dan juga Persatuan Ulama'
Malaysia (PUM) telah tampil membuat laporan penghinaan
terhadap ulama dan Islam oleh penulis Farish A. Noor.
Laporan telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu kepada
Jabatan Agama Islam Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak,
Negeri Sembilan, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
dan kami dimaklumkan tindakan untuk menyiasat dan
mendakwa pihak yang berkenaan masih belum dilakukan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Abu Umar <[EMAIL PROTECTED]>
--- End Message ---