*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
fwd-
JIHAD DAN PENGERTIANNYA YANG DIKABURI
Definisi Jihad
Di dalam Al-Quran terdapat 121 ayat yang menyentuh
persoalan memerangi orang kafir, perkataan-perkataan
Bahasa Arab mungkin membawa pelbagai makna, tetapi
dengan ketibaan ISLAM, beberapa perkataan Arab telah
dihadkan maknanya kepada satu istilah sahaja iaitu
istilah shari�ahnya.
Dalam istilah bahasa, jihad datangnya dari perkataan
�jahada� yang bermakna "menggunakan segala usaha
dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu".
Dengan istilah ini, kita mungkin berjihad ketika
belajar dengan menghadapi peperiksaan. Tetapi "Jihad"
dalam definisi shari�ah hanya boleh membawa satu makna
iaitu "menentang orang kafir di medan pertempuran dan
menghapuskan segala rintangan terhadap da�wah bagi
menjadikan kalimah Allah (Islam) itu tinggi
setinggi-tingginya".
Pengeruhan Maksud Jihad
Askar Daulah Islam, di waktu itu digeruni seluruh
dunia; setelah Daulah Islam diruntuhkan, kaum
orientalis telah berjaya untuk menanam pemikiran yang
karut untuk memastikan supaya umat Islam kekal lemah,
mereka berusaha dan berjaya untuk mengeruhkan beberapa
konsep ideologi Islam; salah satu daripada konsep yang
dikeruhi ialah konsep Jihad.
(a) Semasa Inggeris menjajah India (iaitu tanah Islam)
mereka telah mendatangkan kumpulan Qadiani, untuk
mengelirukan umat serta menghabiskan usaha serta masa
umat Islam; kumpulan ini menyarankan fahaman salah
bahawa �jihad telah dibatalkan�. Perlu dinyatakan di
sini bahawa pihak Inggeris memang takutkan kesanggupan
umat Islam di wilayah India untuk berjihad menentang
mereka sekiranya diarahkan oleh Khalifah di masa itu.
(b) Musuh-musuh Islam cuba juga untuk menanamkan
fahaman �jihad hanyalah untuk bertahan (defensive)�.
Antara Ulama-ulama yang menyarankan pendapat begini
pada masa itu ialah Muhammad Abduh dari Mesir.
Pendapat ini masih disarankan oleh mereka yang telah
patah semangat, dan cuba untuk menyesuaikan Islam
dengan keadaan serta fahaman-fahaman kufur dan thagut.
(c) Mereka cuba memberatkan jihad dari segi istilah
bahasa dan cuba mengelakkan dari istilah syari�ah.
Dengan itu, setiap kali jihad disebut, terus fahaman
yang diambil ialah �usaha sedaya upaya� dan ini
memadamkan api umat Islam untuk berjuang menegakkan
Islam.
(d) Fahaman jihad sengaja dialihkan kepada �jihad
menentang hawa nafsu, atau jihad menentang hasutan
syaitan�. Dalil yang mereka bawa ilah riwayat seorang
sahabat yang berbunyi: "Kami baru pulang dari suatu
jihad yang kecil kepada suatu jihad yang lebih besar."
Seorang sahabat yang lain bertanya: "Apakah jihad yang
lebih besar itu ?" Beliau menjawab, "Jihad menentang
hawa nafsu," (dipetik dari �Al-Asrar al Marfu�a�-Mulla
al Qari�)
(ibn Hajar) Al Asqalani (kurun ke-12) menyatakan
bahawa ini adalah kata-kata Ibrahim b. Abla (yakni
bukannya kata-kata Rasulullah saw) Hafiz Iraqi
menyatakan bahawa isnadnya daif (�Kanz Al Ummal� Bab
4, H.616) Ibn Taymiyyah menyatakan bahawa isnadnya
daif (�Al Furqan) Lain-lain ulama Islam termasuk
Qurtubi dan Suyuti menyatakan hadith ini daif.
Riwayat ini jelas bercanggah dengan ayat-ayat di dalam
Al Quran. Terdapat 121 ayat yang menyebut mengenai
jihad menentang orang kafir. Ramai ahli hadith
menggolongkan ianya sebagai hadith maudu�(palsu).
Masalahnya sekarang ada di antara cendekiawan kita
yang cuba menyarankan da�yah palsu orientalis. Sebagai
contoh: Cik Salina Haji Zainol dalam artikelnya
sepanjang 4 halaman bertajuk; Konsep Jihad Menurut
Islam di dalam majalah Visi (terbitan IKIM) keluaran
Januari-Mac 1995, telah menulis, "Adalah tidak tepat
jika jihad disamaertikan dengan perang". Seterusnya
artikel itu meneruskan proses mengeruhkan lagi erti
kata �jihad�, bila dinyatakan jihad dalam Islam
melingkungi jihad nafsu dan sebagainya.
(e) Jihad dari segi syari�ah terbahagi kepada dua
jenis : Jihad menyerang (offensive) ini didirikan oleh
Daulah Islam. Jihad mempertahankan (defensive)
dilakukan apabila uma/tanah Islam diserang oleh musuh
Islam (kafir).
I. Kedua-dua bentuk jihad adalah wajib, tetapi kini,
jihad yang pertama tidak didirikan. Musuh Islam tidak
henti-henti menyerang umat Muhammad saw dan dengan
kehilangan Daulah Islam, akibat mereka sibuk dengan
jihad yang kedua sahaja.; ini menghalang umat dari
memberi tumpuan kepada masalah dan wajib asasi iaitu
penegakkan keseluruhan Islam.
(g) Begitu juga berlakunya penyalahgunaan erti jihad
oleh
pihak �Gerakan Islam� yang menyatakan �jihad dalam
pilihanraya� ataupun jihad dalam sistem kufur
(demokrasi).
Penutup
Mengikut dalil ayat-ayat Al-Quran yang telah
dinyatakan dipermulaan artikel ini, jelaslah bahawa
jihad dalam islam tidak langsung menggambarkan
bentuk-bentuk jihad yang disebutkan di atas. Jika
bentuk-bentuk sebeginilah yang difahami sebagai jihad
maka sia-sialah segala pengorbanan Rasulullah dan para
sahabat yang disirami dengan titisan air mata dan
dibajai dengan darah dalam meninggikan kalimah
syahadah di bumi Allah ini. Sekiranya hawa nafsulah
yang dijihadkan maka adalah lebih baik Rasulullah
duduk diam sahaja di rumah dan mendidik hawa nafsunya
sahaja tanpa keluar berperang sehingga menumpahkan
darah. Amatlah menyedihkan sekiranya kita merasakan
diri kita sebagai golongan yang menyeru kepada Islam
tetapi pada waktu yang sama melaungkan fahaman jihad
yang begini; tanpa memahami dengan jelas konsep-konsep
Islam yang tulen.
Zubair Muhammad (via Hizbi-Net)
20 November 1998
1.49 a.m
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Everything you'll ever need on one web page
from News and Sport to Email and Music Charts
http://uk.my.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: =?iso-8859-1?q?hadi=20hadad?= <[EMAIL PROTECTED]>