Terima kasih kepada pemimpin umno kerana berjaya mengayakan mereka-mereka ini!!!
 
Tetapi!!! Wakil MCA, MIC ada, mana wakil umno???
 

5 warga Malaysia terkaya dalam senarai Forbes

SINGAPURA 28 Feb. - Tahun lepas mungkin merupakan tahun yang sukar tetapi bilangan rakyat Malaysia yang berjaya memasuki senarai terbaru bilionaire Forbes telah meningkat kepada lima daripada empat pada tahun 2001 sungguhpun bilangan orang-orang terkaya dunia telah merosot daripada 538 kepada 497.

Mengatasi senarai Malaysia sekali lagi ialah Robert Kuok dengan kekayaan sebanyak AS$4.1 bilion (AS$1 = RM3.8), naik daripada AS$3.7 bilion tahun lepas.

Hartawan berusia 79 tahun itu, yang berpangkalan di Hong Kong, yang memulakan hari-hari awalnya menjual gula sehingga beliau digelar `Raja Gula' kini menguasai sebuah empayar perniagaan yang berbagai-bagai.

Empat rakyat Malaysia lain ialah pemilik pusat perjudian Lim Goh Tong, 84, yang kekayaannya diletakkan sebanyak AS$2 bilion, saudagar perbankan Quek Leng Chan, 61, AS$1.7 bilion, pemilik syarikat telekomunikasi Ananda Krishnan, 63, AS$1.3 billion dan saudagar pembinaan Yeoh Tiong Lay, 72, AS$1 billion.

Kekayaan Kuok meletakkan beliau pada nombor 84 dalam senarai dunia, naik daripada kedudukan ke 109 pada 2001, dan yang terkaya di Asia Tenggara yang mempunyai sejumlah 17 bilionaire termasuk lima di Singapura, empat di Filipina, dua di Thailand dan seorang di Indonesia.

Terkeluar daripada senarai majalah perniagaan dunia itu hari ini ialah saudagar balak Malaysia Tiong Hiew King yang berkedudukan sejajar dengan Kuok, Quek dan Krishnan tahun lalu.

Forbes Global berkata bahawa nilai bersih orang-orang terkaya di dunia, daripada 43 buah negara, telah merosot daripada AS$1.73 trilion kepada AS$1.54 trilion.

Walaupun bilangan mereka telah jatuh daripada 272 kepada 243, bilionaire-bilionaire Amerika terus menguasai senarai itu dengan pengasas Microsoft Bill Gates masih berada di tempat teratas dengan AS$52.8 bilion.

Asia mempunyai 70 bilionaire dengan nama terkenal Li Ka Shing di tempat teratas dengan AS$10 bilion menjadikannya yang ke-23 terkaya di dunia.

Sepertiga daripada 15 nama daripada senarai bilionaire Asia adalah dari Jepun. Orang Jepun yang terkaya ialah pembuat minuman Nobutada Saji yang memiliki AS$8.6 bilion. - Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2002&dt=0301&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_02.htm


_____________________________________________________________________
Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary information. If you are not the intended recipient,
kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action.

This message has been checked for all known viruses by the
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp

Kirim email ke