*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikom !!
Maaf mencelah sikit.
Bercakap soal adat, harus terlebih dahulu mengenal persoalan adat. Yang mana
dikatakan adat istiadat, adat yang teradat, adat yang bersendi hukum
berlandaskan syarak.
Jangan sembrono mengambil faham sendiri kalau tak mengetahui maksud sebenar
persoalan adat dan falsafah pepatah " Biar mati anak jangan mati adat..".
Sayang seribu kali sayang, ada orang masih buta dan bebal tentang bahasa dan
budaya ibundanya sendiri. Mengambil pemahaman sendiri lalu dijatuhkan hukum
terhadap masyarakat yang mengamalkan pepatah " Biar mati anak jangan mati
adat.." tersebut. Wajarkah! Matangkah orang sebegini! Apa pula hukumnya bagi
orang sebegini yang telah memesongkan pemikiran, pendirian, pandangan, sikap
dan perspektif terhadap masyarakat pengamal adat. Menuduh mereka lebih
mementingkan adat daripada menyayangi anak sendiri. Apa akan jadi pada
setiap individu yang dipesongkan pemahamannya ? Siapa nak bertanggungjawab ?

Pepatah tersebut timbul dan diamalkan oleh masyarakat pengamal adat
terutamanya masyarakat di Negeri Sembilan dan masyarakat Minangkabau
khususnya. ADAT sebenarnya adalah satu bentuk peraturan, hukum,
undang-undang masyarakat, panduan hidup masyarakat tersebut. Dari situ juga
timbul pepatah " Bulat air dek pembetung, bulat kata dek muafakat.."
ADAT sebenarnya telah sedia wujud sebelum kedatangan agama Islam ke
Nusantara ini. ADAT telah diguna pakai sebagai panduan hidup sebelum
kedatangan Islam lagi. Pepatah " Biar mati anak jangan mati adat.." ada
peristiwanya. Kejadian berlaku dalam masyarakat adat tatkala seorang pemuda
telah melakukan jenayah rogol dan membunuh lalu ditangkap, dihadapkan dan
dibicarakan ke lembaga adat yang diketuai oleh bapak lembaga adat. Pemuda
tadi yang telah membawa petaka dan mendatangkan malu kepada masyarakat dan
keluarga didapati bersalah lalu dijatuhkan hukuman bunuh. Demi memelihara
keharmonian masyarakat dan menegakkan hukum hidup(adat), keluarga pemuda
tersebut lebih rela anaknya mati daripada membiarkan dia lepas bebas membuat
maksiat dan jenayah. Dengan ertikata lain " Biarlah mati anak yang mungkar
tak apa, asalkan terpelihara agama( adat - ketika tu belum ada Islam) dan
tertegaknya syarak. Begitu kesimpulannya. Bukannya kerana sayang adat nikah
kahwin maka mereka sanggup membiar anak mati. Bodoh betul !! 

> -----Original Message-----
> From: apa nama [SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
> Sent: Saturday, March 09, 2002 10:56 AM
> To:   [EMAIL PROTECTED]
> Subject:      Re: H-Net* Adat Bersanding !!
> 
> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamualaikum,
> 
> Bukan senang nak robah adat. Ada orang sanggup
> mati anak jangan mati adat. 
> 
> Oleh kerana susahnya, maka kalau nak sanding,
> sandinglah, tapi dalam bilik untuk ahli
> keluarga saja, dengan hukum-hakam dijaga.
> Ini, cakap memang mudah. Perlaksanaannya 
> near impossible. 
> 
> Yang lebih mudah, cari pasangan yang sekepala.
> Dimana2 dua2 keluarga memang tak mahu sanding2.
> Ini pun cakap amat mudah. Jodoh pertemuan
> tak boleh dirancang2.
> 
> Ada satu kes dimana si teruna berjaya memujuk
> mertua supaya tak payah buat pelamin. Mertua
> setuju, tapi nak juga ambik gambar untuk
> anak cucu tengok - so buat dalam bilik. Ramai
> lah yang terjenguk2 dari pintu dan tingkap.
> Selesai satu masalah, timbul satu lagi. Abang
> sigadis ahli kumpulan rock - nak jugak main
> band, sebab adat kampung tu memeng ada band
> semasa orang kawin. Kalau tak bagi main, abang
> sigadis boikot taknak tolong majlis tu. Dah
> menangis mak mertua. Last2 persetujuan dibuat,
> nak main band mainlah, tapi tunggu rombongan
> pengantin lelaki balik dulu. Malangnya, masa
> dok tengah santap, depa terus kreng kreng
> kreng ditengah hari buta tu dan juga sampai 
> kemalam buta. Dalam kes sebegini, apa siteruna
> boleh buat. Pilih ajelah yang lebih kurang
> mudaratnya.
> 
> Mungin jenerasi pengantin tu nanti, baru
> boleh dihentikan. Itupun bergantung kepada
> generasi belah satu lagi. 
> 
> --------------
> 
> From: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>
> To: khaulah abdullah <[EMAIL PROTECTED]>; awe din <[EMAIL PROTECTED]>;
> <[EMAIL PROTECTED]>
> Cc: <[EMAIL PROTECTED]>
> Sent: Friday, March 08, 2002 2:56 PM
> Subject: Re: H-Net* Adat Bersanding !!
> 
> > Isu bersanding ni isu lama, dah jenuh dah
> > alim ulama nak perbetulkan sikap orang
> > melayu kita. Kalau tak paham-paham jugak 
> > tak tahulah lagi nak buat macam mana. Sedih
> > mengenangkan kejahilan masyarakat kita
> > hari ni.
> 
> -- 
> 
> _______________________________________________
> Sign-up for your own FREE Personalized E-mail at Mail.com
> http://www.mail.com/?sr=signup
> 
> Travelocity.com is giving away two million travel miles.
> http://ad.doubleclick.net/clk;3969773;6991039;g?http://svc.travelocity.com
> /promos/millionmiles_main/0,,TRAVELOCITY,00.html
> 
> 
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: "apa nama" <[EMAIL PROTECTED]>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "ABDUL GHANI, Zailani" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke