*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Ada orang melenting. Walhal tak disebutkan
pun adat pepatih, seperti pembahagian pesaka,
dll. 

Sekarang siapa yang betul2 bodoh?


----- Original Message -----
From: "ABDUL GHANI, Zailani" <[EMAIL PROTECTED]>
Date: Tue, 12 Mar 2002 11:21:27 +0800
To: apa nama <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
Subject: RE: H-Net* Adat Bersanding !!


> Assalamualaikom !!
> Maaf mencelah sikit.
> Bercakap soal adat, harus terlebih dahulu mengenal persoalan adat. Yang mana
> dikatakan adat istiadat, adat yang teradat, adat yang bersendi hukum
> berlandaskan syarak.
> Jangan sembrono mengambil faham sendiri kalau tak mengetahui maksud sebenar
> persoalan adat dan falsafah pepatah " Biar mati anak jangan mati adat..".
> Sayang seribu kali sayang, ada orang masih buta dan bebal tentang bahasa dan
> budaya ibundanya sendiri. Mengambil pemahaman sendiri lalu dijatuhkan hukum
> terhadap masyarakat yang mengamalkan pepatah " Biar mati anak jangan mati
> adat.." tersebut. Wajarkah! Matangkah orang sebegini! Apa pula hukumnya bagi
> orang sebegini yang telah memesongkan pemikiran, pendirian, pandangan, sikap
> dan perspektif terhadap masyarakat pengamal adat. Menuduh mereka lebih
> mementingkan adat daripada menyayangi anak sendiri. Apa akan jadi pada
> setiap individu yang dipesongkan pemahamannya ? Siapa nak bertanggungjawab ?
> 
> Pepatah tersebut timbul dan diamalkan oleh masyarakat pengamal adat
> terutamanya masyarakat di Negeri Sembilan dan masyarakat Minangkabau
> khususnya. ADAT sebenarnya adalah satu bentuk peraturan, hukum,
> undang-undang masyarakat, panduan hidup masyarakat tersebut. Dari situ juga
> timbul pepatah " Bulat air dek pembetung, bulat kata dek muafakat.."
> ADAT sebenarnya telah sedia wujud sebelum kedatangan agama Islam ke
> Nusantara ini. ADAT telah diguna pakai sebagai panduan hidup sebelum
> kedatangan Islam lagi. Pepatah " Biar mati anak jangan mati adat.." ada
> peristiwanya. Kejadian berlaku dalam masyarakat adat tatkala seorang pemuda
> telah melakukan jenayah rogol dan membunuh lalu ditangkap, dihadapkan dan
> dibicarakan ke lembaga adat yang diketuai oleh bapak lembaga adat. Pemuda
> tadi yang telah membawa petaka dan mendatangkan malu kepada masyarakat dan
> keluarga didapati bersalah lalu dijatuhkan hukuman bunuh. Demi memelihara
> keharmonian masyarakat dan menegakkan hukum hidup(adat), keluarga pemuda
> tersebut lebih rela anaknya mati daripada membiarkan dia lepas bebas membuat
> maksiat dan jenayah. Dengan ertikata lain " Biarlah mati anak yang mungkar
> tak apa, asalkan terpelihara agama( adat - ketika tu belum ada Islam) dan
> tertegaknya syarak. Begitu kesimpulannya. Bukannya kerana sayang adat nikah
> kahwin maka mereka sanggup membiar anak mati. Bodoh betul !! 
> 
> > -----Original Message-----
> > From:       apa nama [SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
> > Sent:       Saturday, March 09, 2002 10:56 AM
> > To: [EMAIL PROTECTED]
> > Subject:    Re: H-Net* Adat Bersanding !!
> > 
> > 
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > Assalamualaikum,
> > 
> > Bukan senang nak robah adat. Ada orang sanggup
> > mati anak jangan mati adat. 
> > 
> > Oleh kerana susahnya, maka kalau nak sanding,
> > sandinglah, tapi dalam bilik untuk ahli
> > keluarga saja, dengan hukum-hakam dijaga.
> > Ini, cakap memang mudah. Perlaksanaannya 
> > near impossible. 
> > 
> > Yang lebih mudah, cari pasangan yang sekepala.
> > Dimana2 dua2 keluarga memang tak mahu sanding2.
> > Ini pun cakap amat mudah. Jodoh pertemuan
> > tak boleh dirancang2.
> > 
> > Ada satu kes dimana si teruna berjaya memujuk
> > mertua supaya tak payah buat pelamin. Mertua
> > setuju, tapi nak juga ambik gambar untuk
> > anak cucu tengok - so buat dalam bilik. Ramai
> > lah yang terjenguk2 dari pintu dan tingkap.
> > Selesai satu masalah, timbul satu lagi. Abang
> > sigadis ahli kumpulan rock - nak jugak main
> > band, sebab adat kampung tu memeng ada band
> > semasa orang kawin. Kalau tak bagi main, abang
> > sigadis boikot taknak tolong majlis tu. Dah
> > menangis mak mertua. Last2 persetujuan dibuat,
> > nak main band mainlah, tapi tunggu rombongan
> > pengantin lelaki balik dulu. Malangnya, masa
> > dok tengah santap, depa terus kreng kreng
> > kreng ditengah hari buta tu dan juga sampai 
> > kemalam buta. Dalam kes sebegini, apa siteruna
> > boleh buat. Pilih ajelah yang lebih kurang
> > mudaratnya.
> > 
> > Mungin jenerasi pengantin tu nanti, baru
> > boleh dihentikan. Itupun bergantung kepada
> > generasi belah satu lagi. 
> > 
> > --------------
> > 
> > From: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>
> > To: khaulah abdullah <[EMAIL PROTECTED]>; awe din <[EMAIL PROTECTED]>;
> > <[EMAIL PROTECTED]>
> > Cc: <[EMAIL PROTECTED]>
> > Sent: Friday, March 08, 2002 2:56 PM
> > Subject: Re: H-Net* Adat Bersanding !!
> > 
> > > Isu bersanding ni isu lama, dah jenuh dah
> > > alim ulama nak perbetulkan sikap orang
> > > melayu kita. Kalau tak paham-paham jugak 
> > > tak tahulah lagi nak buat macam mana. Sedih
> > > mengenangkan kejahilan masyarakat kita
> > > hari ni.
> > 
> > -- 
> > 
> > _______________________________________________
> > Sign-up for your own FREE Personalized E-mail at Mail.com
> > http://www.mail.com/?sr=signup
> > 
> > Travelocity.com is giving away two million travel miles.
> > http://ad.doubleclick.net/clk;3969773;6991039;g?http://svc.travelocity.com
> > /promos/millionmiles_main/0,,TRAVELOCITY,00.html
> > 
> > 
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > 
> > Pengirim: "apa nama" <[EMAIL PROTECTED]>
> 

-- 

_______________________________________________
Sign-up for your own FREE Personalized E-mail at Mail.com
http://www.mail.com/?sr=signup

Travelocity.com is giving away two million travel miles.
http://ad.doubleclick.net/clk;3969773;6991039;g?http://svc.travelocity.com/promos/millionmiles_main/0,,TRAVELOCITY,00.html


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "apa nama" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke