*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

----- Original Message -----
From: Zuharman Mohamed
Sent: Tuesday, March 12, 2002 2:05 PM
Subject: [Relexjap] Muharam Menjelang Lagi ..<bA>


> Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau
> lebih dikenali dengan nama Hari Asyura'. Pada hari tersebut kita
disunatkan
> berpuasa. Malah dalam mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan
> Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum
> difardhukan puasa bulan Ramadhan.
>
> Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka
> bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh
> dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
>
> Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram
> kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan
> juga daripada buruan Firaun.
>
> KELEBIHAN
>
> Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan
> dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.
>
> BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI
>
> Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan
> umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa
orang
> Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith
> riwayat Muslim dan Abu Daud.
>
> Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga
> digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.
>
> SEJARAH 10 MUHARRAM
>
> Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada
> tarikh tersebut:
>
> (1)    Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
> (2)    Diterima taubat Nabi Adam a.s.
> (3)    Dicipta Adam a.s.
> (4)    Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
> (5)    Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
> (6)    Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
> (7)    Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
> (8)    Selamat Musa dan pengikutnya.
> (9)    Lemas Firaun.
> (10)    Dilahirkan Nabi Isa a.s.
> (11)    Diangkat Nabi Isa kelangit.
> (12)    Diangkat Nabi Idris ke langit.
> (13)    Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
> (14)    Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
> (15)    Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
> (16)    Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
> (17)    Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
> (18)    Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
> (19)    Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.
>
> Wallahu A'lam.



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "susi" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke