*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Polis Lepas Tembakan Lerai Pergaduhan Mesyuarat UMNO
Cawangan
  
   MARANG, 16 Mac (Bernama) -- Polis terpaksa
melepaskan dua das tembakan amaran bagi menyuraikan
pergaduhan yang berlaku pada mesyuarat Umno cawangan
Pulau Kerengga di sini Jumaat petang. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP Wan
Mohamad Wan Abdullah berkata anggota polis berpangkat
lans koperal dari Ibu Pejabat Polis Daerah Marang itu
melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri apabila
diserang sekumpulan lima lelaki ketika cuba
menyuraikan pergaduhan pada mesyuarat itu.

Ketika dihubungi di sini Sabtu beliau berkata kejadian
berlaku pada pukul 3.15 petang semalam apabila
sekumpulan lelaki menyerang lima anggota polis,
termasuk tiga yang berpakaian preman, yang bertugas
mengawal keadaan pada mesyuarat di Sekolah Kebangsaan
Pulau Kerengga itu.

Wan Mohamad berkata berikutan kejadian itu, polis
menahan enam lelaki berumur antara 20 dan 60 tahun
untuk siasatan dan kesemua mereka dibebaskan selepas
polis mengambil kenyataan daripada mereka.

Beliau berkata polis masih mengesan beberapa orang
lagi untuk disoal siasat.

Menurut beliau, dua kumpulan pada mulanya bergaduh
ketika mesyuarat berlangsung dan polis yang cuba
menyuraikan pergaduhan itu sebaliknya diserang mereka
termasuk menggunakan kerusi.

Difahamkan kejadian berlaku berikutan rasa tidak puas
hati sekumpulan lelaki dengan keputusan Umno Bahagian
Marang membatalkan mesyuarat cawangan itu yang
diadakan pada 8 Mac lepas.

Keputusan itu diambil kerana Umno Cawangan berkenaan
menetapkan tarikh dan tempat persidangan tanpa melalui
mesyuarat jawatankuasa terlebih dahulu.

Setiausaha Umno Bahagian Marang, Alias Abdullah
berkata keputusan bahagian supaya persidangan 8 Mac
ditangguhkan bagaimanapun tidak dihiraukan ketua
cawangan itu dan meneruskan mesyuarat di sebuah rumah
anggota Umno di kawasan itu.

Pergerakan Pemuda dan Wanita cawangan turut
mengeluarkan usul tergempar, tidak berpuashati dengan
penetapan tarikh dan tempat mesyuarat itu.

Selepas mengadakan pertemuan dengan jawatankuasa
cawangan, satu tarikh baru ditetapkan iaitu semalam di
Sekolah Kebangsaan Pulau Kerengga, katanya.

Alias berkata kekecohan bermula apabila sekumpulan
lelaki cuba menggagalkan mesyuarat cawangan itu
semalam dengan merampas pembesar suara daripada
pengerusi majlis sehingga menimbulkan ketegangan.

"Berikutan itu berlaku pergaduhan sehingga anggota
polis yang bertugas terpaksa campurtangan untuk
meleraikan keadaan," katanya.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri,
Datuk Idris Jusoh ketika dihubungi berkata pergaduhan
itu tidak sepatutnya berlaku kerana persidangan Umno
sepatutnya berlangsung dalam keadaan harmoni.

"Saya kesal di atas kejadian yang boleh menjatuhkan
imej parti itu," katanya.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Ismail
Said berkata beliau telah meminta Ketua Umno Bahagian
Marang, Datuk Muda Mamat menyerahkan laporan berhubung
kejadian itu.

Kejadian itu mungkin dibincangkan dalam mesyuarat
perhubungan yang dipengerusikan Timbalan Perdana
Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Isnin ini, katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang DSP A.

Wahab Syed Majid berkata polis menerima dua laporan
mengenai kejadian itu dipercayai dari kumpulan
berlainan.

-- BERNAMA

 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Sports - live college hoops coverage
http://sports.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke