*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Agak-agaknya kalau kejadiannya berlaku dimesyuarat pembangkang, mesti the 
medias and the ministers would have a field day, saying,
1) Ahli-ahli pembangkang menyerang polis, ini mesti terpengaruh dengan 
ajaran islam yang salah.
2) Ni la kerja pembangkang, negara aman, dia pi serang polis, mereka ni, apa 
nama , musti dari pihak KMM.

3) eeetu orang suda serang polis, sebab itu kita keeena serang mereka balik


>From: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Polis Lepas Tembakan Lerai Pergaduhan Mesyuarat UMNO 
>Cawangan
>Date: Sat, 16 Mar 2002 06:39:53 -0800 (PST)
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Polis Lepas Tembakan Lerai Pergaduhan Mesyuarat UMNO
>Cawangan
>
>    MARANG, 16 Mac (Bernama) -- Polis terpaksa
>melepaskan dua das tembakan amaran bagi menyuraikan
>pergaduhan yang berlaku pada mesyuarat Umno cawangan
>Pulau Kerengga di sini Jumaat petang.
>
>Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP Wan
>Mohamad Wan Abdullah berkata anggota polis berpangkat
>lans koperal dari Ibu Pejabat Polis Daerah Marang itu
>melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri apabila
>diserang sekumpulan lima lelaki ketika cuba
>menyuraikan pergaduhan pada mesyuarat itu.
>
>Ketika dihubungi di sini Sabtu beliau berkata kejadian
>berlaku pada pukul 3.15 petang semalam apabila
>sekumpulan lelaki menyerang lima anggota polis,
>termasuk tiga yang berpakaian preman, yang bertugas
>mengawal keadaan pada mesyuarat di Sekolah Kebangsaan
>Pulau Kerengga itu.
>
>Wan Mohamad berkata berikutan kejadian itu, polis
>menahan enam lelaki berumur antara 20 dan 60 tahun
>untuk siasatan dan kesemua mereka dibebaskan selepas
>polis mengambil kenyataan daripada mereka.
>
>Beliau berkata polis masih mengesan beberapa orang
>lagi untuk disoal siasat.
>
>Menurut beliau, dua kumpulan pada mulanya bergaduh
>ketika mesyuarat berlangsung dan polis yang cuba
>menyuraikan pergaduhan itu sebaliknya diserang mereka
>termasuk menggunakan kerusi.
>
>Difahamkan kejadian berlaku berikutan rasa tidak puas
>hati sekumpulan lelaki dengan keputusan Umno Bahagian
>Marang membatalkan mesyuarat cawangan itu yang
>diadakan pada 8 Mac lepas.
>
>Keputusan itu diambil kerana Umno Cawangan berkenaan
>menetapkan tarikh dan tempat persidangan tanpa melalui
>mesyuarat jawatankuasa terlebih dahulu.
>
>Setiausaha Umno Bahagian Marang, Alias Abdullah
>berkata keputusan bahagian supaya persidangan 8 Mac
>ditangguhkan bagaimanapun tidak dihiraukan ketua
>cawangan itu dan meneruskan mesyuarat di sebuah rumah
>anggota Umno di kawasan itu.
>
>Pergerakan Pemuda dan Wanita cawangan turut
>mengeluarkan usul tergempar, tidak berpuashati dengan
>penetapan tarikh dan tempat mesyuarat itu.
>
>Selepas mengadakan pertemuan dengan jawatankuasa
>cawangan, satu tarikh baru ditetapkan iaitu semalam di
>Sekolah Kebangsaan Pulau Kerengga, katanya.
>
>Alias berkata kekecohan bermula apabila sekumpulan
>lelaki cuba menggagalkan mesyuarat cawangan itu
>semalam dengan merampas pembesar suara daripada
>pengerusi majlis sehingga menimbulkan ketegangan.
>
>"Berikutan itu berlaku pergaduhan sehingga anggota
>polis yang bertugas terpaksa campurtangan untuk
>meleraikan keadaan," katanya.
>
>Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri,
>Datuk Idris Jusoh ketika dihubungi berkata pergaduhan
>itu tidak sepatutnya berlaku kerana persidangan Umno
>sepatutnya berlangsung dalam keadaan harmoni.
>
>"Saya kesal di atas kejadian yang boleh menjatuhkan
>imej parti itu," katanya.
>
>Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Ismail
>Said berkata beliau telah meminta Ketua Umno Bahagian
>Marang, Datuk Muda Mamat menyerahkan laporan berhubung
>kejadian itu.
>
>Kejadian itu mungkin dibincangkan dalam mesyuarat
>perhubungan yang dipengerusikan Timbalan Perdana
>Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri
>Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Isnin ini, katanya.
>
>Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang DSP A.
>
>Wahab Syed Majid berkata polis menerima dua laporan
>mengenai kejadian itu dipercayai dari kumpulan
>berlainan.
>
>-- BERNAMA
>
>
>
>
>__________________________________________________
>Do You Yahoo!?
>Yahoo! Sports - live college hoops coverage
>http://sports.yahoo.com/
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>




Zainol Zainuddin


_________________________________________________________________
MSN Photos is the easiest way to share and print your photos: 
http://photos.msn.com/support/worldwide.aspx


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Zainol Zainuddin" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke