|
Tabung haji
oh tabung ku....
******************************
Tabung Haji beri
kroni-kroni BN pinjaman tanpa cagaran.
|
Assalamualaikum wm wbt.
Pengurus-pengurus Tabung Haji pasti tidak akan berani menafikan bahawa
antara sebab utama institusi tersebut hampir bankrupt adalah pemberian
pinjaman kepada kroni-kroni UMNO-BN yang tidak dibayar balik. Pemberian
pinjaman ini yang berjumlah berbillion ringgit diberi kepada kroni-kroni
tanpa collateral (cagaran) terutamanya semasa ipar Dr Mahathir menjadi
orang nombor satu Tabung Haji.
Apa buktinya? Ini dia satu dari berpuluh bukti. Siapa tak kenal Tan Sri
Francis Yeoh, Syarikat YTL yang digelar sekarang ini “Mayor of KL”.
Francis Yeoh telah diberi pinjaman lebih RM200 juta ringgit tanpa
collateral (cagaran) untuk projek power station di Terengganu.
Pinjaman kepada Francis Yeoh tersebut diluluskan dan dibayar dalam masa
seminggu dengan hanya bersandarkan catitan bertulis tangan - “Diluluskan”
– oleh Dr Mahathir.
YB Parit Sulong, Ruhanie semasa beliau ketua back-bencher UMNO ( dengan
sokongan Anwar Ibrahim) telah membangkitkan isu ini di Parlimen. Dengan
pantas Francis Yeoh diarah oleh regu Mahathir – Daim untuk memberi Tabung
Haji sedikit saham dalam projek power station tersebut untuk menepis
kritikan. |
|