Assalamualaikum,
Pada pandangan saya lebih baik keluarkan dari Tabung Haji
dan simpan di BIMB buat masa ini hingga keadaan betul2 OK,
atau simpan di TH bila nak menunaikan fardu Haji saja.
Apa kata sahabat2 sekelian?. 
----- Original Message -----
From: abumuaz
Sent: Wednesday, January 16, 2002 6:08 AM
Subject: H-Net* Kroni juge

 

Tabung haji oh tabung ku....

******************************

Tabung Haji beri kroni-kroni BN pinjaman tanpa cagaran.

Assalamualaikum wm wbt.

Pengurus-pengurus Tabung Haji pasti tidak akan berani menafikan bahawa antara sebab utama institusi tersebut hampir bankrupt adalah pemberian pinjaman kepada kroni-kroni UMNO-BN yang tidak dibayar balik. Pemberian pinjaman ini yang berjumlah berbillion ringgit diberi kepada kroni-kroni tanpa collateral (cagaran) terutamanya semasa ipar Dr Mahathir menjadi orang nombor satu Tabung Haji.

Apa buktinya? Ini dia satu dari berpuluh bukti. Siapa tak kenal Tan Sri Francis Yeoh, Syarikat YTL yang digelar sekarang ini “Mayor of KL”. Francis Yeoh telah diberi pinjaman lebih RM200 juta ringgit tanpa collateral (cagaran) untuk projek power station di Terengganu.

Pinjaman kepada Francis Yeoh tersebut diluluskan dan dibayar dalam masa seminggu dengan hanya bersandarkan catitan bertulis tangan - “Diluluskan” – oleh Dr Mahathir.

YB Parit Sulong, Ruhanie semasa beliau ketua back-bencher UMNO ( dengan sokongan Anwar Ibrahim) telah membangkitkan isu ini di Parlimen. Dengan pantas Francis Yeoh diarah oleh regu Mahathir – Daim untuk memberi Tabung Haji sedikit saham dalam projek power station tersebut untuk menepis kritikan.

Kirim email ke