*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kalau orang panggil barua dia orang marah.
Tapi memang barua pun....
Khabarnya ketua depa cedera dibelasah, KONON
nya oleh penyokong Pas. Mungkin juga belasah
diri sendiri, sapatau....
------------
From: Kuniq Bendang Perdang <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Monday, March 25, 2002 11:15 AM
Subject: H-Net* 14 orang ditahan reman
> Senai, Johor. Ahad, 24 Mac 2002 - 14 orang telah
> ditahan reman selama 3 hari malam tadi kerana
> dikatakan mengadakan ceramah politik di Kawasan Senai.
> Antara mereka yang ditahan ialah Ketua DPPNJ (Dewan
> Pemuda PAS Negeri Johor), Ketua Penerangan DPPNJ,
> Ketua DPP Kawasan Senai dan YDP Kawasan Senai. Mereka
> juga dibimbangi akan ditahan dibawah Akta Keselamatan
> Dalam Negeri (ISA).
>
> DPPNJ dengan ini menyeru seluruh umat Islam untuk
> mengadakan Solat hajat secara beramai-ramai atau
> individu di mana-mana mereka berada bagi mendoakan
> keselamatan mereka yang ditahan agar terlepas dari
> hukuman yang zalim itu.
>
> Sekretariat DPPNJ.
>
> * Maklumat lanjut sila hubungi :
>
> 07-4333269 (Pejabat Pentadbiran DPPNJ) atau
> 013-7490910 (S/U DPPNJ).
>
>
>
> Kronologi peristiwa pencerobohan Polis ke dalam PASTI
> Taman Senai Utama Kerana Ceramah Peristiwa Memali
> Bersama Sdr. Yusof Hussin, Pembantu Assyahid Ibrahim
> Libya.. Sumber dari sahabat kita di UTM
>
> Tarikh : 23 Mac 2002
>
> Seluruh jalan masuk utama ke Taman Senai Utama telah
> diadakan sekatan jalan raya oleh pasukan anggota POLIS
> sejak dari pukul 7.00 petang. Sekumpulan anggota polis
> lengkap berpakaaian seragam lebih kurang 300 orang
> mengepung kawasan PASTI sejak pukul 9.00 malam bersama
> dengan sebuah water cannon, 3 buah trak, 2 buah jip, 4
> buah peronda, 2 buah van dan 3 buah motor trafik
>
> Kira-kira Jam 9.30 malam pengerusi dan petugas meminta
> semua hadirin memenuhi kawasan PASTI untuk memulakan
> Majlis. Setelah semua hadirin memasuki kawasan PASTI,
> petugas mengunci pintu pagar dengan menggunakan rantai
> dan mangga.
>
> Kira-kira jam 10.15 malam, Pengerusi memulakan majlis
> dengan bacaan Al-Fatihah diikuti dengan selawat serta
> kutipan derma jihad. Pihak POLIS memberi amaran sebaik
> sahaja majlis dimulakan. Setelah 5 minit pengerusi
> berucap pihak POLIS yang di ketuai oleh Timbalan Ketua
> Polis Negeri Johor, Encik Abu Bakar Said mula cuba
> merempuh masuk ke kawasan PASTI.. Sdr. Aminuddin Ayob
> cuba untuk membuat perundingan dengan pihak POLIS
> tetapi gagal dan beliau telah ditahan.
>
> Sebaik sahaja selawat untuk kutipan derma selesai
> dialunkan POLIS telah mengunting dan memutuskan rantai
> pintu pagar kawasan PASTI seterusnya menceroboh masuk
> dengan kasar dan bidap.
>
> Para petugas mengarahkan semua hadirin yang berada di
> dalam pagar untuk memasuki bangunan PASTI seterusnya
> mengunci jeriji pintu. Pihak penganjur telah menukar
> format program kepada bentuk program dalaman iaitu
> solat hajat, bacaan Yassin dan tahlil. Semasa
> bertahlil, pihak POLIS mula bertindak kasar dengan
> cuba merempuh masuk ke bangunan PASTI dan para petugas
> cuba menghalang dengan membuat benteng di hadapan
> pintu jeriji. Pihak POLIS akhirnya berjaya membuka
> jeriji tersebut seterusnya masuk ke dalam bangunan
> PASTI dan menangkap saudara Mazlan Aliman (Ketua DPP
> Negeri Johor), Saudara Emran Kamin (Ketua DPP Kawasan
> Senai) dan Sdr. Yusof Hussin yang berada bersama
> hadirin di dalam bangunan PASTI.
>
> Selepas itu, mikrofon, sistem pembesar suara dan
> pentas telah dirampas oleh pihak POLIS yang masuk ke
> dalam bangunan PASTI. Pihak POLIS seterusnya meminta
> semua hadirin yang berada di dalam bangunan, keluar
> untuk ditahan. Para hadirin enggan dan mengambil
> keputusan untuk terus membaca Yasin, berzikir dan
> bertahlil di dalam bangunan PASTI.
>
> Tidak lama kemudian, sewaktu para hadirin sedang
> berzikir, pihak POLIS bertopi merah masuk tanpa
> membuka kasut ke dalam bangunan PASTI seterusnya
> menangkap seorang demi seorang pendengar yang hadir.
> Kesemua pendengar lelaki termasuk dua kanak-kanak di
> bawa ke Balai POLIS Senai dengan menggunakan 3 buah
> trak. Semasa tangkapan dibuat terdapat seorang ahli
> Keadilan berusia 67 tahun telah dibelasah oleh pihak
> polis kerana kononnya beliau telah bertindak balas
> semasa ditangkap. Beliau mengalami luka di bahagian
> kaki.
>
> Setelah sampai di Balai POLIS Senai, 70 orang yang
> ditahan di tempatkan oleh pihak polis di gelanggang
> simen yang terbuka termasuk warga tua dan kanak-kanak
> bagi menunggu semua kenyataan bertulis di ambil.
> Mereka terpaksa berembun selama 6 jam di kawasan
> tersebut.
>
> Kira-kira jam 5.00 pagi, 13 orang ditahan lokap di
> mana 7 orang daripadaranya ditempatkan di Balai Polis
> Kulai dan 6 orang lagi di Balai Polis Skudai termasuk
> Saudara Yusof Hussin, pembantu Assyahid Ust. Ibrahim
> Libya yang agak uzur turut sama ditahan. Sementara 72
> yang lain dilepaskan dengan jaminan mulut oleh 4 orang
> penjamin. 72 orang yang ditahan ini dimestikan hadir
> ke Mahkamah Majistret Kulai pada 9hb. April 2002.
>
> Tarikh : 24 Mac 2002
>
> Kira-kira jam 9.00 pagi, kesemua mereka yang ditahan
> di Balai Polis Kulai dan Skudai telah di bawa ke Balai
> POLIS Central Johor Bahru bagi mendapatkan perintah
> tahanan reman. Pihak POLIS telah berjaya mendapatkan
> perintah tahanan Reman untuk tempoh tiga hari (72
> jam). Setakat ini, kesemua mereka yang ditahan
> ditempatkan di lokap Balai Polis Skudai. Semua saudara
> mara mereka telah dimaklumkan berkenaan tahan reman
> ini.
>
> Senarai mereka yang dikenakan Tahanan Reman oleh
> POLIS.
>
> Bil Nama
>
> No Kad Pengenalan
>
> 1 Abdul Mutalib Bin Abdullah
>
> 650425-01-5269
>
> 2 Aminuddin Bin Ayiub
>
> 710629-01-6429
>
> 3 Azhan Bin Mohd Yusuf
>
> 730207-01-6443
>
> 4 Emran Bin Kammin
>
> 701203-01-5032
>
> 5 Hj Hussin Bin Hassan
>
> A 0745511
>
> 6 Masnun Bin Duni
>
> 720115-01-5997
>
> 7 Mazlan Bin Aliman
>
> 660717-01-6909
>
> 8 Muhammad Najib Bin Abd Aziz
>
> 701201-01-6167
>
> 9 Muhammad Yusof bin Hussin
>
> 540513-02-5367
>
> 10 Pardi Bin Majid
>
> 351222-01-5035
>
> 11 Roslizan Bin Satiman
>
> 690328-01-5937
>
> 12 Shahrulbahrin Bin Mohd
>
> 720827-01-6605
>
> 13 Zailani Bin Omar
>
> 620720-01-5911
>
> Pegawai Polis yang bertugas pada malam itu adalah :
>
> Chief Ins. Razak Mehad (Kulai) dan Tuan
> Ghaffar(Skudai)
--
_______________________________________________
Sign-up for your own FREE Personalized E-mail at Mail.com
http://www.mail.com/?sr=signup
Win the Ultimate Hawaiian Experience from Travelocity.
http://ad.doubleclick.net/clk;4018363;6991039;n?http://svc.travelocity.com/promos/winhawaii/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "mee goreng" <[EMAIL PROTECTED]>