*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
macam anwar.. menumbuk mata sendiri sewaktu tangan terikat kebelakang.. tuh
pun ikat sendiri tuh..
malaysia boleh.. 

> -----Original Message-----
> From: mee goreng [SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
> Sent: Monday, March 25, 2002 11:55 a.m.
> To:   [EMAIL PROTECTED]
> Subject:      H-Net* Re: Net* 14 orang ditahan reman
> 
> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Kalau orang panggil barua dia orang marah.
> Tapi memang barua pun.... 
> 
> Khabarnya ketua depa cedera dibelasah, KONON
> nya oleh penyokong Pas. Mungkin juga belasah
> diri sendiri, sapatau....
> 
> ------------
> 
> From: Kuniq Bendang Perdang <[EMAIL PROTECTED]>
> To: <[EMAIL PROTECTED]>
> Sent: Monday, March 25, 2002 11:15 AM
> Subject: H-Net* 14 orang ditahan reman
>  
> > Senai, Johor. Ahad, 24 Mac 2002 - 14 orang telah
> > ditahan reman selama 3 hari malam tadi kerana
> > dikatakan mengadakan ceramah politik di Kawasan Senai.
> >  Antara mereka yang ditahan ialah Ketua DPPNJ (Dewan
> > Pemuda PAS Negeri Johor), Ketua Penerangan DPPNJ,
> > Ketua DPP Kawasan Senai dan YDP Kawasan Senai.  Mereka
> > juga dibimbangi akan ditahan dibawah Akta Keselamatan
> > Dalam Negeri (ISA).
> > 
> > DPPNJ dengan ini menyeru seluruh umat Islam untuk
> > mengadakan Solat hajat secara beramai-ramai atau
> > individu di mana-mana mereka berada bagi mendoakan
> > keselamatan mereka yang ditahan agar terlepas dari
> > hukuman yang zalim itu.
> > 
> > Sekretariat DPPNJ.
> > 
> > * Maklumat lanjut sila hubungi :
> > 
> > 07-4333269 (Pejabat Pentadbiran DPPNJ) atau
> > 013-7490910 (S/U DPPNJ).
> > 
> > 
> > 
> > Kronologi peristiwa pencerobohan Polis ke dalam PASTI
> > Taman Senai Utama Kerana Ceramah Peristiwa Memali
> > Bersama Sdr. Yusof Hussin, Pembantu Assyahid Ibrahim
> > Libya.. Sumber dari sahabat kita di UTM
> > 
> > Tarikh : 23 Mac 2002
> > 
> > Seluruh jalan masuk utama ke Taman Senai Utama telah
> > diadakan sekatan jalan raya oleh pasukan anggota POLIS
> > sejak dari pukul 7.00 petang. Sekumpulan anggota polis
> > lengkap berpakaaian seragam lebih kurang 300 orang
> > mengepung kawasan PASTI sejak pukul 9.00 malam bersama
> > dengan sebuah water cannon, 3 buah trak, 2 buah jip, 4
> > buah peronda, 2 buah van dan 3 buah motor trafik
> > 
> > Kira-kira Jam 9.30 malam pengerusi dan petugas meminta
> > semua hadirin memenuhi kawasan PASTI untuk memulakan
> > Majlis. Setelah semua hadirin memasuki kawasan PASTI,
> > petugas mengunci pintu pagar dengan menggunakan rantai
> > dan mangga.
> > 
> > Kira-kira jam 10.15 malam, Pengerusi memulakan majlis
> > dengan bacaan Al-Fatihah diikuti dengan selawat serta
> > kutipan derma jihad. Pihak POLIS memberi amaran sebaik
> > sahaja majlis dimulakan. Setelah 5 minit pengerusi
> > berucap pihak POLIS yang di ketuai oleh Timbalan Ketua
> > Polis Negeri Johor, Encik Abu Bakar Said mula cuba
> > merempuh masuk ke kawasan PASTI.. Sdr. Aminuddin Ayob
> > cuba untuk membuat perundingan dengan pihak POLIS
> > tetapi gagal dan beliau telah ditahan.
> > 
> > Sebaik sahaja selawat untuk kutipan derma selesai
> > dialunkan POLIS telah mengunting dan memutuskan rantai
> > pintu pagar kawasan PASTI seterusnya menceroboh masuk
> > dengan kasar dan bidap.
> > 
> > Para petugas mengarahkan semua hadirin yang berada di
> > dalam pagar untuk memasuki bangunan PASTI seterusnya
> > mengunci jeriji pintu. Pihak penganjur telah menukar
> > format program kepada bentuk program dalaman iaitu
> > solat hajat, bacaan Yassin dan tahlil. Semasa
> > bertahlil, pihak POLIS mula bertindak kasar dengan
> > cuba merempuh masuk ke bangunan PASTI dan para petugas
> > cuba menghalang dengan membuat benteng di hadapan
> > pintu jeriji. Pihak POLIS akhirnya berjaya membuka
> > jeriji tersebut seterusnya masuk ke dalam bangunan
> > PASTI dan menangkap saudara Mazlan Aliman (Ketua DPP
> > Negeri Johor), Saudara Emran Kamin (Ketua DPP Kawasan
> > Senai) dan Sdr. Yusof Hussin yang berada bersama
> > hadirin di dalam bangunan PASTI.
> > 
> > Selepas itu, mikrofon, sistem pembesar suara dan
> > pentas telah dirampas oleh pihak POLIS yang masuk ke
> > dalam bangunan PASTI. Pihak POLIS seterusnya meminta
> > semua hadirin yang berada di dalam bangunan, keluar
> > untuk ditahan. Para hadirin enggan dan mengambil
> > keputusan untuk terus membaca Yasin, berzikir dan
> > bertahlil di dalam bangunan PASTI.
> > 
> > Tidak lama kemudian, sewaktu para hadirin sedang
> > berzikir, pihak POLIS bertopi merah masuk tanpa
> > membuka kasut ke dalam bangunan PASTI seterusnya
> > menangkap seorang demi seorang pendengar yang hadir.
> > Kesemua pendengar lelaki termasuk dua kanak-kanak di
> > bawa ke Balai POLIS Senai dengan menggunakan 3 buah
> > trak. Semasa tangkapan dibuat terdapat seorang ahli
> > Keadilan berusia 67 tahun telah dibelasah oleh pihak
> > polis kerana kononnya beliau telah bertindak balas
> > semasa ditangkap. Beliau mengalami luka di bahagian
> > kaki.
> > 
> > Setelah sampai di Balai POLIS Senai, 70 orang yang
> > ditahan di tempatkan oleh pihak polis di gelanggang
> > simen yang terbuka termasuk warga tua dan kanak-kanak
> > bagi menunggu semua kenyataan bertulis di ambil.
> > Mereka terpaksa berembun selama 6 jam di kawasan
> > tersebut.
> > 
> > Kira-kira jam 5.00 pagi, 13 orang ditahan lokap di
> > mana 7 orang daripadaranya ditempatkan di Balai Polis
> > Kulai dan 6 orang lagi di Balai Polis Skudai termasuk
> > Saudara Yusof Hussin, pembantu Assyahid Ust. Ibrahim
> > Libya yang agak uzur turut sama ditahan. Sementara 72
> > yang lain dilepaskan dengan jaminan mulut oleh 4 orang
> > penjamin. 72 orang yang ditahan ini dimestikan hadir
> > ke Mahkamah Majistret Kulai pada 9hb. April 2002.
> > 
> > Tarikh : 24 Mac 2002
> > 
> > Kira-kira jam 9.00 pagi, kesemua mereka yang ditahan
> > di Balai Polis Kulai dan Skudai telah di bawa ke Balai
> > POLIS Central Johor Bahru bagi mendapatkan perintah
> > tahanan reman. Pihak POLIS telah berjaya mendapatkan
> > perintah tahanan Reman untuk tempoh tiga hari (72
> > jam). Setakat ini, kesemua mereka yang ditahan
> > ditempatkan di lokap Balai Polis Skudai. Semua saudara
> > mara mereka telah dimaklumkan berkenaan tahan reman
> > ini.
> > 
> > Senarai mereka yang dikenakan Tahanan Reman oleh
> > POLIS.
> > 
> >  Bil Nama
> > 
> > No Kad Pengenalan
> > 
> >  1 Abdul Mutalib Bin Abdullah
> > 
> > 650425-01-5269
> > 
> >  2 Aminuddin Bin Ayiub
> > 
> > 710629-01-6429
> > 
> >  3 Azhan Bin Mohd Yusuf
> > 
> > 730207-01-6443
> > 
> >  4 Emran Bin Kammin
> > 
> > 701203-01-5032
> > 
> >  5 Hj Hussin Bin Hassan
> > 
> > A 0745511
> > 
> >  6 Masnun Bin Duni
> > 
> > 720115-01-5997
> > 
> >  7 Mazlan Bin Aliman
> > 
> > 660717-01-6909
> > 
> >  8 Muhammad Najib Bin Abd Aziz
> > 
> > 701201-01-6167
> > 
> >  9 Muhammad Yusof bin Hussin
> > 
> > 540513-02-5367
> > 
> >  10 Pardi Bin Majid
> > 
> > 351222-01-5035
> > 
> >  11 Roslizan Bin Satiman
> > 
> > 690328-01-5937
> > 
> >  12 Shahrulbahrin Bin Mohd
> > 
> > 720827-01-6605
> > 
> >  13 Zailani Bin Omar
> > 
> > 620720-01-5911
> > 
> > Pegawai Polis yang bertugas pada malam itu adalah :
> > 
> > Chief Ins. Razak Mehad (Kulai) dan Tuan
> > Ghaffar(Skudai)
> 
> -- 
> 
> _______________________________________________
> Sign-up for your own FREE Personalized E-mail at Mail.com
> http://www.mail.com/?sr=signup
> 
> Win the Ultimate Hawaiian Experience from Travelocity.
> http://ad.doubleclick.net/clk;4018363;6991039;n?http://svc.travelocity.com
> /promos/winhawaii/
> 
> 
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: "mee goreng" <[EMAIL PROTECTED]>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Syamsul b Kadiman <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke