*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
 
Tell me when this page is updated 

 
PDRM - Perompak Di jalan Raya Mahathir! 
Oleh Dr Nologareng 

http://marhaen0.tripod.com/mar_a_drnologareng28.html

--------------------------------------------------------------------------------

Rakyat marhaen ternanti-nanti tarikh 1 Mei yang akan menjelang tidak berapa hari lagi. 
Bukan bagi menyambut hari kebesaran negara atau tarikh pemujaan Dr Mahathir, melainkan 
satu tarikh dengan rasminya Polis Malaysia menjadi BARUA bagi mengutip denda yang 
dikenakan ke atas rakyat yang melanggar kesalahan jalanraya - dalam kes ini adalah 
melebihi hadlaju yang ditetapkan. 
Dua minggu ke belakangan ini, Pegawai Tinggi Polis yang bertapa di Bukit Aman telah 
memberi amaran dan peringatan kepada rakyat supaya menjelaskan saman yang tertunggak 
yang dikatakan hampir RM 500 juta. Suatu angka yang mengatasi perolehan pendapatan 
sebuah agensi kerajaan. Apatahlagi dengan hanya bermodalkan alat perangkap hadlaju. 
Tenaga kerja adalah percuma - anggota polis yang diBARUAkan serta terlacur pula 
etikanya. Ini adalah suatu sumber yang kerajaan Mahathir semakin sedar untuk 
diputarbelitkan bagi kepentingannya. 

Penghantaran notis saman yang suatu masa dahulu diikuti oleh operasi WARTA 1 telah 
menggemparkan negara dan menimbulkan kemarahan yang bukan sedikit dari rakyat yang 
merupakan pengundi dan pembayar cukai. Akhirnya ia ditangguhkan sementara pendekatan 
baru diambil. Kini ia sudahpun lengkap dan Kerajaan menggunakan PDrM sepenuhnya bagi 
menjana wang bagi menampung perbendaharaan yang kering kontang. 

Adalah dikatakan bahawa mana-mana pemandu yang bersalah berjaya ditahan, bayaran 
kompaun akan digandakan sebagai denda engkar melambat-lambatkan pembayaran. Ini 
katanya perlu sebagai pengajaran buat mereka. Pengguna bertanggungjawab menyelesaikan 
denda atas kesalahan yang mereka lakukan. Mereka perlu mematuhi undang-undang negara!! 

Sekali imbas memang cantik dan wajar bagi Polis mendapatkan kompaun bagi kesalahan 
lalulintas yang telah dilakukan pengguna. Apabila diteliti lebih mendalam kita akan 
mengetahui dengan lebih tepat kenapakah langkah ini diambil. Pemerhatian yang 
seterusnya akan mengarah kita kepada fakta sebenar yang cuba disembunyikan oleh 
Kerajaan Mahathir dari pengetahuan rakyat - NEGARA MENUJU KEARAH KEMUSLISAN!!! Negara 
kini tidak lagi mempunyai wang yang cukup bagi mengongkosi pentadbirannya. Penggunaan 
wang Petronas secara haram sudah tepu. Kejadian yang menimpa rakyat Argentina sekarang 
wajar kita jadikan iktibar. 

Denda yang dikenakan memanglah tidak besarpun bagi seorang Menteri, hanya sekitar 
RM100 bagi satu kesalahan. Bayangkanlah nilai itu untuk rakyat yang terpaksa berhempas 
pulas siang dan malam bagi mencari nafkah sesuap nasi. Bayangkan kesusahan yang 
ditanggung oleh rakyat yang terpaksa melakukan 2-3 jenis pekerjaan untuk menyara 
keluarga. Bayangkan pula beban dan musibah yang ia terpaksa tanggung jika menerima 
saman saban hari!! 

Mustahil seseorang akan kena sampai berkeping-keping. Itu pada logiknya. Hakikatnya 
beberapa jalan yang menjadi laluan utama Rakyat marhaen untuk ke tempat kerja telah 
dipilih sebagai genting bagi polis menahan lukah. Ada marhaen yang malang mendapat 
sehingga 6 keping saman dalam satu bulan. Lebihan kelajuan hanyalah sekitar beberapa 
kilometer sejam. Ketika itu pula bukanlah waktu sebok persekolahan atau sebagainya. 
Alasan hadlaju ialah bagi mengelak kemalangan.Tiada mana-mana pemandu yang 
berkeinginan untuk terlibat dalam kemalangan walaupun kelajuan nya melebihi hadlaju. 
Jika bukan untuk mencegah kemalangan untuk apa operasi itu?? Tentu kita faham muslihat 
sebaliknya 

Dalam negara kita sekarang pemimpin, perogol, perasuah, perompak, pembunuh dan 
pelindung ke atas semua kesalahan tadi dipuja dan didewakan oleh kerajaan UmnoBn yang 
memerintah. Manakala pejuang Hak Asasi, pembela rakyat marhaen hatta Mantan TPM akan 
ditindas, difitnah dan dihina semaunya oleh kerajaan melalui institusi yang telah 
terlacur etikanya - PDrM. 

Kini mereka menjadi perompak berlesen di jalanraya dan lebuhraya mengintai peluang dan 
menganiayai rakyat marhaen. Jika dahulunya mereka mencuri secara berahsia meminta 
rasuah, kini berbekalkan peralatan Pengesan Hadlaju rakyat ditindas. Kepada rakyat 
yang sudahpun terhimpit kehidupannya ditekan pula sedemikian rupa oleh anggota PDrM. 
Memanglah alasannya munasabah, siapa yang bersalah mesti bertanggungjawab. 

Rakyat marhaen yang tidak membaca undang-undang ni hendak bertanya sedikit, bagaimana 
pulak tentang kerja jenayah pemimpin UmnoBn dan para kroni yang menggelap dan 
melarikan wang rakyat yang berjuta-juta ringgit itu?? Tiadakah tindakan yang diambil 
ke atas mereka? Eric Cheah, Mahathir, Rafidah Aziz, Tajudin Ramli, Halim Saad, Ting 
Phek Khiing dan Ananda Krishnan adalah sekadar beberapa nama yang sepatutnya dalam 
senarai siasatan dan buruan Polis - sekiranya mereka terikat dengan profesionalisma 
dan etika kerja?!!�� Lainlah sekiranya mereka hanya menjadi BARUA dan berlagak sebagai 
kumpulan Militia Umno! 

Kita ada terdengar tentang syarat baru baru kenaikan pangkat bagi �top brass� di Bukit 
Aman untuk menjadi Suprintenden ke atas, Pegawai Trafik terbabit mestilah memenuhi 
kuota pencapaian denda trafik ke atas pengguna jalanraya sehingga berjuta ringgit 
untuk sebulan! Bukan lagi tahap kelayakan menjalankan tugas mencegah jenayah atau 
menyelesaikan kes akan tetapi keupayaan mereka menjana WANG untuk kerajaan Mahathir!! 
Inilah dia kaedah terbaru perkongsian pintar antara KERAjaan dan PDrM. Mereka saling 
berkonspirasi mengena dan menganiaya rakyat marhaen. 

Itulah wangnya yang kerajaan Mahathir akan belanjakan untuk bonus dan elaun anggota 
PDrM. Tidak cukup selama ini wang cukai pendapatan rakyat diguna untuk pakaian anggota 
Polis, kini rompakan berhemah di jalanraya pula kerajaan kenakan sebagai satu sumber 
pendapatan. 

Jika bukan menjadi barua kepada kerajaan zalim, apanamaaaa yang kita nak panggil?? 

Dr Nologareng - 28.04.2002



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bintang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke